Berbeza pandangan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat manusia adalah perkara biasa. Apatah lagi dalam perkara-perkara yang sememang boleh diberikan berbagai andaian dan penafsiran.Perbezaan pandangan dalam usaha mencari yang terbaik adalah satu keperluan hidup insan. Mengikut secara membabi buta tanpa mahu berfikir dan menilai adalah punca kepada kesesatan atau sebab kepada kemunduran sesebuah masyarakat.Manusia yang buruk dalam masyakat ini ialah mereka yang menghalang pemikiran kedua, atau pandangan kedua dalam perkara-perkara yang dibolehkan untuk adanya perbezaan pendapat. Menghalang orang lain berfikir selain dari apa yang kita fikirkan adalah permulaan jalan menuju masyarakat jumud, atau kejumudan ilmu, bahkan jika itu membabitkan kekuasaan dan pentadbiran ia akan membawa kepada pemerintahan kuku besi.Di samping banyak perkara yang mungkin kita berbeza dengan Barat, kelebihan mereka adalah ruang yang selalu diberikan kepada pemikiran baru, atau masyarakat mereka diizinkan untuk mempunyai pandangan yang berbeza sekalipun dengan ‘arus perdana’. Seseorang tidak merasa terancam untuk berbeza pendapat atau memberikan padangan yang kedua.Rosaknya sesetengah negara, termasuk negara umat Islam adalah apabila pandangan yang berbeza dihalang, bahkan diambil tindakan. Maka lahirlah sikap keras dan kejam, ketidakadilan dan tidak berkembangnya ilmu pengetahuan. Sepatutnya pandangan yang berbeza selagi memenuhi peraturan norma-norma ilmu hendaklah diberi ruang dan kesempatan.............ikuti artikel lengkap di blog Dr Asri