Assalamualaikum

Anas Bin Malik meriwayatkan,

"Tidak sempurna iman seseorang, sehingga dia kasih kepadaku, lebih daripada bapa dan anaknya dan manusia keseluruhannya.."
Rowahul Bukhori

Mungkin agak terlambat saya menukilkan bicara hati melalui ruang ini.Namun, adakah wujud istilah terlambat atau terlalu cepat dalam mengingati Rasulullah???
12 Rabiul Awal

Pada hari yang sama iaitu semalam (Jumaat),saya menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang sahabat.Seikhlasnya, saya mengakui, pesanan yang diberikan amat bermakna.
Most Happy, Few Upset (Ramai yang bergembira, namun hanya sedikit yang bersedih)

Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa bersedih.Hakikatnya, amalan Islam yang berpandukan al-Quran dan sunnah sudah tidak lagi di tahap yang optimum, mungkin juga tidak sampai tahap minimum.Agak menyedihkan.Realiti kehidupan manusia yang sudah lari, seakan-seakan orang buta yang berlagak celik, mungkin juga ibarat Mat Jenin yang hanya dengan angan-angan kosong.Bold

Ramai Yang Bergembira..


Ya, hari lahir memang sesuatu yang menggembirakan.Bagi yang masih hidup, mereka akan merasai satu penghargaan yang diberikan oleh orang persekitran.Namun, adakah kita bergembira jika kita mengetahui bahawa apa yang mereka lakukan hanya untuk saat itu sahaja..?Wajarkah kita bergembira dengan mereka yang meraikan kita buat sementara, sedangkan pada detik dan saat ketika yang lain, mereka secara eksplisitnya membelakangi hak kita?Jika berpandukan akal yang waras selaku manusia yang dianugerahkan minda, jawapannya sudah tentu TIDAK sama sekali.

Situasi ini jelas bagi mereka yang begitu bersemangat dalam menyambut kelahiran Junjungan Besar Nabi Muahammad tetapi menolak bahkan menyanggah rahmat yang baginda bawa untuk umatnya.Keadaan ini sama seperti bapa saudara Rasulullah, Abu Lahab, yang begitu gembira di saat kelahiran baginda, tetapi di saat yang lain, dia adalah Penentang Kuat Nabi Muhammad.Penentangan yang melampau sehingga dia dilaknat dalam al-quran.(Surah al-Lahab-Juz 30)

Hanya sedikit yang bersedih...

Ya, hanya sedikit yang bersedih.Bukanlah hari lahir itu satu kegembiraan hakiki yang dirasai oleh semua insan.Bagi mereka yang sentiasa mengingati kematian, hari lahir mengingatkan mereka bahawa angka umur yang semakin meningkat, telah memendekkan jarak usia mereka.Ajal yang tidak akan ditangguh walau sesaat, tidak juga dicepatkan walau sesaat.

Namun, JAHIL mengenai kematian sentiasa menjadi alasan mereka.Dunia yang sementara perlu dihayati dengan sebaiknya..begitulah alasan-alasan murahan bagi mereka yang sudah tepu dengan keduniaan.

Sesungguhnya tanggal 12 Rabiul Awal mengingatkan kita tentang kewafatan manusia agung, Nabi Muhammad.Kita juga akan diingatkan kisah amukan Saidina Umar dan tabahnya jiwa seorang sahabat baginda Saidina Abu Bakr as-Siddiq.Kesedihan mereka, selaku golongan yang amat hampir dengan baginda.

Khulasatul kalam, bangkitlah wahai anak muda terutamanya, bangkitlah selaku pendokong Nabi Muhammad.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

ali-imran-30


by:
"Re-establish Your Syahadah
Renew Your Paradigm "



One Comment

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.