Persoalan perkaitan diantara politik dan agama seringkali menjadi faktor percanggahan diantara para penganalisis politik dan para ilmuan agama. Ini kerana didalam situasi semasa yang diselaputi oleh ketebalan fahaman sekularisme, seringkali kedengaran suara-suara sumbang yang mengagaskan pemisahan diantara politik dan agama. Sejak bermula era kolonialisasi keatas negara kaum muslimin, fahaman pemisahan diantara agama dan politik menjadi semakin jelas kedengaran khususnya keatas para pimpinan tempatan yang terdidik diatas doktrin politik orientalis[i]. Muhammad Asad(1980) di dalam karya nya yang berjudul “The principles of states and goverment in Islam” mengemukakan tesis betapa pemikiran umat Islam semakin condong kepada sekularisme dengan mengagungkan pemikiran-pemikiran politik yang terhasil akibat kekaguman kepada kebolehan penaklukan akal.Islam merupakan sistem berkehidupan yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia baik dari segi ekonomi, sosial mahupun politik.
Ia diwahyukan oleh ILLAHI bukan sekadar sebuah agama tetapi sebagai satu sistem ataupun cara hidup yang baik untuk manusia(Maududi:1969).Islam turut mengandungi elemen-elemen material seperti ekonomi, politik dan sosial. Sebagai contoh, didalam Islam umum sudah sedia maklum bahawa pemilikan harta peribadi adalah dibenarkan tetapi bersyarat iaitu dikenakan zakat yang bertujuan untuk membantu meningkatkan ekonomi masyarakat sekeliling. Namun, pasca perang dunia pertama menyaksikan penularan fahaman sekularisme hasil kerja intlek para orientalis yang menerobos ke dalam minda umat Islam lantaran kejatuhan sistem politik Islam global. Secara perlahan-lahan, umat Islam mula mempercayai doktrin pengasingan diantara agama dan politik[ii]. Buktinya, kita dapat melihat kemunculan beberapa kerajaan nasionalis dan sosialis di negeri umat Islam seperti Iraq yang diperintah oleh parti baath yang berpaksikan ideologi sosialis arab, Arab Saudi yang berpaksikan monarki konservatif dan Republik Rakyat Yamen yang suatu ketika dahulu berideologi marxisme.Kemunculan pelbagai jenis pemerintahan enganalisis secara definitif bahawa, kebanyakan pucuk pimpinan negara umat Islam pasca kolonialisasi adalah terdiri daripada mereka yang berpendidikan sekular orientalis. Oleh kerana kerangka pemikiran pimpinan telah dijajah oleh idea-idea sekular, maka dengan suara yang lantang mereka turut mempertahankan pendirian pemisahan diantara agama dan politik. Jika ditelusuri di nusantara sendiri, polemik agama dan politik sudah tercetus sebelum kemerdekaan tanah-tanah jajahan kolonial, sebagai contoh ia dapat dirujuki melalui polemik diantara pemuka Islam Indonesia iaitu Mohd Natsir dan Sukarno yang berfahaman sekular[iii]. Begitu juga yang terjadi di Malaysia pasca kolonial dimana pemisahan agama dan politik begitu jelas sekali seperti yang diperuntukan melalui perlembagaan Malaysia, dimana perlembagaan Malaysia yang dirangka oleh penjajah hanya melibatkan seorang umat Islam iaitu seorang hakim dari Pakistan dan majoriti penggubal perlembagaan adalah penganut kristian sekular.
Powered by Blogger.