Dedikasi ini aku tujukan kepada semua sahabat seperjuanganku,
Aku bukanlah aku,
Sungguh Aku dicipta oleh Yang Maha Kuasa,
Ciptaan sempurna tiada cacat cela,
Namun jasad ini..,
Bukan milikku semua,
Sahabatku,
Sesungguhnya jasad ini aku kongsikan..,
Besama kamu,
Sungguh Ikram adalah kamarahanku,
Jika Ikram itu marah,maka itulah kemarahanku
Sungguh Khalilah tulang belakangku,
Sekiranya tanpa Khalilah dibelakangku,maka tidak berdirilah aku,
Benarlah Muiz sebagai penaku,
Maka tanpanya,bantutlah jariku penulisanku,
Benarlah Fatimah sebagai kertasku,
Kerna tanpanya, punah harapanku ilhamku,
Berubah Rahimah menjadi ilmu hisabku,
Tanpanya,kira-kiraku menjadi buntu,
Wan Amiwrul Syafiq itu adalah hatiku,
Apa yang dia benci adalah kebencianku,
Apa yang dia suka juga adalah kesukaanku,
Mar'atul Husna itu tiangku,
Maka dengannya,tertegaklah aku,
Abdul Qaiyum itu warisku,
Warisku dua,dialah salah satu,
Ummu hidayah itu semangatuku,
Maka kesedihanya adalah kesedihanku,
Ahmad Syakirin itu adalah ilmuku,
Sifatnya memotivasikanku,
Khairun Nisya itu tulang belulanngku,
Jika dia patah maka akan tumbanglah aku,
Jika dia retak maka akan tersungkurlah aku,
Afiq Shahimin itu seniku,
Afiq Mat Zaid itu adalah guru sufiku,
Maka dengannya aku dipandu,
Hasbullah itu mudarisku,
Bersamanya aku mewarisi ilmu,
Maka ,
Wahai sahabatku,
Kau adalah aku,
Sekiranya kau sakit,
Akan ku cari penawar,
Maka jika kau tersilap izinkanlah,
Aku merawatmu,
Agar aku tidak sakit kerana kamu,
Kerana kamu juga adalah aku.........
.........................................
.........................................
Ini sajalah Nukilan Qalbi,
Daripada Prof elkaraqi.
*nama-nama yang disebut adalah nama-nama yang cenderung hati ini kepada mereka,adapun mereka yang selebihnya juga amat penting bagiku....
**sajak ini masih belum sempurna.