Assalamualaikum..
Hamdallah..Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar nabi Muhammad.
Hmm..agak pelik dua tiga hari ini. Makin banyak perkara yang bercambah dalam benak pemikiran. Ditambah pula dengan info2 dan kalam2 yang membina dan “sensable” dr siaran radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Baru2 ini, ramai yang bicara bab pengorbanan. Radio , telivisyen dll. Suasana semasa mengingatkan saya mengenai satu kisah-cerita tentang ulama terkenal abad ini – Syeikh Yusuf Qardawi.
Insya-Allah, semua mengenali beliau. Kisahnya agak unik. Beliau pada waktu uda merupakan seorang pencinta ilmu. Jika nak dibandingkan dengan prestasi intelektual beliau pada usia muda dengan kita pada zaman sekarang…nampknya kita dalam pusingan kelayakan pun dah kalah. Sebetulnya, sudah banyak kuliah yang dihadiri beliau..namun rasa kekurangan masih ada. Beliau juga menceritakan, ketika itu adalah Israk dan Mikraj.
Banyak masjid2 yang membuat kuliah, ceramah dan tazkirah tentang isra dan Mikraj. Namun, cerita yang disampaikan hanyalah sama dan diulang-ulang saban tahun. Mungkin saja beliau juga boleh menyampaikan ceramah dengan isi yang sama ketika itu. Lalu beliau mencari kelainan. Alhamdulillah, beliau berkesempatan untuk menghadiri satu sesi ceramah di sebuah masjid.
Juga, bercerita tentang Isra’ dan Mikraj namun dari sudt persepsi dan dimensi yang berbeza.
Penceramah adalah seorang Ulama yang juga terkanla ketika itu-Hassan al-Banna. Menurut beliau, ceramah itulah antara faktor2 pembentukan peribadi beliau seperti mana yang lkita lihat sekarang..hebat bukan….???
Namun, apa yang lebih penting, apakah sudut perbicangan atau perbahasan yang disampaikan oleh as-Syahid Hassan al-Banna ?ketika itu ???
Tatkala Ulama’2 dikuncikan mulutnya, Mufti2 disuap…ketika itulah, ISLAM dirasakan begitu sempit….