Assalamualaikum..

Alhamdulillah,Selawat serta Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad,khatimul Anbiya wal Mursalin.

Hari-hari azali berlalu begitu saja.Masa dan ruang seakan-akan bergerak begitu pantas dalam arah dan magnitude yang berbeza denganb haluan seoarng pejuang.

Perjalanan ana ke Putrajaya baru-baru ini sememangnya ada yang menarik untuk dikongsikan.Azan Zuhur berkumandang sewaktu ana masih asyik bermain di taman mimpi.Laungan azan yang menyeru kepada solat dan kejayaan kedengaran sayup-sayup di telinga.Langkah diatur jua.ketika melintasi pintu utama surau..ana terlihat satu perpustakaan mini yang dihiasi dengan pelbagai buku-buku yang menarik.

Zulqarnain

begitu saja selesai solat zuhur..ana mencapai sebuah buku mengenai Zulqarnain.Macam-macam yang diceritakan termasuklah siapakah Zulqarnain.Zulqarnian dari segin bahasanya bermaksud dua tanduk.Penulis buku tersebut secara ringkas mengulas ideanya untuk membukukan cerita menengenai tokoh tersebut.

Di bahagian belakang bukunya ada tertulis:

Aku bertanya kepada profesorku tentang keiinginanku untuk membukukan kisah Zulqarnain..lalu beliau berkata"kau tidak akan menemui jalan penyelesaiannya.

Tuntasnya,kita perlu mengambil satu manhaj yang boleh menyelesaikan pemikiran manusia
khususnya umat Islam.

Siapa Zulqarnain?

Dalam buku tersebut ada menyebut bebrapa nama y7ang mungkin adalah Zulqarnain.

1.seoarang Rajan Yaman
2.Iskandar Macedonia
3. ....................
4. ....................

Untuik pendedahan yang lebih accurate...silalah beli buku yang berkaitan.

Apa pendapat Prof Yusuf Qardawi?

Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Pertanyaan:


Didalam Al-Qur'an diterangkan masalah Dzulqarnain, yaitu:
"Hingga apabila dia telah sampai pada tempat terbenam
matahari, dia pun melihat matahari terbenam kedalam laut
yang berlumpur hitam, dan dia mendapati disitu (di laut itu)
segolongan ummat. Kami berkata, 'Hai Dzulqarnain! Kamu boleh
menyiksa mereka dan boleh berbuat kebaikan terhadap
mereka'." (Q.s. Al-Kahfi: 86).
Apakah yang dimaksud dengan matahari yang terbenam dalam
mata air yang hitam?
Siapakah orang-orang yang didapati oleh Dzulkarnain?

Jawab:


Kisah Dzulqarnain telah diterangkan dalam Al-Qur'an pada
Surat Al-Kahfi, tetapi Al-Qur'an tidak menerangkan siapakah
sebenarnya Dzulqarnain, siapakah orang-orang yang
didapatinya, dan dimana tempat terbenam dan terbitnya
matahari? Semua itu tidak diterangkan dalam Al-Qur'an secara
rinci dan jelas, baik mengenai nama maupun lokasinya, hal
ini mengandung hikmah dan hanya Allahlah yang mengetahui.
Tujuan dari kisah yang ada dalam Al-Qur'an, baik pada Surat
Al-Kahfi maupun lainnya, bukan sekadar memberi tahu hal-hal
yang berkaitan dengan sejarah dan kejadiannya, tetapi tujuan
utamanya ialah sebagai contoh dan pelajaran bagi manusia.
Sebagaimana Allah swt. dalam firman-Nya:

"Sesungguhnyapada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran
bagi orang-orang yang berakal." (Q.s.Yusuf: 111)
Kisah Dzulqarnain, mengandung contoh seorang raja saleh yang
diberi oleh Allah kekuasaan di bumi, yang meliputi Timur dan
Barat. Semua manusia dan penguasa negara tunduk atas
kekuasaannya, dia tetap pada pendiriannya sebagai seorang
yang saleh, taat dan bertakwa. Sebagaimana diterangkan di
bawah ini:

"Berkata Dzulqarnain, 'Adapun orang yang menganiaya, maka
kelak Kami akan mengazabnya, kemudian dia dikembalikan
kepada Tuhannya, lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yang
tiada taranya'." (Q.s. Al-Kahfi: 87).
"Adapun orang yang beriman dan orang beramal saleh, maka
baginya pahala yang terbaik sebagai balasan ..." (Q.s.
Al-Kahfi: 88).

Jadi, apa yang diterangkan dalam Al-Qur'an, hanyalah
mengenai perginya Dzulqarnain ke arah terbenamnya matahari,
sehingga berada pada tempat yang paling jauh. Di situ
diterangkan bahwa dia telah melihat matahari seakan-akan
terbenam di mata air tersebut, saat terbenamnya. Sebenarnya,
matahari itu tidak terbenam di laut, tetapi hanya bagi
penglihatan kita saja yang seakan tampak matahari itu
terbenam (jatuh) ke laut. Padahal matahari itu terbit
menerangi wilayah (bangsa) lain.

Maksud dari ayat tersebut, bahwa Dzulqarnain telah sampai ke
tempat paling jauh, seperti halnya matahari terbenam di mata
air yang kotor (berlumpur) , yang disebutkan diatas. Begitu
juga maksud dari ayat tersebut, Dzulqarnain telah sampai di
tempat terjauh, yaitu terbitnya matahari dan sampai bertemu
pula dengan kaum Ya'juj dan Ma'juj.

Dalam keadaan demikian, Dzulqarnain tetap pada pendiriannya
semula, yaitu sebagai seorang raja yang adil dan kuat
imannya, yang tidak dapat dipengaruhi oleh hal-hal yang
dikuasai dan kekuasaannya diperkuatnya dengan misalnya
membangun bendungan yang besar, yang terdiri dari
bahan-bahan besi dan sebagainya. Di dunia ini beliau selalu
berkata dan mengakui, bahwa segala yang diperolehnya sebagai
karunia dari Allah dan rahmat-Nya.

Firman Allah swt. dalam Al-Qur'an:

"Dzulqarnain berkata, 'Ini (bendungan atau benteng) adalah
suatu rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah tiba janji
Tuhanku, Dia pun menjadikannya rata dengan bumi (hancur
lebur); dan janji Tuhanku itu adalah benar." (Q.s. Al-Kahfi:
98).

Tujuan utama dari Al-Qur'an dalam uraian di atas ialah
sebagai contoh, dimana seorang raja saleh yang diberi
kekuasaan yang besar pada kesempatan yang luar biasa dan,
kekuasaannya mencakup ke seluruh penjuru dunia di sekitar
terbit dan terbenamnya matahari. Dalam keadaan demikian,
Dzulqarnain tetap dalam kesalehan dan istiqamahnya tidak
berubah.

Firman Allah swt.:

"Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan di bumi dan Kami
telah memberikan kepadanya (Dzulqarnain) jalan (untuk
mencapai) segala sesuatu." (Q.s. Al-Kahfi: 84).

Mengenai rincian dari masalah tersebut tidak diterangkan
dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah, misalnya waktu, tempat dan
kaumnya, siapa sebenarnya mereka itu. Karena tidak ada
manfaatnya, maka sebaiknya kami berhenti pada hal-hal yang
diterangkan saja. Jika bermanfaat, tentu hal-hal itu
diterangkan dalam Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah saw.


Penulis: Ummu Ishaq Al Atsariyah

Bolehkah Wanita Haid Berdzikir Kepada Allah Dan Membaca Al Qur’an?

Al Imam Bukhari dalam Shahih-nya (nombor 971) meriwayatkan dengan sanadnya sampai kepada Ummu Athiyah radhiallahu ‘anha, dia berkata :

“Kami dulunya diperintah untuk keluar (ke lapangan shalat Ied, pent.) pada Hari Raya sampai-sampai kami mengeluarkan gadis dari pingitannya dan wanita-wanita haid. Mereka ini berada di belakang orang-orang (yang shalat), mereka bertakbir dan berdo’a dengan takbir dan doanya orang-orang yang hadir. Mereka mengharapkan berkah hari tersebut dan kesuciannya.” (Diriwayatkan juga oleh Muslim nombor 10 : Shalat Iedain’)

Aisyah radhiallahu ‘anha berkata : “Aku datang ke Makkah dalam keadaan haid. Dan aku belum sempat Thawaf di Ka’bah dan Sa’i antara Shafa dan Marwah. Maka aku adukan hal itu kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda :
“Perbuatlah sebagaimana yang dilakukan seorang yang berhaji, hanya saja jangan engkau Thawaf di Ka’bah sehingga engkau suci (daripada haid).” (HR. Bukhari nombor 1650 dan Muslim nombor 120/ Kitab Al Hajj)

Dua hadits di atas memberi faedah bahawa wanita haid disyariatkan untuk berdzikir kepada Allah Ta’ala, dan Al Qur’an termasuk dzikir sebagaimana Allah berfirman :
“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz Dzikir (Al Qur’an) dan Kami-lah yang akan menjaganya.” (Al Hijr : 9)

Apabila seorang yang berhaji dibolehkan membaca Al Qur’an maka demikian pula bagi wanita haid, kerana yang dikecualikan dalam larangan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepada Aisyah yang sedang haid hanyalah Thawaf. 

Permasalahan membaca Al Qur’an bagi wanita haid ini memang ada perselisihan di kalangan ulama. Ada yang membolehkan dan ada yang tidak membolehkan.

Abu Hanifah berpendapat bolehnya wanita haid membaca Al Qur’an dan ini merupakan pendapat yang masyhur di dalam madzhab Syafi’i dan Ahmad, dan pendapat ini yang dikuatkan oleh Ibnu Taimiyah. Mereka mengatakan : “Asal dalam perkara ini adalah halal. Maka tidak boleh memindahkan kepada selainnya kecuali kerana ada larangan yang shahih yang jelas.” 


Adapun kebanyakan Ahli Ilmu berpendapat tidak boleh bagi wanita haid untuk membaca Al Qur’an, akan tetapi boleh baginya untuk berdzikir kepada Allah. Mereka ini mengkiaskan (atau menyamakan) haid dengan junub, padahal sebenarnya tidak ada pula dalil yang melarang orang junub untuk membaca Al Qur’an.
Yang kuat dalam hal ini adalah pendapat yang pertama, dan ini boleh dilihat dalam Majmu’ Fatawa 21/460 dan Syarhuz Zad 1/291. (Nukilan dari Syarh Umdatul Ahkam karya Abu Ubaidah Az Zaawii, murid senior Asy Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadhi’i)

Asy Syaikh Mushthafa Al Adhawi di dalam kitabnya Jami’ Ahkamin Nisa’ (1/183-187) membawakan bantahan bagi yang berpendapat tidak bolehnya wanita haid membaca Al Qur’an dan di akhir tulisannya beliau berkata : “Maka kesimpulan permasalahan ini adalah boleh bagi wanita haid untuk berdzikir kepada Allah dan membaca Al Qur’an kerana tidak ada dalil yang shahih yang jelas dari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang melarang dari hal tersebut bahkan telah datang dalil yang memberi faedah bolehnya (wanita haid) membaca Al Qur’an dan berdzikir sebagaimana telah disebutkan dahulu, Wallahu A’lam.“

Hukum Menyentuh Mushaf/Al-Quran Bagi Wanita Haid

Al Hafidh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari (1/502) menyatakan bolehnya wanita haid membawa Al Qur’an dan ini sesuai dengan madzhab Abu Hanifah. Berbeza dengan pendapat jumhur yang melarang hal tersebut dan mereka menyatakan bahawa membawa
Al Qur’an dalam keadaan haid mengurangi pengagungan terhadap Al Qur’an.

Berkata Asy Syaikh Mushthafa Al Adawi : “Majoriti Ahli Ilmu berpendapat wanita haid tidak boleh menyentuh mushaf Al Qur’an. Namun dalil-dalil yang mereka bawakan untuk menetapkan hal tersebut tidaklah sempurna untuk dijadikan sisi pendalilan. Dan yang kami pandang benar, Wallahu A’lam, bahawasannya boleh bagi wanita haid untuk menyentuh mushaf Al Qur’an. Berikut ini kami bawakan dalil-dalil yang digunakan oleh mereka yang melarang wanita haid menyentuh Al Qur’an. Kemudian kami ikuti dengan jawapan ke atas dalil-dalil tersebut (untuk menunjukkan bahawasanya wanita haid tidaklah terlarang untuk menyentuh mushaf, pent.) :

1) Firman Allah Ta’ala :
“Tidaklah menyentuhnya kecuali mereka yang disucikan.” (Al Waqi’ah : 79)


2) Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :
“Tidaklah menyentuh Al Qur’an itu kecuali orang yang suci.” (HR. Ath Thabrani. Lihat Shahihul Jami’ 7880. Al Misykat 465)

Jawapan ke atas dalil di atas :
Pertama : Majoriti Ahli Tafsir berpendapat bahawa yang diinginkan dengan dhamir (kata ganti) dalam firman Allah Ta’ala : ((Laa Yamassuhu)) adalah Kitab Yang Tersimpan Di Langit. Sedangkan ((Al Muthahharun)) adalah para Malaikat’. Ini difahami daripada konteks beberapa ayat yang mulia :

“Sesungguhnya ia adalah Qur’an (bacaan) yang mulia dalam kitab yang tersimpan, tidaklah menyentuhnya kecuali Al Muthahharun (mereka yang disucikan).” (Al Waqi’ah : 77-79)

Dan yang menguatkan hal ini adalah firman Allah Ta’ala :
“Dalam lembaran-lembaran yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi berbakti (yakni para malaikat, pent.).” (Abasa : 13-16)

Inilah pendapat majoriti Ahli Tafsir tentang tafsir ayat ini.

Pendapat Kedua : Tentang tafsir ayat ini bahawasannya yang dikehendaki dengan Al Muthahharun adalah kaum Mukminin, berdalil dengan firman Allah :

“Hanyalah orang-orang musyrik itu najis.” (At Taubah : 28)

Dan dengan sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

“Sesungguhnya orang Muslim itu tidak najis.” (HR. Bukhari nombor 283 dan Muslim nombor 116)

Dan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam melarang bermusafir dengan membawa mushaf ke negeri musuh, kerana khuatir jatuh ke tangan mereka. (HR. Muslim dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)

Pendapat Ketiga : Bahawasannya yang dikehendaki dengan firman Allah (yang ertinya) : “Tidaklah menyentuhnya kecuali mereka yang disucikan.” (Al Waqi’ah : 79) adalah tidak ada yang dapat merasakan kelezatannya dan tidak ada yang dapat mengambil manfaat dengannya kecuali orang-orang Mukmin.

Namun adapula Ahli Tafsir (walaupun sedikit) yang berpendapat dengan pendapat keempat, bahawa : “Yang dimaksudkan dengan Al Muthahharun adalah mereka yang disucikan daripada dosa-dosa dan kesalahan.

Dan yang kelima : Al Muthahharun adalah mereka yang suci daripada hadats besar dan kecil.

Sisi keenam : Al Muthahharun adalah mereka yang suci daripada hadats besar (janabah).
Mereka yang membolehkan wanita haid menyentuh mushaf memilih sisi yang pertama, dengan begitu tidak ada dalil dalam ayat tersebut yang menunjukkan larangan bagi wanita haid untuk menyentuh Al Qur’an. Sedangkan mereka yang melarang wanita haid menyentuh Al Qur’an memilih sisi kelima dan keenam. Dan telah lepas penjelasan bahawa majoriti ahli tafsir menafsirkan Al Muthahharun dengan malaikat.

Dalil Kedua : Tidak aku temui isnad yang shahih, tidak pula yang hasan, bahkan yang mendekati shahih atau hasan untuk hadits yang dijadikan dalil oleh mereka yang melarang wanita haid menyentuh Al Qur’an. Setiap sanad hadits ini yang aku dapatkan, semuanya tidak lepas daripada pembicaraan. Lantas apakah hadits ini boleh terangkat kepada darjat shahih atau hasan dengan dikumpulkannya semua sanadnya atau tidak?
Dalam masalah ini ada perbezaan pendapat, Asy Syaikh Albani rahimahullah menshahihkannya di dalam Al Irwa’ (91/158). Bila hadits ini dianggap shahih sekalipun, maka pengertiannya sebagaimana pengertian ayat yang mulia di atas. (Jami’ Ahkamin Nisa’ 1/187-188)

Asy Syaikh Al Albani rahimahullah sendiri ketika menjabarkan hadits di atas beliau menyatakan bahawa yang dimaksud dengan thahir’ adalah orang Mukmin baik dalam keadaan berhadats besar atau hadats kecil ataupun dalam keadaan haid. Wallahu A’lam.

Bolehkah Wanita Haid Masuk Ke Masjid?

Dalam masalah ini ada perselisihan pendapat di kalangan Ahli Ilmu, ada yang membolehkan dan ada yang tidak membolehkan.
Asy Syaikh Mushthafa Al Adawi membawakan dalil daripada kedua belah pihak dan kemudian dia merajihkan/menguatkan pendapat yang membolehkan wanita haid masuk ke masjid. Berikut ini dalil-dalilnya :

Dalil Yang Membolehkan :

1) Al Bara’ah Al Ashliyyah, maknanya tidak ada larangan untuk masuk ke masjid.

2) Bermukimnya wanita hitam yang biasa membersihkan masjid, di dalam masjid, pada masa Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Tidak ada keterangan bahawasannya Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan dia untuk meninggalkan masjid ketika masa haidnya, dan haditsnya terdapat di dalam Shahih Bukhari.

3) Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepada Aisyah radhiallahu ‘anha yang di datangi haid sewaktu melaksanakan ibadah haji bersama beliau Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :


“Lakukanlah apa yang diperbuat oleh seorang yang berhaji kecuali jangan engkau Thawaf di Ka’bah.” (HR. Bukhari nombor 1650)


Dalam hadits di atas Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak melarang Aisyah untuk masuk ke masjid dan sebagaimana jamaah haji boleh masuk ke masjid maka demikian pula wanita haid (boleh masuk masjid).

4) Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :
“Sesungguhnya orang Muslim itu tidak najis.” (HR. Bukhari nombor 283 dan Muslim nombor 116 Kitab Al Haid)

5) Atha bin Yasar berkata : “Aku melihat beberapa orang daripada shahabat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam duduk di masjid dalam keadaan mereka junub apabila mereka telah berwudhu seperti wudhu shalat.” (Dikeluarkan oleh Said bin Manshur dalam Sunan-nya dan isnadnya hasan)

Maka sebahagian ulama mengkiaskan junub dengan haid.
Mereka yang membolehkan juga berdalil dengan keberadaan ahli shuffah yang bermalam di masjid. Di antara mereka tentunya ada yang mimpi basah dalam keadaan tidur. Demikian pula bermalamnya orang-orang yang i’tikaf di masjid, tidak menutup kemungkinan di antara mereka ada yang mimpi basah hingga terkena janabah dan di antara wanita yang i’tikaf ada yang haid.

Dalil Yang Melarang :

1) Firman Allah Ta’ala :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kalian mendekati shalat sedangkan kalian dalam keadaan mabuk hingga kalian mengetahui apa yang kalian ucapkan dan jangan pula orang yang junub kecuali sekedar lewat sampai kalian mandi.” (An Nisa’ : 43)
Mereka mengatakan bahawa yang dimaksud dengan kata shalat’ dalam ayat di atas adalah tempat-tempat shalat, berdalil dengan firman Allah Ta’ala :

” nescaya akan runtuh tempat-tempat ibadah ruhban Nasrani, tempat ibadah orang umum dari Nasrani, shalawat, dan masjid-masjid.” (Al Hajj : 40)

Mereka berkata : “((Akan runtuh shalawat)) maknanya ((akan runtuh tempat-tempat shalat)).”

Di sini mereka mengkiaskan haid dengan junub. Namun kata Asy Syaikh Mushthafa : “Kami tidak sepakat dengan mereka kerana orang yang junub dapat segera bersuci sehingga di dalam ayat ini ada anjuran untuk bersegera dalam bersuci, sedangkan wanita yang haid tidak dapat berbuat demikian.”

2) Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepada para wanita ketika beliau memerintahkan mereka untuk keluar ke tanah lapangan pada saat shalat Ied. Beliau menyatakan :
“Hendaklah wanita-wanita haid menjauh dari mushalla.” (HR. Bukhari nombor 324)

Jawapan atas dalil ini adalah bahawa yang dimaksud dengan mushalla’ di sini adalah shalat’ itu sendiri, yang demikian itu kerana Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan para shahabatnya shalat Ied di tanah lapang, bukan di masjid dan sungguh telah dijadikan bumi seluruhnya untuk ummat ini sebagai masjid (tempat shalat).

3) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mendekatkan kepala beliau kepada Aisyah yang berada di luar masjid ketika beliau sedang berada di dalam masjid, hingga Aisyah dapat menyisir beliau dan ketika itu Aisyah sedang haid.
Jawapan ke atas dalil ini adalah tidak ada di dalamnya larangan secara jelas bagi wanita haid untuk masuk ke dalam masjid. Sementara di masjid itu sendiri banyak kaum lelaki dan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tentu tidak suka mereka sampai melihat istri beliau.

4) Perintah-perintah yang ada untuk membersihkan masjid dari kotoran-kotoran.

Dalam hal ini juga tidak ada larangan yang tegas bagi wanita haid. Yang jelas selama wanita haid tersebut aman dari kemungkinan darahnya mengotori masjid, maka tidak apa-apa ia duduk di dalam masjid.

5) Hadits yang lafadhnya :
“Aku tidak menghalalkan masjid bagi orang junub dan tidak pula bagi wanita haid.” (HR. Abu Daud 1/232, Baihaqi 2/442. Didhaifkan di dalam Al Irwa’ 1/124)
Namun hadits ini dhaif (lemah) kerana ada rawi bernama Jasrah bintu Dajaajah.
“Sebagai akhir” , kata Asy Syaikh Mushthafa, “kami memandang tidak ada dalil yang shahih yang tegas melarang wanita haid masuk ke masjid, dan berdasarkan hal itu boleh bagi wanita haid masuk masjid atau berdiam di dalamnya.” (Jami’ Ahkamin Nisa’ 1/191-195, dengan sedikit ringkasan)

Wajibnya Mandi Setelah Suci Dari Haid

Apabila wanita bersih daripada haidnya maka dia wajib mandi dengan membersihkan seluruh tubuhnya berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepada Fathimah bintu Abi Hubaisy :
“Tinggalkanlah shalat sekadar hari-hari yang engkau biasa haid padanya, dan (jika telah selesai haidmu) mandilah, dan shalatlah.” (HR. Bukhari nombor 325)

Yang wajib ketika mandi ini adalah minima meratakan air ke seluruh tubuh hingga rambut rambut. Dan yang utama melakukan mandi sebagaimana yang disebutkan dalam hadits Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam ketika beliau ditanya oleh seorang wanita Anshar tentang tata cara mandi haid. Beliau Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam sebagaimana yang dikhabarkan oleh Aisyah radhiallahu ‘anha bersabda :

[ "Ambillah secarik kain yang diberi misk (wangian) lalu bersucilah dengannya" . Wanita itu bertanya : "Bagaimana cara aku bersuci dengannya?" Nabi menjawab : "Bersucilah dengannya" . Wanita itu bertanya lagi : "Bagaimana caranya?" Nabi berkata : "Subhanallah, bersucilah" . ?Aisyah berkata : Maka aku menarik wanita tersebut ke dekatku, lalu aku katakan kepadanya : "Ikutilah bekas darah dengan kain tersebut" . (HR. Bukhari nombor 314 dan Muslim nombor 60) ]

Atau lebih lengkapnya disebutkan dalam riwayat Muslim(nombor 61), bahawasannya Asma bintu Syakl bertanya tentang tata cara mandi haid maka beliau Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengajarkan :

[ "Salah seorang dari kalian mengambil air dan daun sidr (bidara), lalu dia bersuci dan membaguskan bersucinya. Kemudian dia tuangkan air ke kepalanya dan dia gosok dengan kuat hingga air tersebut sampai ke akar-akar rambutnya, kemudian dia tuangkan air ke atasnya, kemudian dia ambil secarik kain yang diberi misik (yakni sepotong kain yang diberi misik) lalu dia bersuci dengannya" . Maka bertanya Asma : "Bagaimana cara ia bersuci dengannya?" Nabi menjawab : "Subhanallah, engkau bersuci dengannya" . ?Aisyah berkata kepada Asma dengan ucapan yang perlahan yang hanya didengar oleh orang yang diajak bicara : "Engkau mengikuti bekas darah dengan kain tersebut" . (HR. Muslim nombor 61) ]

Al Imam Nawawi rahimahullah ketika men-syarah hadits di atas menyatakan : “Telah berkata Al Qadhi Iyadl rahimahullahu ta’ala : ((Bersuci yang pertama (yang disebutkan dalam hadits ini) adalah bersuci daripada najis-najis dan apa yang terkena najis berupa darah haid)). Demikian dikatakan Al Qadhi. Namun yang lebih jelas, Wallahu A’lam, bahawasannya yang dimaksud dengan bersuci yang pertama adalah wudhu sebagaimana hal ini disebutkan dalam sifat/cara mandi (janabah) Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam.” (Syarah Shahih Muslim 4/15)

Hadits di atas juga menunjukkan sunnahnya mengikuti bekas darah dengan kain/kapas yang diberi misik, sementara perkara ini banyak dilalaikan oleh para wanita. Kata Al Imam Nawawi rahimahullah : “Ulama berselisih tentang hikmah menggunakan misik (ketika mandi haid). Pendapat yang shahih yang terpilih yang diucapkan oleh jumhur ashab kami (ulama dalam madzhab Syafi’i) dan selain mereka adalah maksud menggunakan misik itu untuk mengharumkan bekas tempat darah dan mencegah/menghilangkan bau yang tidak sedap.”

Dan difahami daripada hadits riwayat Muslim di atas bahawa penggunaan kain yang diberi misik tersebut dilakukan setelah selesai mandi.

Selanjutnya Al Imam Nawawi berkata : “Perkara ini disunnahkan bagi setiap wanita yang mandi dari haid atau nifas, sama saja apakah dia memiliki suami atau tidak. Dia gunakan kain bermisik tersebut setelah mandi. Apabila dia tidak mempunyai misik maka boleh dia menggunakan wewangian apa saja yang dia dapatkan. Apabila dia juga tidak mendapatkan wewangian lain, maka disunnahkan baginya untuk menggunakan tanah atau yang semisalnya dari benda-benda yang dapat menghilangkan aroma tidak sedap. Demikian disebutkan oleh ashab kami. Apabila dia tidak mendapatkan apapun, maka air cukup baginya. Akan tetapi, jika dia meninggalkan pemakaian wewangian padahal memungkinkan bagi dirinya untuk memakainya maka hal itu dimakruhkan baginya. Namun bila tidak memungkinkan maka tidak ada kemakruhan bagi dirinya.” (Syarah Shahih Muslim 4/13-14)

Pemakaian wewangian ketika mandi haid ini sangat ditekankan, sampai-sampai wanita yang sedang ber-ihdaddiberi rukhshah/keringanan untuk memakaikan wewangian pada daerah sekitar farji/kemaluan setelah selesai mandi haid, sebagaimana hal ini disebutkan dalam hadits riwayat Bukhari (nombor 313) dari Ummu Athiyah radhiallahu ‘anha, dia berkata : “Kami dilarang untuk ber-ihdad atas mayat lebih dari tiga hari kecuali bila yang meninggal itu adalah suami maka ihdad-nya (isteri) 4 bulan 10 hari. (Selama ber-ihdad) kami tidak boleh bercelak, tidak boleh memakai wewangian, tidak boleh memakai pakaian yang dicelup kecuali pakaian ashb (dari kain Yaman, pent.). Dan kami diberi keringanan untuk menggunakan sepotong kain yang diberi wewangian ketika salah seorang dari kami mandi untuk bersuci dari haid. Dan kami juga dilarang untuk mengikuti jenazah.”

Apakah wajib bagi wanita yang mandi haid untuk melepaskan ikatan rambutnya? Al Imam Muslim dalam Shahih-nya (nombor 58) meriwayatkan dengan sanadnya sampai kepada Ummu Salamah radhiallahu ‘anha, bahawasannya dia bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

[ "Aku adalah wanita yang sangat kuat ikatan rambutku, apakah aku wajib melepaskannya untuk mandi janabah?" Dalam riwayat lain : "! dan mandi haid?" Beliau menjawab : "Tidak, hanya saja cukup bagimu untuk menuangkan air di atas kepalamu tiga kali tuangan, kemudian engkau alirkan air ke tubuhmu, dengan begitu maka engkau suci." (HR. Muslim nombor 58) ]

Al Imam Ash Shan’ani (dalam Subulus Salam 1/142) dan Al Imam As Syaukani (dalam Nailul Authar 1/346) keduanya menyebutkan tidak wajibnya melepas ikatan rambut bagi wanita ketika mandi wajib.

Kata Asy Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah : “Tidak wajib melepas ikatan rambut kepala ketika mandi kecuali bila ikatannya sangat kuat sehingga tidak memungkinkan air mencapai bahagian bawah rambut, berdasarkan hadits Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh Muslim (kemudian beliau menyebukan hadits yang tersebut di atas).” (Risalah fid Dima’)

Asy Syaikh Abdul Aziz bin Bazz rahimahullah berkata : “Yang shahih, tidaklah wajib bagi wanita untuk melepas ikatan rambutnya ketika mandi haid berdalilkan keterangan yang datang dalam sebahagian riwayat Ummu Salamah yang dikeluarkan oleh Al Imam Muslim! .” 


Kebanyakan ulama berpendapat apabila air mencapai seluruh kepala bahagian luarnya mahupun dalamnya tanpa harus melepas ikatan rambut maka tidak wajib melepasnya.
Berkata Asy Syaikh Muhammad bin Ibrahim : “Yang kuat dalam dalil adalah tidak wajib melepas ikatan rambut ketika mandi haid sebagaimana tidak wajib melepasnya ketika mandi janabah! .” (Lihat Bulughul Maram min Adillatil Ahkam dengan catatan kaki yang dinukil dari pembahasan Asy Syaikh Albani dan Asy Syaikh Abdullah Alu Bassam serta sebahagian ulama Salaf. Halaman 48-49)

Asy Syaikh Mushthafa Al Adawi menyatakan : “Termasuk perkara yang disunnahkan saja untuk wanita melepas ikatan rambutnya ketika mandi haid, dan hal ini tidaklah wajib dan ini merupakan pendapat majoriti ahli fikih. Al Imam Asy Syafi’i rahimahullah dalam Al Umm (1-227) mengatakan : ((Apabila seorang wanita memiliki rambut yang diikat maka tidak wajib baginya untuk melepas ikatan tersebut ketika mandi janabah. Dan mandinya dari haid sama dengan mandinya dari janabah, tidaklah berbeza)).” Kemudian Asy Syaikh Mushthafa menyimpulkan : “Hendaklah seorang wanita memastikan sampainya air ke pokok-pokok rambutnya tatkala dia mandi haid, sama saja apakah dia dapat memastikan dengan melepas ikatan rambut atau tanpa melepasnya. Apabila tidak dapat dipastikan sampainya air ke pokok rambut kecuali dengan melepas ikatannya maka hendaklah dia melepaskannya –tapi bukan kerana melepas ikatan rambut itu hukumnya wajib– hanya saja hal itu dilakukan agar air sampai ke pokok-pokok rambut.” (Jami’ Ahkamin Nisa’ 1/122)


Entri ini telah dipos pada Disember 11, 2007 pada 10:03 pm dan diletakkan dibahagian Bersuci, Wanita. Anda boleh mengikuti apa-apa respon kepada pos ini melalui RSS 2.0 feed. Anda boleh tinggalkan respons, atau trackback daripada laman web anda sendiri. 
Satu Respons kepada “Bolehkah wanita haid baca dan sentuh quran. Bagaimana pula dengan masuk masjid”


Siapakah sebenarnya yang layak dihukumi (disebut) kafir?

Jawab:

Yang layak disebut kafir ialah orang yang dengan
terang-terangan tanpa malu menentang dan memusuhi agama
Islam, menganggap dirinya kafir dan bangga akan perbuatannya
yang terkutuk.
Bukan orang-orang Islam yang tetap mengakui agamanya secara
lahir, walaupun dalamnya buruk dan imannya lemah, tidak
konsisten antara perbuatan dan ucapannya. Orang itu dalam
Islam dinamakan "munafik" hukumnya.
Di dunia dia tetap dinamakan (termasuk) orang Islam, tetapi
di akhirat tempatnya di neraka pada tingkat yang terbawah.
Di bawah ini kami kemukakan golongan (orang-orang) yang
layak disebut kafir tanpa diragukan lagi, yaitu:
1. Golongan Komunis atau Atheis, yang percaya pada suatu
falsafah dan undang-undang, yang bertentangan dengan syariat
dan hukum-hukum Islam. Mereka itu musuh agama, terutama
agama Islam. Mereka beranggapan bahwa agama adalah candu
bagi masyarakat.
2. Orang-orang atau golongan dari paham yang menamakan
dirinya sekular, yang menolak secara terang-terangan pada
agama Allah dan memerangi siapa saja yang berdakwah dan
mengajak masyarakat untuk kembali pada syariat dan hukum
Allah.
3. Orang-orang dari aliran kebatinan, misalnya golongan
Duruz, Nasyiriah, Ismailiah dan lain-lainnya. Kebanyakan
dari mereka itu berada di Suriah dan sekitarnya.
Al-Imam Ghazali pernah berkata:
"Pada lahirnya mereka itu bersifat menolak dan batinnya
kufur."
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah juga berkata:
"Mereka lebih kafir daripada orang-orang Yahudi dan Nasrani.
Karena sebagian besar mereka ingkar pada landasan Islam."
Seperti halnya mereka yang baru muncul di masa itu, yaitu
yang bernama Bahaiah, agama baru yang berdiri sendiri.
Begitu juga golongan yang mendekatinya, yaitu Al-Qadiyaniah,
yang beranggapan bahwa pemimpinnya adalah Nabi setelah Nabi
Muhammad saw.
---------------------------------------------------
FATAWA QARDHAWI, Permasalahan, Pemecahan dan Hikmah
Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Penerbit Risalah Gusti
Cetakan Kedua, 1996
Jln. Ikan Mungging XIII/1
Telp./Fax. (031) 339440
Surabaya 60177


Pertanyaan:

Apa yang menyebabkan Islam seseorang menjadi batal?

Jawab:
Setiap manusia, apabila telah mengucapkan dua kalimat
Syahadat, maka dia menjadi orang Islam. Baginya wajib dan
berlaku hukum-hukum Islam, yaitu beriman akan keadilan dan
kesucian Islam. Wajib baginya menyerah dan mengamalkan hukum
Islam yang jelas, yang ditetapkan oleh Al-Qur'an dan
As-Sunnah.
Tidak ada pilihan baginya menerima atau meninggalkan
sebagian. Dia harus menyerah pada semua hukum yang
dihalalkan dan yang diharamkan, sebagaimana arti (maksud)
dari ayat di bawah ini:
"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang Mukmin dan tidak
(pula) bagi wanita yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya
telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka
pilihan (yang lain) tentang urusan mereka ..." (Q.s.
Al-Ahzab: 36) .
Perlu diketahui bahwa ada diantara hukum-hukum Islam yang
sudah jelas menjadi kewajiban-kewajiban, atau yang sudah
jelas diharamkan (dilarang), dan hal itu sudah menjadi
ketetapan yang tidak diragukan lagi, yang telah diketahui
oleh ummat Islam pada umumnya. Yang demikian itu dinamakan
oleh para ulama:
"Hukum-hukum agama yang sudah jelas diketahui."
Misalnya, kewajiban salat, puasa, zakat dan sebagainya. Hal
itu termasuk rukun-rukun Islam. Ada yang diharamkan,
misalnya, membunuh, zina, melakukan riba, minum khamar dan
sebagainya.
Hal itu termasuk dalam dosa besar. Begitu juga hukum-hukum
pernikahan, talak, waris dan qishash, semua itu termasuk
perkara yang tidak diragukan lagi hukumnya.
Barangsiapa yang mengingkari sesuatu dari hukum-hukum
tersebut, menganggap ringan atau mengolok-olok, maka dia
menjadi kafir dan murtad. Sebab, hukum-hukum tersebut telah
diterangkan dengan jelas oleh Al-Qur'an dan dikuatkan dengan
hadis-hadis Nabi saw. yang shahih atau mutawatir, dan
menjadi ijma' oleh ummat Muhammad saw. dari generasi ke
generasi. Maka, barangsiapa yang mendustakan hal ini,
berarti mendustakan Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Mendustakan (mengingkari) hal-hal tersebut dianggap kufur,
kecuali bagi orang-orang yang baru masuk Islam (muallaf) dan
jauh dari sumber informasi. Misalnya berdiam di hutan atau
jauh dari kota dan masyarakat kaum Muslimin.
Setelah mengetahui ajaran agama Islam, maka berlaku hukum
baginya.
---------------------------------------------------
FATAWA QARDHAWI, Permasalahan, Pemecahan dan Hikmah
Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Penerbit Risalah Gusti
Cetakan Kedua, 1996
Jln. Ikan Mungging XIII/1
Telp./Fax. (031) 339440
Surabaya 60177


Syarat Utama Orang Yang Baru Masuk Islam


Apa syarat utama bagi orang yang baru masuk Islam?


Jawab:

Syarat utama bagi orang yang baru masuk Islam ialah

mengucapkan dua kalimat Syahadat. Yaitu, "Asyhadu allaa

ilaaha ilallaah, wa asyhadu anna Muhammadar Rasuulullah."

Barangsiapa yang mengucapkan dan mengikrarkan dengan

lisannya, maka dia menjadi orang Islam. Dan berlaku baginya

hukum-hukum Islam, walaupun dalam hatinya dia mengingkari.

Karena kita diperintahkan untuk memberlakukan secara

lahirnya. Adapun batinnya, kita serahkan kepada Allah. Dalil

dari hal itu adalah ketika Nabi saw. menerima orang-orang

yang hendak masuk Islam, beliau hanya mewajibkan mereka

mengucapkan dua kalimat Syahadat. Nabi saw. tidak menunggu

hingga datangnya waktu salat atau bulan Puasa (Ramadhan).

Di saat Usamah, sahabat Rasulullah saw, membunuh orang yang

sedang mengucapkan, "Laa ilaaha illallaah," Nabi

menyalahkannya dengan sabdanya, "Engkau bunuh dia, setelah

dia mengucapkan Laa ilaaha illallaah." Usamah lalu berkata,

"Dia mengucapkan Laa ilaaha illallaah karena takut mati."

Kemudian Rasulullah saw. bersabda, "Apakah kamu mengetahui

isi hatinya?"

Dalam Musnad Al-Imam Ahmad diterangkan, ketika kaum Tsaqif

masuk Islam, mereka mengajukan satu syarat kepada Rasulullah

saw, yaitu supaya dibebaskan dari kewajiban bersedekah dan

jihad. Lalu Nabi saw. bersabda, "Mereka akan melakukan

(mengerjakan) sedekah dan jihad."


Ikuti persoalan penting yang dijawab oleh Prof Yusuf Qardawi di mindaSyabab.

Akan datang :Hal-hal yang membatalkan iman seseorang


Powered by Blogger.