Assalamualaikum.Alhamdulillah.Selawat dan Salam ke atas insan Tercinta Rasulullah S.A.W .

Tertonton satu cerita lama- Do Re Mi. Semua pasti tahu cerita ini. Pelik juga ye, kenapa cerita P Ramlee seolah-olah tidak ditelan zaman, sedangkan cerita2 sekarang yang baru ditayangkan sebulan, kalau ditayang berulang kali pasti menimbulkan ramlee1kebosanan dan rungutan penonton.

Inilah yang dinamakan seni, satu perkara yang sangat halus dan subjektif.

Jom kita “tadabbur” sikit satu scene dalam cerita Do Re Mi.

Scene tersebut adalah ketika P Ramlee menceritakan sejarah watak-watak utama cerita ini. Kita terus saja kepada watak Re yang dilakonkan oleh AR Tompel.

Dalam scene ini, AR Tompel merupakan seorang suami yang sedang memasak untuk isterinya, bagus bukan ? Isterinya seorang yang bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Ketika si Re sedang asyik memasak, si isteri mengarahkan si Re membawa api kepadanya kerana dia ingin merokok. Si Re ini pula agak pekak, lalu si isteri memekaklah pada si Re ni “Woi, bawak api  bodoh”…Si Re dengan penuh husnu dzonnyer cuba memujuk diri sendiri , “hai api, baru aku tahu rupanya kau ni bodoh”. Selepas itu, si isteri pula meminta kipas kerana dia panas. Si Re ini pula agak pekak, lalu disahutnya “Lipas semua dah mati”, lalu dibalas oleh isterinya, “aku pinta kipas pekak”, si Re membalas “Kipas pekak tak de, minggu depan mungkin” , lalu isteri membalas ‘ “aku nak kipas..kipas” , si Re mendengar “kipas lipas”.

Kebetulan ada kawan Re datang, lalu Re pun bertanya “apa itu kipas lipas ?” Si kawan (dengan buat kepala tahu) menunjukkan sebuah periuk kepada Re. Lalu Re pun membawa periuk kepada isterinya dan bertanya ‘ “mana lipas, mana lipas?”(sambil membuat aksi mengipas-ngipas kalau2 ada lipas utk dikipas). Si isteri tadi lalu bangun, dan berkata , “Ini bukan kipas sayang, ini periuk !!!” Lalu diketuklah kepada si Re ni.

Ok, cukup sampai situ je scene ni. Sekrang jom kita study sikit scene ini.

Pertama watak Re yang blur2.

Cuba kita fikir adakah si Re ini begitu bodoh sehingga tidak mengetahui apa itu api sehingga si isterinya mengulanginya (dengan diiringi ungkapan “bodoh”), sedangkan si Re sendiri ketika itu sedang memasak, sudah pasti masak guna api. Dalam scene ini , Re diibaratkan seorang yang agak pekak.

Apa yang ada di sebalik itu ?

Sebenarnya scene tadi hanyalah secebis daripada kisah Si Re dengan bininya. Masakan si Re ini lahir2 terus pekak kna ? Scene ini cuba tunjukkan seorang suami yang sudah tepu dengan tomahan dan kejian isterinya dengan buat2 pekak. Si Re mungkin cuba untuk menguji kesabaran isterinya yang memang terbukti gagal dalam menahan kesabaran. Si Re ini juga cuba memberitahu isterinya bahawa jangan mempermainkan dirinya melalui wataknya yang mempermainkan isterinya dengan buat2 pekak.

Scene ini juga cuba menunjukkan kepada kita akibatnya kalau salah pilih isteri atau tersilap dalam mendidik isteri atau tersilap perwatakan sebagai seorang suami. Punah ranah rumahtangga bukan ?

Jika keadaan ini merosakkan institusi keluarga, apatah lagi dalam institusi yang lebih besar seperti sebuah negara. Apa akan terjadi jika seorang yang bukan Menteri , bukan juga Ahli Parlimen, Bukan juga Ahli Dewan Undangan Negeri boleh membuat keputusan2 mengenai perbendaharaan negara ?

Asas scene ini sangat mudah, bersifat adillah dalam berperanan, positif dalam berfikir, buat tindakan yang tepat pada waktu yang tepat dan jadilah insan yang berilmu. – MS

 

tuhfatelnafis 2011

readdress your paradigm | renew your syahadah | revamp your Faith



Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.