Assalamualaikum

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah,Tuhan Yang Maha Esa,Tuhan yang menentukan setiap pergerakan planet-planet,bintang,bulan,manusia,haiwan di atas paksi masing-masing.

Pengalaman itu adalah satu pelajaran yang nian indah...benarlah kata pepatah:jauh perjalanan,luas pandangan.

Begitulah yang ana rasai selepas pulang dari Bandar Raub Bandar Emas.

Masa tingkatan3 dulu,ana pernah belajar tentang hasil mahsul sesenuah negara.Maka nama Raub bukanlah satu nama yang asing.

Penjelajahan Bermula !!!

Kami memulakan perjalanan dengan menaiki Bas Ekspress Tranisional.Perjalanan yang dirancang rapi bagi memastikan setiap pergerakan kami berjalan lancar.Setiap gerak diatur halus ,nafas yang diambil tenang mengikut pertukaran serapan oksigen dan karbon dioksida.Suhu badan segera direkod oleh minda agar kondisi badan kekal pada kelestariaanya.Langkah demi langkah disusun rapi.Otot-otot diwajahku meregang apabila kornea menangkap imej bas yang bakal dinaiki.Pergerakan neuron2 pantas taktala ana masih jauh dari bas yang bakal bergerak.Berdasarkan tenaga yang dikerah dalam unit joule yang bermula daripada format ATP dan jarak yang direkod oleh sistem streoskopik dan anggaran yang dirumuskan oleh minda dan dengan izin Allah,ana berjaya menaiki bas walaupun kelenjar adrenalin agak aktif (baru cter naik bas).langkah terus diambil bagi mencari kerusi yang ditetapkan.HUH....satu keluhan apabila melihat kerusi dalam bas sudah dipenuhi.Urat leher menegang...(nak kene bas ni).Ana mencari kerusi bernombor 20.Lagu kemarahan dimainkan di telinga...namun wajahku secara antagonisnya menunjukkan muka yang selamber je.Sistem minda yang bertindak pada kadar normal dengan kerjasama sistem penglihatan secara pantasnya merumuskan bahawa ruang gersang itu telah dipenuhi(dah ade orang lain duduk...suker hati beliau je duduk tempat beta).Dengan berbekalkan  kesabaran yang masih belum basi,ana melangkah terus ke posterior bas.Imej kerusi segera dianalisis...alhamdulillah..masih ada ruang untuk ana menumpang sekaki(x kan sekaki je?ye tak ye jgak...jd ana pun tumpang satu badanlah).Subhanallah...otot bicep femurus mengecut manakala otot quadicep menegang..maka terbengkoklah kaki ana(duduklah maknenye).Tangan juga berfungsi pada kondisi yang sama seperti kaki...phalanges,carpal dan metacarpal menjalankan peranan mereka masing-masing supaya tangan ana dapat digerakkan untuk mencapai earphone(nak dengar walkman je sbnrnye).Kesabaranku teruji lagi ketika satu daya tolakan yang ana kenakan ke atas satu kotak air kotak yang berkotak bentuknya secra tidak sengaja..hatta terpancutlah kandungan cacair dalam kotak tersebut sehingga membasahi sebahagian seluar aswad ana(air kotak 2 kepunyaan budak kecik yang duk sblh ana...kesian budak 2..tp..sape sruh ltak kat situ..sebaik x menangis anak orang 2).

DALAM BAS

Tak banyak kisah yang boleh diceritakan selain asyik terhantuk dengan orang sebelah je..lepas terhantuk sebelah kanan..hantuk sebelah kiri pulak..(orang tengh ngantuk..kenelah disorongkan bantal).Hmmm...segan betullah..dah tua2 pun tidur meraban lagi.

Pandanganku dilontar ke luar tingkap...hampir saja pening kepala.Bas tersebut bergerak pada kelajuan yang agak tinggi(4 kaki tinggi kot) .

Setelah beberapa kali jarum pendek berpusing mengelilingi titik origin jam...kami pun sampai di tempat yang boleh dikeasn melalui google map.

SELAMAT DATANG ke RAUB.

Walaupun tak de sape yang mengucapkan ucapan "selamat datang"...ana ucaplah untuk diri sendiri.Teknik Monolog dalaman yang biasa digunakan oleh penulis novel terus saja ana manfaatkan.Agak panas suhu atmosfera paras laut di situ.Namun tekanan pada kadar 100 000 pascal langsung tidak mampu menggugat tubuh yang disokong sistem endoskeleton ciptaan Yang Maha Pencipta ini.

MASJID TENGKU ABU BAKAR

Itulah lokasi kedua yang dituju selepas ana,Ikran dan Wan cuba mencari satu pusat internet di Raub bagi menyelesaikan satu masalah kerja ana.Bedasarkan nama dan bentuk masjid tersebut..ana rasa masjid tersebut dah lama dibina(tahun tak taulah...carik sendrilah)

ikuti kisah yang akan datang...

akan datang:

  1. Taaruf bersama adik Muhammad al-Hiqni Azfar .
  2. Pertarungan epik antara adik dan abang.
  3. Kuliah Ustaz Amran Bin Salleh-Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
  4. Sayangilah sungai anda.
  5. Tragedi semasa pulang ke TANAH AIR.


Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.