" Bila DUNIA menjadi GARISAN AKHIR "

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

[Al-A’raaf 7:179]



Bila dunia menjadi garisan akhir kehidupan, segalanya pasti menjadi tidak tentu hala. Baru tadi ,saya terlihat satu berita yang terpapar di surat khabar nasionla..." M*M Berhutang"..

Lihat saja, kesungguhan manusia dalam membangunkan industri atau lebih tepat sktor kesukanan di MAlaysia. Ya, sukan atau Riadhah memang penting dan juga amat digalakkan. Namun, apa yang berlaku bukanlah berpunca dari sukan atau olahraga, tetapi dasar yang menjadi tapak bagi menggerakkan sektor ini.

Tidaklah sesuatu benda itu melainkan ada unit asasnya.

Unit asas bagi benda hidup adalah sel, begitu juga unit asas bagi kanji adalah sacharide, unit asas bagi Pewarisan adalah gen.

Apa yang diperlukan dengan UNIT ASAS

Unit asas menjadi satu tapak atau panduan untuk kita bergerak. Ananloginya begini, setiap Enzim yang ada dalam tubuh kita, mempunyai fungsinya masing, sama ada mempercepatkan proses kimia atau menghalang proses itu dari berlaku. Fungsi yang tersendiri ini bukanlah dilakukan secara on the spot , tetapi telahpun disetkan sejak mula pembentukan amino acid- peptide - protein - enzim.

Pengajarannya mudah, namun berat untuk dijadikan panduan dalam kehidupan.

Tika mana kita sibuk untuk membangunkan sukan negara- dengan menghabiskan jutaan ringgit, kita alpa bahawa di situ ada perniagaan yang lebih menguntungkan.

Pembinaan Sahsiah Dan Akhlak

Sebetulnya, tidak pernah saya mendengar satu program untuk pembagunan jiwa yang benar2 mangikut landasan Islam sebagai ad-Deen.

Kalau dah budak2 pun tak leh nak pakai...

Cuba bayangkan kalau mereka yang aktif bersukan , tetapi menolak kehidupan beragama, kesannya tetap sama. Jika di institut latihan mereka dilarang atau dikawal pemakanan, di luar mereka akan melakukan sebaliknya.

Jadi, stamina dan kawalan mutu dan prestasi yang cuba dibawa oleh pihak tertentu tidak akan tercapai. Kenapa semua ini berlaku ???

Mudah, kerana meraka tidak melakukan perkara itu kerana Allah atau sekurang-kurangnya kerana Ummah Islamiyyah. Mereka melakukan semua latihan dan kerja keras hanya untuk kepuasan mereka sendiri, natijahnya, tatkala mereka mulai merasa bosan, mereka akan mula bertindak sambil lewa....

Begitu juga halnya dengan CINTA

Cinta bagi saya hanya Layak untuk Allah dan Rasul-Nya.
Namun manusia tetap dibekalkan dengan nafsu yang mana nafsu inilah yang cuba mengelirukan makna cinta yang sebenar..

Cuba bayangkan...

Seseorang bila ditanya tentang verkahwin awal, mereka tentu sahaja menjawab mereka terlalu muda atau masih awal untuk melakukan perkara tersebut...

Jadi lihatlah apa yang tyerjadi...

Pembuangan Bayi setiap hari....
Zina di rumah sendiri...
Berpelukan dalam kereta...

Smeuanya dilakukan oleh REMAJA..yang mana bila ditanya...mereka akan menjawab..."Semuanay masih terlalu awal"..

Adakah mereka ini pengecut..???

Mahu melakukan sesuatu tetapi tidak mahu bertanggungjwab .

Bagi saya, tiada istilah terlalu awal atau terlalu lambat bila nafsu mula mengawal diri, tiada juga istilah terlalu muda atau terlalu tua, jika maksiat mula menghasut jiwa.

Jika dinilai dari konsep nafsu..jawapan "masih awal" amatlah tidak tepat.Buktinya lihatlah apa yang terjadi sekarang !!!

Pening dan memeningkan .

Kadang2 kita ditipu oleh logik akal sENdiri...

Alhamdulillah..ISLAM bukanlah CARA HIDUP yang terbina atas LogiK manusia..TETAPI LOGIK ALLAH.


prof elkaraqi
Nilai Impian 2010


Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.