Assalamualaikum

Jam 0035 Isnin

Selepas beberapa kali jarum panjang memeningkan titik origin jam,ana pun lebih kurang sepantas kilat mencapai komputer yang senantiasa terbuka.Ah...mata tak boleh dipejamkan.Pandangan dilontarkan ke arah telivisyen.Suis ditekan...hmm...alhamdulillah,rancangan yang disiarkan berbentuk informasi.

Seperti mana tajuk posting ana..maka begitulah tajuk rancangan telivisyen yang ana tonton(bukan tengok).Rancangan tersebut disiarkan di TV1...biasanya TV1 ni menjadi siaran TV pilhan terakhir bagi insan-insan yang hanya memburu hiburan duniawi...hendonisme lah katakan.

Tetamu yang dijemput merupakan seorang profesor di UPM.Beliau ialah pensyarah program pembangunan dan kepimpinan.

Banyak topik yang dibincangkan.Ini semua mengenai masa depan umat Islam di mika Bumi yang fana' ini.Isu yang tidak asing lagi iaitu peranan Amerika Syarikat sebagai polis dunia.Ramai pemanggil yang memberi respon panan mengenai ucapan Obama di Mesir.Ucapan yang dimulakan dengan terjemahan ayat al-Quran.Hmm...apakah yang dirancang oleh Amerika.Ana tertarik dengan seorang pemanggil yang tak tahulah sama ada dia cuba mencari pasal atau memang jahil.Dia mengatakan politik dan agama perlu dipisahkan.Apa kejadahnya saudara kita yang seoarng ni?Dia beralaskan fakta persengketaan Hamas dan Fatah di Palestin.Menurut belaiu fahaman agama perlu diketepikan bagi mencapai perpaduan antara Hamas dan Fatah.Hmm..nak marah atau tak nak.Bagi semua yang membaca blog ini pasti sudah mengetahui yang mana haq dan yang batil.

Perjuangan Palestin Adalah Perjuangan Agama.

Hmm...mencintai negara adalah sebahagian daripada iman.Memang benar..namun ramai yang memanipulasikan bayan bagi hadis ini sehingga mewujudkan fahaman nasionalis yang secara balik tabirnya telah memangkin kepada perbalahan pasif.Sesungguhnya mati kerana menegakkan kalilmah Allah sahaja yang dikira sebagai mati syahid dunia dan akhirat.

Kerajaan Perpaduan

Tok Guru Haji Hadi semasa Muktamar Pas dan sebelum itu lagi mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan.Komentar ini ditulis sejurus selepas ana mengikuti berita mengenai idea tersebut.Mungkin ramai pihak tidak menyedari..namun senario ini benar-benar sesuatu yang amat penting untuk ditelusuri.

Berikut hanyalah salah satu cebisan memori minda..bukan untuk dirujuk hanya untuk pembacaan santai.



Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.