Alhamdulillah…

Nyawa masih dibekalkan kepada hamba Allah yang faqir ini.

Ana masih mempunyai satu lagi kisah bagi meneruskan edisi Kronologi Kasih Prof elkaraqi.

Apa makna kejayaan kalaun bukan untuk Islam dan kerana Allah?

Seorang pelawat blog ana menanyakan cara ana belajar?

Biasanya..soalan ini ditujukan kepada orang yang cemerlang(mungkin dia anggap ni cemerlang kot…tak pelah husnu zan)…

Pelik…ini bukan soalan yang mampu untuk dijawab…oleh insan seperti ana.

Cikgu ana pernah komen tentang diri ana ni:

Beliau menyatakan bahawa ana ni susah untuk menerangkan apa yang ana faham.Sememangnya komentar yang dilontarkan menepati kriteria yang ditetapkan.

Bagi ana…rahsia kejayaan seseorang adalah kerana hatinya.
Adakah dia yakin dan percaya atau sebaliknya…

Setiap cara kejayaan hanya mampu dirumuskan oleh orang itu sendiri…itu merupakan salah satu sebab mengapa ana tak mencatat sebarang rahsia-rahsia kejayaan…walaupun kejayaan si Madihah.Buat apa nak cari jauh-jauh.Ambil masa untuk kenal diri sendiri.Kenal kemampuan fizikal dan mental.

Hidup lama dah..tapi saya masih tak kenal diri saya…macam mana eark?

Jawapan bagi soalan ini sangat ringkas ..namun sukar untuk dilaksanakan.

Jawapannya :Dekatkan diri kepada Allah.

Ye ke?

Persoalan beginilah yang meruntuhkan kita….siapa lagi yang lebih mengenali potensi diri kita selain Allah..Yang Maha Mengetahui.Ini satu persoalan negatif yang menandakan bahawa anda bukan berada pada keadaan anda yang sebenar.Fokus.

Apa caranya untuk mendekatkan diri kepada Allah?

Khusyuk dalam solat….sesungguhnya mukmin yang berjaya adalah yang mikmin yang khusyuk.Sebenatnya setiap manusia yang mempunyai spiritual yang kuat adalah manusia yang hebat.Yang membezakan antara yang baik dan yang sesat adalah sumber ilmu bagi kekuatan tersebut.Umat Islam untuk kerana spiritual kita diiktiraf oleh Allah.Ini bermakna kekuatan yang kita ada membawa manfaat di dunia dan akhirat.

Rugi-rugi…

Rugi kalau kita tak manfaatkan potensi yang ada…

Sambungan siri motivasi syababConcultancy




Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.