Pages

Dec 27, 2009

I had out-joked by this-CLICK


wish to ve more...?click the link blow..

somehow...keep ur mind better than ur cackle...

malaysiaKIni.com



Dec 26, 2009

Kronologi Kasih Prof elkaraqi-Hatiku disentuh lagi !!!









Assalamualaikum
Hari ni ..

Hari yang amat bersejarah buat diriku...

Bayangkan...

Ana akhirnya berjaya..

Menghadapi..ceramah yang berjam-jam tu..(sbb ceramah tu la..ana tangguh lesen...)

Ana keluar dengan penuh gembira...

Alhamdulillah..

Tapak tangan...dibuka..

Lima jari...



Mugkin cukup untuk menggambarkan kejayaanku..selama lima jam(tak smpai pun sbnrnye...hehe..)

Hari..ni..

Berkenalan dengn Orang baru..

Jauh orngnya..

Dari Kelantan..Maahad Muhammadi ...

Orangnya ringkas bersahaja...

Hari ni..juga...

Ana terjumpa..seorang muslimah..

Bkas seperjuangan di Arena Dakwah..elkhairiah..

Juga mnghadiri kelas yang sama...

Kebetulan..

Hari ini...

Ana juga..

Ternampak..(bkan saje tgk ye...)

Seorang lagi muslimah..

Y Allah...

Inikah fitnah DUNIA..

Atau sebaik-baik hiasan..?

Sedar tak sedar...

JIwa ini sudah mula ...

dirasuk..

dikacau...

dihasut..

oleh sang Durjana..(syaitan n da gang...)

Wajahnya...

Boleh tahan la..(subhanallah..)

Tapi..

Ade perkara yang lebih penting..

Satu pelajaran...

Satu ilmu..

Yang Mendekatkan diri ini kepada Yang Maha BIjaksana

Betapa..diri ini..

Merasai hikmah pertemuan itu..

Wahai Asyraf...(monolog..)

Hatimu masih goyah... Tidak tsabit dengan perasaanmu sendiri... Masih tidak kuat.. Sedang di hatimu.. Masih lagi.. Muda... Terlalu muda... Untuk memahami hikmah ini... JIka aku diberi pilihan... Antara dunia dan hikmah dari-Nya.. Nescaya .. Hikmah yang akan ku dambakan..
Akhirnya...

Satu rumusan dibuat..(mcm Detektif Conan wat selalu tu...)

Asyraf...

.....

.....
.....

Belajar dulu...

Dan tunggulah waktu itu...

Pertemuan pertama..

Selepas hati dan minda...

mu...

BErsedia...

Untuk Disentuh ...

Kembali.......(happy ever after...)


Ya Allah...

Peliharalah hatiku...dan sahabat2 ku...

Cme hari..ni....tiada tanda2 titisan kristal dikesan..

Di wajahku.

kronologi kasih prof elkaraqi-Akhirnya..Aku Menangis





Assalamulaikum

Alhamdulillah..setakat ni ana sihat…masih lagi dibekalkan akal dan ingatan yang baik.

Tanggal 25 Disember 2009….

Satu tarikh yang bersejarah buat diri ini.Hari yang penuh dengan dugaan.Tapi sebenarnya tak lah sebesar mane…

Hari ini…aku diuji lagi.Hatiku bergolak….buat pertama kali..

Ketika itu..aku bersama seorang sahabat...

Bermesyuarat mengenai satu program...

Aku melihat wajahnya....

Bersemangat...sedang diriku...buntu

Ustaz di hadapan kami..menegur..

Hai Asyraf..termenung nampak...

Ana cube mencari alasan..

Kertas2 yang ada di atas meja dibelek-belek...(kononnye tgh tgk kertas)…

Sebenarnya..hati ini pilu..

Kalau dulu..bukan wajah ini yang aku lihat...

Seorang ustazah yang sentiasa tertutup wajahnya...

Dan seorang lagi yang sentiasa tersenyum...






Dulu..

Abang Wan(sbb lhir awal sikit..) akan ada diseblahku...

Adik Ikram(lhir lmbt skit..heheh..) akan menemaniku..

Kak Khalilah dan Ummu akan banyak skali menyoal aku...

Itula ..inilah...macam2
Dulu...

Kak Husna dan Dik Nisya akan mengingatkanku....

Kini bukan lagi wajah itu yang aku lihat...

Adeq Qaiyum...

Muiz...

Syakirin...

Syahid

Entah di mane mereka...

Ape yang mereka lakukan....


Itulah yang aku lamunkan...termenung..sendirian

Sedang mereka berdua sibuk bermesyuarat…

Ustaz menyuruh aku...

Menelefon seorang muslimah..

Dia adalah temanku di Al-Khairiah...

Panggilan ku dijawab...

Aku bertanya tentang kehadirannya ke program yang kami rancangkan...

Namun..dia agak sibuk..ade program lain ketika itu...

Hmmm...dulu...

Kami bersama-sama berprogram...

Kini...masing2 dengan hala masing2..

Mungkin orang lain pun begitu...

Dengan hal masing2...

Sedar tak sedar..mereka sudah jauh berbincang..

Sedang ana sekali lagi sedang mengelamun...


Hari itu...ana sedih sekali...
Entah kenape...Allah A’lam

Hati ini mula mengingati saat2 kami bersama di alkhairiah...

Saat dimarahi oleh Ustazah...

Tika sedih..dan duka..

Segalanya..terpapar di minda...

Sedar tak sedar..segalanya sudah berakhir buat diriku..

Di alkhairiah(sedih tak terkate...ish3)


Selesai mesyuarat....

Sahabatku mengajakku...pulang...

Aku memintanya..membawaku ke rumah..

Seorang nenek...

Rumah yang banyak..memberi kenangan...

Aku melihat rumah itu...

Masih seperti dulu...

Aku memberi salam...

Mengetuk pintu yang bisa aku lakukan seperti dulu2...

Wajah seorang nenek...

Muncul...

Lantas..aku meminta kebenaran untuk masuk...

“Saya ambik barang jap ye wan….”

“Wan..”panggilan untuk seorang yang amat aku kagumi…

Sesudah itu…

Sahabatku…
Mahu menghantar aku ke rumah…

Di Paya Pulai..

Sedang dia tinggal di Kg.Tualang…

Aku segan untuk menyusahkannya…

“Aku kene cepat ambk lesenlah…klu tidak keje menumpang orang je la..”

Kateku pdnye..

“Koi akan tolong aok selagi mampu…”

”Ape yang penting bg aok..penting bg koi jgak...”

Jawabnye..ringkas...

Ye...itulah kata2 yang amat membakar jiwa !!!

Semangatku agak pulih..selepas...kesedihan...

Yang menyelebungi....


Sedang dalam perjlanan...

Aku melihat kelibatnya..

Memecut laju...

Kelajuan itu...

Mengingatkanku..

Kepada Abang Wan...

Dulu...dia akan menghantarku oulang ke runah...

Kami memakai jaket yang sama...

Hitam...

Dulu..

Kami ditemani Muiz..juga memakai jaket yang sama...

mindaSyabab...

Semuanya masih segar di ingatan...


Namun...bukan lagi Wan yang aku lihat....

Dihadapanku...


Aku semakin lemah...

Jiwaku...menangis...

Oh tidak !!!!

Akhirnya ...

Titisan2 jernih mengalir di wajahku...

Membuatkan aku sedar...

Wajahku yang selama ini gersang..

Kini subur kembali..

Dihujani air mata...

Yang jatuh...

Kerana sedihnya jiwa dan hati ini...

Mengingati sahabat2 ku...dulu.....

Satu penantian...

Yang..

Akhirnya....membuat

Aku

Menangis.

Kembali.....

Oh Indahnya.......

Apa yang dipanggil “ukhwah”...itu..

Dec 21, 2009





BIOGRAFI TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Ulama Dan Tokoh Politik Tanahair Yang Komited


Tenang, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di negara ini.
Alhamdulillah, berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di ufuk kenyataan hidup. Kelantan sudahpun dapat ditawannya. Berikutnya beliau telah dipilih untuk mengetuai kabinet Kerajaan Islam di negeri ini.
"Semacam ada persafahaman antara para malaikat di langit dan para pengundi di bumi," kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ketika mengulas kemenangan PAS dan Angkatan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.
Selaku Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang baru sahaja jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkannya.
Beliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.
Ketaralah, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.
Ahli Parlimen Yang KomitedSebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.
Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.
Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.
Dikagumi Kawan Dan Lawan
Kemudian dalam pilihanraya umum yang berlangsung pada 21 Oktober lalu, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sekali lagi memenangi kerusi DUN Semut Api. Beliau mengalahkan calon BN, Haji Wan Muhammad Wan Yusof dengan mendapat kelebihan undi sebanyak 6,993. Suatu pencapaian yang paling tinggi sekali di kalangan para ADUN yang lain! Sekaligus membuktikan kewibawaan dan kepopularan beliau yang tidak boleh disangkal lagi!.
Selain dari menjadi Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz juga menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Beliau adalah satu-satunya tokoh ulama yang paling dihormati dan disegani , digeruni dan dikagumi baik oleh kawan mahupun oleh lawan.
Kini suasan politik di negeri Serambi Mekah ini kelihatan begitu tenang dan mantap. Rakyat merasa lebih bebas dan lebih selesa hidup di bawah pemerintahan Islam pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz. Mungkin juga berkat kepimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang selama ini memang terkenal sebagai seorang ulama yang warak dan kuat beribadat.
Latarbelakang Keluarga Dan PendidikanDilahirkan di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada tahun 1931, Tuan Guru Haji Abdul Aziz telah mempelajari ilmu agama sejak alam kanak-kanak lagi. Mula-mula beliau belajar dengan ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat, juga seorang guru agama dan ulama yang terkenal di kampungnya pada masa itu.
Kemudian Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz melanjutkan pula pengajian agamanya di pondok Tuan Guru Haji Abbas di Jertih, Terengganu. Selepas beberapa tahun mendalami ilmu agama dengan Tuan Guru Haji Abbas, beliau berangkat ke India untuk melanjutkan pengajiannya di sana pula.
Setelah tamat pengajiannya di India, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz berangkat pula ke Mesir. Di Mesir beliau memasuki Universiti Al-Azhar di dalam jurusan bahasa Arab. Setelah memperolehi ijazah Sarjana Muda di dalam Pengajian Arab, Tuan Guru Haji Nik Aziz meneruskan lagi pengajiannya di universiti yang sama di dalam jurusan perundangan Islam. Beliau lulus pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana iaitu M.A. di bidang perundangan Islam.
Pulang Ke TanahairSetelah dadanya diisi dengan ilmu agama secara mendalam, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kembali semula ke tanahair. Di tanahair beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru agama di sebuah sekolah agama rakyat di samping mengajar agama di kelas-kelas dewasa pada sebelah malamnya. Beberapa tahun kemudian beliau mengajar pula di Sekolah Arab Maahad Muhammadi Kota Bharu – sebuah sekolah menengah agama aliran Arab yang tertua dan terbesar di negeri Kelantan.
Dalam masa yang sama, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menceburkan dirinya di dalam kegiatan-kegiatan dakwah. Beliau menyampaikan ceramah-ceramah agama di pelbagai tempat khususnya di Masjid Kampung Pulau Melaka – kampung tempat beliau dilahir dan dibesarkan!.
Dari semasa ke semasa namanya semakin terkenal. Murid-muridnya semakin bertambah ramai. Imejnya sebagai seorang tokoh ulama yang disegani dan dikagumi ramai semakin menonjol. Pengaruhnya semakin meluas. Kewibawaaannya semakin mendapat pengiktirafan umum.
Ceburi Bidang PolitikOleh kerana agama dan politik itu saling kait mengait dan tidak boleh dipisahkan, maka Tuan Guru akhirnya telah menceburkan dirinya di dalam kegiatan politik tanahair. Beliau memilih PAS oleh kerana parti itu memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan sebuah pemerintahan Islam di negara ini.
Pembabitan beliau di dalam politik tanahair melalui PAS tidaklah pula sampai beliau mengabaikan penglibatannya di bidang dakwah dan pendidikan agama.
Mulai tahun 1967 Tuan Guru Haji Nik Abdul Azizl mula menyertai PAS. Dalam tahun yang sama beliau telah dipilih untuk bertanding dalam suatu pilihanraya kecil di Kelantan. Beliau menang di dalam pilihanraya kecil itu.
Sejak itu hampir setiap kali pilihanraya, beliau sentiasa memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Malah Pengkalan Chepa telah muncul sebagai kubu PAS dan sejak dahulu hingga sekarang kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tidak pernah dapat ditawan oleh UMNO atau BN.
Mengetuai Dewan Ulama PAS PusatMemandang kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an.
Selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam di negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah SAW. Bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian yang lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi.
Alam RumahtanggaTuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah mendirikan rumahtangga dengan Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak kira-kira 30 tahun yang lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak – 5 lelaki dan 5 perempuan. Salah seorang (yang sulung) daripada mereka – Noor Aini namanya – kini bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah Maktab Perguruan di Kuala Lumpur.
Kerajaan MisaliSelaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.
Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak – dalam dan luar negeri – Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.
Di sinilah – di Dewan Zulkifli Muhammad inilah – ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mereka kasihi dan hormati itu.
Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, kita yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini. Dan kerajaan Islam Serambi Mekah ini, insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan Misali yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain di negara ini khasnya dan kepada kerajaan-kerajaan Islam di luar dari negara ini amnya.

The Most Influential Muslims(muslimah included)





Berikut adalah senarai 50 orang muslim yang paling berpengaruh pada tahun 2009. Turut tersenarai adalah Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang menduduki tempat ke-42 daripada senarai tersebut :) :

  1. His Majesty King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, King of Saudi Arabia, Custodian of the Two Holy Mosques
  2. His Eminence Grand Ayatollah Hajj Sayyid Ali Khamenei, Supreme Leader of the Islamic Republic of Iran
  3. His Majesty King Mohammed VI, King of Morocco
  4. His Majesty King Abdullah II bin Al Hussein, King of the Hashemite Kingdom of Jordan
  5. His Excellency Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of the Republic of Turkey
  6. His Majesty Sultan Qaboos bin Sa’id al Sa’id, Sultan of Oman
  7. His Eminence Grand Ayatollah Sayyid Ali Hussein Sistani, Marja of the Hawza, Najaf
  8. His Eminence Sheikh Al Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi, Grand Sheikh of the Al Azhar University, Grand Imam of Al Azhar Mosque
  9. Sheikh Dr Yusuf Qaradawi, Head of the International Union of Muslim Scholars
  10. His Eminence Sheikh Dr Ali Goma’a, Grand Mufti of the Arab Republic of Egypt
  11. His Eminence Sheikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Aal al Sheikh, Grand Mufti of the Kingdom of Saudi Arabia
  12. Mohammad Mahdi Akef, Supreme Guide of the Muslim Brotherhood
  13. Hodjaefendi Fethullah Güllen, Turkish Muslim Preacher
  14. Amr Khaled, Preacher and Social Activist
  15. Hajji Mohammed Abd al Wahhab, Ameer of the Tablighi Jamaat, Pakistan
  16. His Royal Eminence Amirul Mu’minin Sheikh as Sultan Muhammadu Sa’adu Abubakar III, Sultan of Sokoto
  17. Seyyed Hasan Nasrallah, Secretary General of Hezbollah
  18. Dr KH Achmad Hasyim Muzadi, Chairman of Nahdlatul Ulama, Indonesia
  19. Sheikh Salman al Ouda, Saudi Scholar and Educator
  20. His Highness Shah Karim al Hussayni, The Aga Khan IV, 49th Imam of the Ismaili Muslims
  21. His Highness Emir Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum, Ruler of Dubai, Prime Minister of the United Arab Emirates
  22. His Highness General Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan, Crown Prince of Abu Dhabi and Deputy Supreme Commander of the UAE Armed Forces
  23. Sheikh Dr M Sa’id Ramadan al Bouti, Leading Islamic Scholar in Syria
  24. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam
  25. His Eminence Professor Dr Sheikh Ahmad Muhammad al Tayeb, President of Al Azhar University
  26. His Eminence Mohammad bin Mohammad al Mansour, Imam of the Zaidi Sect of Shi‘a Muslims
  27. His Eminence Justice Sheikh Muhammad Taqi Usmani, Leading Scholar of Islamic Jurisprudence, Pakistan
  28. His Excellency President Abdullah Gül, President of the Republic of Turkey
  29. Sheikh Mohammad Ali al Sabouni, Scholar of Tafsir
  30. His Eminence Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Deputy-Head of the International Union of Muslim Scholars
  31. Her Eminence Sheikha Munira Qubeysi, Leader of the Qubeysi Movement
  32. His Eminence Sheikh Ahmad Tijani Ali Cisse, Leader of Tijaniyya Sufi Order
  33. Sheikh al Habib Umar bin Hafiz, Director of Dar al Mustafa, Tarim, Yemen
  34. Khaled Mashaal, Leader of Hamas
  35. Professor Dr M Din Syamsuddin, Chairman of Muhammadiyya, Indonesia
  36. Maulana Mahmood Madani, Secretary General of Jamiat Ulemae- Hind, India
  37. Sheikh Habib Ali Zain al Abideen al Jifri, Director General of the Tabah Foundation, UAE
  38. Sheikh Hamza Yusuf Hanson, Founder of Zaytuna Institute, USA
  39. His Eminence Sheikh Professor Dr Mustafa Ceric, Grand Mufti of Bosnia and Herzegovina
  40. His Excellency Professor Dr Ekmelledin Ihsanoglu, Secretary General of the Organization of the Islamic Conference
  41. General Mohammad Ali Jafari, Commander of the Revolutionary Guard, Iran
  42. Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia

  43. Motiur Rahman Nizami, Ameer of the Jamaat-e-Islami, Bangladesh
  44. Professor Sayid Ameen Mian Qaudri, Barelwi Leader and Spiritual Guide
  45. His Holiness Dr Syedna Mohammad Burhannuddin Saheb, 52nd Da‘i l-Mutlaq of the Dawoodi Bohras
  46. Dr Abdul Qadeer Khan, Pakistani Nuclear Scientist
  47. Professor Dr Seyyed Hossein Nasr, Islamic Philosopher
  48. Abdullah ‘Aa Gym’ Gymnastiar, Indonesian Preacher
  49. Sheikh Mehmet Nazim Adil al Qubrusi al Haqqani, Leader of Naqshbandi-Haqqani Sufi Order
  50. His Excellency Dr Abd al Aziz bin Uthman Altwaijiri, Secretary General of the Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization

Avicenna In Memory



1709
Isnin
10 Ogos 2087
1511 Hijrah

Suasana petang di Raudhah tenang dan damai.Burung-burung menyanyi keriangan di ruang udara Raudah.Kanak-kanak berlari berkejar-kejaran.Namun, Unit Kawalan Primier Vanadium 6(UKP-V6) yang terletak tepat di posisi origin Wilayah Islam Raudhah tiba-tiba gempar dengan satu berita yang merumitkan.Gabenor Jeneral Muhammad Naim ,selaku pakar tektikal perang bumi pening memikirkan tentang langkah yang bakal diambil.Tanggungjawab tergalas di bahunya.Keamanan Raudhah perlu dikekalkan!!!.Suis automatik hasil interaksi relay dan transistor n-p-n terus menerus menggemparkan suasana di UKP-V6.Radar femto mengesan 500 batallion Askar Archimedes-kesemuanya tentera elit,tahap ke-6.100 megameter bukan satu jarak yang jauh bagi mereka.Masa semakin suntuk.Jeneral Naim peru membuat keputusan yang tepat.Lefternan Iqbal Syafiq lantas memaparkan imej 3 matranya di skrin komunikasi UKP-v6.”Assalamualaikum Tuan,tentera elit as-Safwah dari Unit Tektikal Perang Luar Bumi sudah bersedia untuk berjihad !!!”lapor Lefternan Iqbal.Alhamdulillah.Jeneral Naim lega.”Baik,arahkan mereka untuk berlepas ke UKP-v6 sekarang…pastikan mereka tidak mengikut titik nautika yang sama,”tegas Jeneral Naim.Sejenak kemudian,muncul tentera elit as-Safwah dari Unit Luar Bumi.Komander Wan Syafiq,Komander Faris Jamain,Komander Syahid Sofian dan Komander Razin.Mereka berempat sudah cukup untuk mengetuai 100000 tentera yang berpusat di utara UKP-v6.Komander Syahid Sofian menghubungi Komander Syakirin Adib bagi mendapatkan info terkini mengenai koordianasi musuh.”Tak guna Archimedes !”bentak hatinya.Selepas 10 milisaat,data yang diperlukan berjaya dipaparkan di skrin peribadi Komander Syahid.Kini,mereka hanya menunggu masa dan arahan Jeneral Naim.Tut..tut..tut…femtocip yang dipasang pada matanya berbunyi.Imej maya Mejar Mona muncul di skrin..lantas mengkhabarkan berita serangan tentera Archimedes di bahagian barat daya.Mujur tentera elit as-Safwah-p9 berpusat di sana.”Ya Allah,berilah kemenangan kepada sahabat-sahabtku..”Komander Syahid berdoa sambil diaminkan oleh Komander Wan Syafiq,Afiq dan Komander Faris.Keadaan di situ masih aman dan terkawal.Tiada tanda-tanda musuh menyerang.”Allah akan memusnahkan Archimedes !!!”jerit Komander Faris.”Jeritannya dibalas dengan naugan takbir Komander Afiq.

Barat Daya UKP-v6

Keadaan kucar lana.Banyak jet unltrasonik yang terhempas.Bom dimana-mana.Keadaan memang susah dikawal Komander Hairie....bersambung











MusicPlaylist






Dec 14, 2009

Salam 1 Malaysia-fuh...ape cter??


Kaji semula ucapan 'Salam 1Malaysia' - ulama PDF | Print | E-mail
Mohd Yusri Amin

KOTA BHARU, 14 Dis: Selepas Islam Hadhari tenggelam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini rakyat digalakkan melakukan perbuatan bidaah (tidak menjadi amalan Nabi Muhammad saw) apabila dipaksa melafazkan ucapan 'Salam 1Malaysia’.

Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam.

Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'.

Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya.

Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama.

"Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah.

“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya.

Ucapan Salam 1Malaysia kini seperti menjadi peraturan yang diwajibkan pembaca berita di media elektronik di negara ini. Ucapan itu dilafazkan ketika awal dan akhir membaca berita.

Bagaimanapun ramai ulama yang mencari makan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menegur perbuatan tersebut biar pun ia jelas bercanggah dengan Islam.

Begitu juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membisu. Beliau sebelum ini dilihat lebih cepat mengkriitik dan mempersendakan pemimpin PAS.

Mohamad yang juga Adun Demit turut meluahkan rasa curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah swt didahulukan dalam segala hal.

Katanya juga, tauhid amali tidak dilaksanakan kerajaan BN sejak menerajui negara ini pada 1957.

“Dari segi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan sebab Allah swt tidak didahulukan, bahkan Islam kerana hak Allah swt tidak ditunaikan.

“Mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan menduakan sistem dalam melaksanakan undang-undang. Inilah yang dinamakan sebagai syirik nasional,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, konsep 1Malaysia yang dilaungkan perdana menteri sekarang sekadar mengajak rakyat bersatu di atas dasar seperti diamalkan di United State America.

Sedangkan kata beliau penyatuan sebenar bagi umat Islam berdasarkan kepada tauhid.