Assalamualaikum..

Alhamdulillah...selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..

Alhamdulillah, baru sahaja menziarahi blog- blog yang lantang mencerminkan idealogi dan paradigma blogger- blogger di Malaysia. Tidak kurang juga, stigma- stigma pemikiran yang mula menular dalam akal mereka...mengupas isu dengan sebelah mata, dan perkara ini, sudah tentulah menampakkan kecenderungan mereka untuk tidak membincangkan sesuatu isu secara ilmiah.Taktala kelemahan peribadi seseorang difokuskan, tatkala itu juga, terserlahlah kedhaifan mereka dalam mengintegrasi sumber-sumber rujukan...


Politik - Adakah dunia semata..?

Sunnguh islam itu syumul, maka sudah pastilah meliputi semua aspek. Cuma ada sebahagian aspek yang telah diputaralam oleh sang durjana kapitalis dan orientalis.

Namun, mereka sendiri yang menodai prinsip mereka sendiri...

Mereka memperjuangkan integriti..namun di manakah integriti yang berpaksikan ilmu manusia...lihatlah sendiri..integriti yang mereka perjuankan tidak ke mana..

Sedangkan, konsep integriti dalam Islam yang mengadunkan kemantapan Iman, Ikhlas dan Amanah sudah terbukti berjaya diaplikasikan. Lihat saja kegemilangan Islam di zaman Nabi, para sahabat dan tabiin. Ini bukanlah satu catatan untuk dibanggakan , namun satu sejarah yang perlu kita pelajari dan kuasai...

Adakah kita golongan yang berfikir...???

Jawab sendirilah, saya baru saja menonton satu video yang memaparkan kisah seorang Insan yang berjaya mendapat ISLAM. Wajahnya ceria dan penuh kegembiraan. Beliau bercerita mengenai saat-saat sebelum beliau memeluk ISLAM.

Kisahnya....

Beliau duduk dalam satu bilik, menyalakan satu lilin.Kemudian dia membuka Quran dan membacanya. Sejenak kemudian, beliau berhenti dan berkata, Ya Allah, tunjukkanlah tanda2 kekuasaanmu !!

Namun, tiada apa yang berlaku, lalu beliau meminta lagi...dan akhirnya tiada apa yang berlaku. Beliau hanya mengingikan satu tanda kecil yang dapat membuktikkan kekuasaan Allah.

Dengan ihklas beliau mengatakan bahawa beliau agak kecewa...KEMUDIAN ...

Beliau kembali membca Al-Quran..dan Alhamdulillah, BELIAU bertemu dengan ayat yang membicarakan tentang kekuasaan ALLAH..iaitu ALAM dan Kejadiaannya.

Lantas beliau berkata, "kENapa manusia mencari tanda2 yang besar..sedangkan sudah cukup ayat2 Allah yang ada di muka bumi ini,,kejadian AIR, bintang2, matahari, bulan...semuanya sudah cukup untuk membuktikan Kekusaan ALLAh"




Subhanallah !!! Subhanallah !!!

Sama-sama , kita menyelusuri kisah ini, satu kisah yang dapat memecahkan kesombongan kita terhadap ISLAM..IMAN bukanlah hak mutlak kita..bagi yang lemah, maka kuatkanlah..dan bagi yang baik imannya..maka pertahankalah..



Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.