The Next Virus : Cinta Remaja

Beberapa hari lagi Ramadhan akan berkunjung tiba.Hari-hari yang berlalu diluangkan bersama keluarga dan sahabat.Ana cuba untuk mendekati dan menyelami jiwa remaja(syabab) Malaysia.Pemerhatian dilakukan.Ana cuba untuk merakamkan setiap kata-kata yang diungkapkan percuma.Setiap tutur kata diperhalusi bagi mengenalpasti setiap pendirian Secara asanya ana mengkaji tentang percintaan remaja.

Bukan lagi perkara biasa.

Apa yang ana amati,kehidupan secara berpasangan adalah perkara biasa dalam kehidupan remaja.Malahan,golongan dewasan juga tidak segan silu untuk mengutarakan masalah ini.Mana tidaknya,sering kali guru-guru berbicara mengenai perkara ini ketika P&P,seolah-olah topik ini adalah perkara biasa.Sikap golongan dewasa yang seolah-olah membenarkan hubungan di luar akad ini sememangnya menyumbang kepada masalah ini.


Fitrah

Ana sempat berbual bersama seorang sahabat.Dia mengatakan perasaan itu adalah fitrah.Mempunyai hubungan dengan jantina lain juga adalah fitrah.Hmm..memang benar katanya..mungkin.Dia meneruskan dengan mengatakan bahawa hubungan remaja yang ada pada hari ini adalah diperlukan.Baginya..itu adalah satu pengalaman yang berguna dalam mencari pasangan yang sesuai.

Ye lah tu…..

Ana pun buat-buat dengar celoteh si dia ni.Geram juga di hati.Tapi kalau halang ..tak dapat nak korek lebih dalam.Si sia menceritakan tentang kawan-kawannya.Boleh dikatakan mereka semua sudah pun mempunyai “isteri” masing-masing.

Agama nak campak mane bro…?

Kalau macam tu..agama nak letak mana.Ingat sikit..Islam itu bukan setakat agama..Islam juga satu gaya hidup.Islam adalah kehidupan.Ya..perasaan dan kehendak itu satu fitrah.Namun kita juga dibekalkan dengan nafsu.Maka ,kita memerlukan satu gaya hidup yang berperaturan.Gaya hidup nilah yang akan melindungi fitrah manusia.

Hmmm....fikirlah dengan ilmu..jangan fikir sendiri.


One Comment

  1. asalamualaikum.. ana teruskan point ana lah ye. bagi ana perasaan sayang dan ingin di sayangi itu memang dah jadi fitrah tapi kalau fitrah x dapat di jadikan fitrah sebab ia dah bercampur ngan nafsu maka jadillah macam remaja melayu sekarang yang blh berpegang-pegang macam budak sekolah analah. nama je sklh agama tapi.... masyaallah....

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.