Persediaan dan Perkongsian
Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat yang akan melangkah ke gerbang menara gading tidak lama lagi. Semoga setiap langkah ntum semua akan menjadi langkah-langkah kepada Islam untuk menjadi cara hidup dan nizam yang tertinggi di muka Bumi ini.
Jadi, ana ada sedikit saranan dan perkongsian tentang gaya hidup di alam kampus terutamanya di institusi-institusi pendidikan tertiary di Malaysia.
Pertama, pastikan ntum semua tahu tentang medium ilmu untuk kos ntum sendiri. Biasanya antara Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab. Pengajian Islam selalunya menggunakan Bahasa Arab kecuali beberapa subjek sastera yang menggunakan Bahasa Inggeris.
Jadi, penting untuk ntum semua buat ulang kaji dan biasakan dengan bercakap Arab/Inggeris. Apa yang ana tahu, pembelajaran dijalankan dalam Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris secara total
Pengalaman
Ini pulak sedikit pengalaman & perkongsian semasa ana Tamhidi Medic di USIM
Sem 1
Mata pelajaran yang ana ambik :
Bio 1, Physic 1, Chemistry 1, Math, BI, BA, Science & Technology in Quran and Hadith.(7 sume skali)
Bio 1
Ade kuiz setiap minggu markah adalah carry mark untuk peperiksaan. Ada buat eksperimen di makmal sekali setiap dua minggu dan perlukan siap report dalam masa yang ditetapkan. Kadang-kadang ada pop-kuiz, cikgu msuk kelas macam biasa, tapi tibe2 suh kluarkan kertas kosong dan dy pancarkan soklan kat LCD screen. Bagi yang tak keep up ngan study akan kantoi lah mase ni.
Physic 1
Kuiz diadakan mengikut kehendak cikgu yang mengajar. Eksperimen di makmal sekali dalam dua minggu juga, perlu siapkan report juga.
Chem dan Math lebih kurang mcam Physic.
Untuk Bahasa Inggeris, setiap minggu perlu siapkan satu essay Continuous Writing biasanya format narrative je.
Untuk Bahasa Arab, ade hiwar, ade kuiz dan belajar macam biasa- macam kat skolah. Ustaz Melayu tp sepatah haram tak cakap Melayu.
Untuk Science & Tech in Quran n Hadith, kiteorg bljr kitab arab. Tp mse kuliah, ustaz tak rujuk kitab, ustaz akan tayang slide yang kadang2 tak berkaitan pun dgn kitab. Kitab tu kita kene bace sndiri dan ustaz akan bagi trivia2 yang berkaitan dengan isi2 dalam kitab 2. Ade assignment untuk terjemahkan teks arab kepada Bahasa Melayu dan ada juga kena tambah huraian dari sumber luar.
Sem 2
Chemistry, Bio, Physic dan Math same je mcm sem 1
Bahasa Inggeris
Kene wat research yang dijalankan sepanjang semester 2 , then wat report. Ada sesi pementasan-kene berlakon plak dengan skrip perlu disediakan sendiri. Dua bnda yang memang banyak makan masa sampai kacau subject core kiteorg - bagi yg reti urus masa lah. Sepanjang sem 2 kene pk research, prop2 utk pementasan, dialog2
Bahasa Arab
Kene berdebat, berlakon, hiwar, confirmlah dalam Bahasa Arab
Sem 2 takde Science & Tech in Quran and hadith
Peringatan
Sistem di university amat bergantung kepada pensyarah, sebab pensyarah yang akan buat soklan dan pensyarah akan bagi mrkah. Oleh itu pensyarah boleh buat test atau exam yang besar macam mid-sem exam bile2 dy nak je. Ade yg wat dan ade jgak pensyarah yang tak buat pun exam tp markah dikire dr segi prestasi semasa dlm kelas dan ikutlah mcm mane pensyarah tu menilai ntum sume.
Macam di USIM, ade markah negative, mknenyer klu salah, bukan shje tk dpt markah, tp dapat markah negative. Contohnya, klu ntum salah satu ntum dapat -1 dan klu ntum btul satu make ntum dpt 1, jd markah klu kire2 markah yg ntum dpt adalah kosong. Bnde ni brgntung kpd pensyarah, ade pensyarah yang wat tp skit je...(mgkin tkde dah kot)
Ok, thats all, syukran for ur reading J
mesti busy kan life student?..ohno ohno ohno!
ReplyDelete