Alhamdulillah was solaatu wassalam ala Rasulillah






Simple and typical question- how is your Ramadhan? Is it well? Hopefully, it will be so.

The registration day is around the corner, and I start to feel the warm. 6 years are not like a short brief candle, it will be a massive period and a long and unrest journey. The responsibility starts to disrupt my attention, seizes the opportunity to stay in calmness and serenity. Day by day, time seems to run faster while I am moving slower. Hitting all nerves to be on the track.

But, there is almost no way out

Only one solution, just go through it !!!
Be sure and no doubt !!!


My souvenir



tuhfatelnafis@MS Journal



Assalamualaikum,

Alhamdulillah..

Selepas sekian lama, otak ni ni bersawang...aku akhirnya post satu entry...credit Nadzatul Syahira Halim.

Cube bygkan semasa kita berhadapan dgn Allah, berdoa kpdNya memohon sesuatu, pasti saat itu kita mengharapkan Allah memakbulkan doa kita serta-merta..

tp, Allah Maha Mengetahui...ade 3 golongan mnsia berdoa;

1)ade yg minta sesuatu teros dimakbulkan, maka bergembiralah mereka..

2)ade yg minta sesuatu, tp Allah beri sesuatu yg lain..

3)ade juga yg meminta sesuatu, tp setelah sekian lama masih belum dimakbulkan

pasti golongan yg ke-3 terkadang memikirkan Allah mengabaikan mereka, sdgkan Allah Maha Mengetahui, sedarkah mereka?? Allah pasti menjadikan sesuatu dgn hikmahNya tersendiri, yakinlah dgnNya, dgn janji2Nya, dgn bantuan2Nya..

terkadang, slps kita dah berusaha sama ade dlm hal pljran or dlm menentukan sesuatu keputusan, tp hasilnya agak kurang memuaskan, mudahnye kita kecewa, terkadang laju sahaja mulut menyalahkan ketentuan Ilahi, terkadang hingga mampu mencaci Allah (nauzubillah...), sedarkah kita hanya menunjukkan kebodohan diri sndr di hdpnNya?? kita hny hambaNya yg lemah n hina, yg Dia uji utk lihat tahap keSABARan kita..sedarkah kita semua??

Allah telah berfirman kpd para malaikat, " Aku ingin manjadikan seorang khalifah di bumi."

Malaikat berkata, " Mengapa Kau hendak jdkan khalifah di bumi itu org yg akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah pdhal kami sentiasa bertasbih dgn memuji Engkau?"

Allah berfirman lagi, " Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." --Al-Baqarah:30--

Allah juga berfirman dlm surah al-Ghafir: 60, " Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yg sombong x mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dlm keadaan hina dina."

jelas dan nyata DALIL2 dr al-Quran membuktikan keagunganNya, dapat kita kaitkan di sini DOA n SABAR itu adlh penentu kebahagiaan hidup kita.. andai kita sudah berDOA dgn penuh keYAKINan, maka lambat atau cepat doa itu dimakbulkan tidak akan menjadi tanda persoalan dalam hati kita, kita akan sentiasa SABAR dlm ape jua keadaan..

HARAPAN

sejak azalinya, kita harus hanya mgharap kpdNya~ namun, hati itu rapuh,serapuh dahan pokok yg sudah hidup beratus2 tahun..terkadang ingin mengharap kepada manusia juga, terkadang mengharap sesuatu yg x bernyawa seperti diari, blog utk merasakan ape yg kita rasa. segala luahan hati terkadang ingin diZAHIRkan, ingin berkongsi..namun, terkadang apabila ingin bercerita,ade yg x ingin mendgr..maka saat itu baru kita kembali mengharap kpdNya..adil kah buatNya?

HARAPAN sgt akrab jalinannya dgn IMAN..maka, apa khabar iman kita hari ni? adakah makin meningkat, atau masih kekal di takuk yg sama ataupun semakin berkurang (harap2 x la ye...) ??

IMAN itu ada 70 cabang, dan setiap cabang itu ada lg pecahan2nya..maka, cube lah utk beramal dgn setiap satunya...

satu situasi, pd satu hari dtg sorg kawan dtg dgn penuh harapan n ingin meminta tlg kita, kita sbgai kawan pasti ingin tolong (andai benar kita sahabat sejati...)...die pun bercerita ape yg die nak kita tlg, tp saat itu, ape yg dia minta tu sgt susah utk ditunaikan, dlm lain kata kita x berkemampuan nak tunaikan, maka saat itu kita pasti mgharap DIA membantu kita kan...? saat ini jugalah kita patut bedah hati kita, tinggi manakah IMAN kita..setandingkah dgn ape yg ingin kita HARApkan pdNya...layakkah kita mengharap kpdNya andai kata saat itu IMAN kita hny sedikit?? tp, pernahkah kita terpikir, Allah mungkin x memandang IMAN kita saat itu. mungkin saat itu Allah ingin uji tahap keIKHLASan kita pula??

ketahuilah, IKHLAS juga salah satu cabang kpd IMAN~

muhasabahlah diri kita kawan2!! Allah Maha Adil




Membicarakan perihal kematian akan membuatkan kita terdiam sejenak, kelu dan hilang kata-kata sewaktu rancak berbicara.

Sesiapa sahaja yang sedang asyik ketawa dan berbicara tentang perihal dunia maka pastinya akan terdiam atau sekurangnya merasa kurang enak apabila kita berbicara tentang kematian.

Kematian

"(Dialah) yang menjadikan mati dan hidup, agar Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". (Al-Mulk: 2).

Cubalah berbicara tentang meninggal dunia, mengingati orang-orang sekeliling kita yang telah pergi mengadap Allah, jasad yang kaku, hilang segala-galanya hubungan dengan kehidupan.

Fikirkan pula tentang kubur, ruangan yang kecil, perlahan-lahan jasad diturunkan ke dalam lubang lalu ditimbus.

Gelap gelita, sempit sehingga sesak nafas, apa masih bernafaskah ? Ruangan yang gelap dan kehidupan yang tidak pasti apa akan berlaku seterusnya di hadapan. Kehidupan lalu di dunia semuanya terputus dan hilang tanpa ada upaya kembali walau sesaat untuk menguruskan apa yang belum sempat.

Tiada masa dan tidak akan ada peluang untuk membetulkan kembali kesalahan lalu, apakah masih berpeluang merangkak keluar dari kubur dengan jasad yang sudah tiada nyawa, tiada darah mengalir, badan yang sejuk kaku dan lama-lama membusuk ?

Masih berpeluangkah merangkak keluar dan kembali ke dunia dan kembali ke sisi keluarga untuk mengucup pipi ibu dan ayah bagi melepas rindu ? atau memeluk isteri barang sekali dua melepas rasa dendam kasih atau mencium anak-anak dan mengusap wajah dan kepala mereka sekejap cuma ?

Punyai waktu lagikah untuk menguruskan beberapa kerja yang tertangguh yang belum sempat disiapkan disebabkan datangnya malaikat mencabut nyawa dengan begitu cepat tanpa sempat membuat persediaan dan tanpa pemberitahuan ?

"Tiap-tiap umat memiliki ajal (batas waktu); maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak akan dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula mempercepatkannya". (al-A’raaf: 34).

Kematian datang secara tiba-tiba dan tiada sesiapa dari kalangan manusia yang tidak terkejut dengan mati kecuali orang yang benar-benar beriman dan berjuang di jalan Allah yang mengharapkan kematian kerana Allah swt.

Kematian boleh berlaku dengan kemalangan, kecederaan atau sakit atau kadang-kadang tergempar dan tiba-tiba begitu sahaja. Maka hendaklah difahami bahawa tujuan hidup ini ialah beribadah dan melaksanakan satu misi khusus iaitu menjadi hamba dan beribadah kepada Allah swt sehingga mendapat redha-Nya dan memenuhi tanggungjawab kepada-Nya.

"Apakah manusia mengira, bahwa dia akan dibiarkan sia-sia?" (al-Qiyamah: 36)


Berkata Imam Syafi’i (ketika menafsirkan ayat ini): “Makna sia-sia adalah tanpa ada perintah, tanpa ada larangan.” (Tafsirul Quranul Karim, Ibnu Katsir, jilid 4, cet. Maktabah Darus Salam, 1413 H hal. 478) .

Ayat ini sudah dijawab oleh Allah swt dengan ayat yang lain apabila Allah menyebut :
"Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (adz-Dzariyat: 56).

Penciptaan manusia ini sememangnya untuk beribadah dan menjalankan kewajipan kepada Allah swt tanpa mempedulikan apa pandangan manusia dan penghinaan yang diterima.

Seseorang yang akan mati maka tetap akan mati tetapi hendaklah berusaha mencapai kematian yang baik. Bagaimanakah kematian yang baik ? Apakah mati di atas tilam dalam pelukan isteri ? Mati di Mekah di dalam Ka'bah atau mati di dalam Masjid ? atau Mati di dalam loji najis atau mati di dalam Kereta kerana kemalangan atau di atas katil kerana sakit atau di atas jalan kerana ditembak oleh musuh Allah ??

Kematian yang baik ialah apa yang disebutkan oleh Allah swt di dalam kitab-Nya :
"Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kalian mati melainkan kalian mati dalam keadaan Islam". (Ali Imran: 102).

Selama kematian itu dalam Islam dan kerana Islam maka tidakah mengapa keadaan mati itu kerana bukan cara mati itu baik digantung, ditembak, dibunuh, kemalangan itu yang menjadi perkiraan sebaliknya keadaan diri dan iman dan agama kita sewaktu mati itu yang menjadi nilaian Allah swt.

Oleh : Ustaz Emran





Alhamdulillah...

Tahniah diucapkan kepada kontijen Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah.Pada tahun ini Masisupa diadakan di IKBN Temerloh dengan penyertaan 4 buah sekolah iaitu:

SMA al-Khairiah
SMA Pelangai
SMA Dong
SMA al-Falah, Batu Talam

SMA al-Khairiah dinobatkan selaku JUARA keseluruhan selepas memenangi kedua-dua kategori SUKAN dan ILMIAH.

re-establish Your Syahadah
renew your paradigm




Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“ Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa
kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“ Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“ Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”

“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”

“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan”

“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.



re-establish your syahadah
renew your paradigm







Berikut adalah senarai 50 orang muslim yang paling berpengaruh pada tahun 2009. Turut tersenarai adalah Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang menduduki tempat ke-42 daripada senarai tersebut :) :

  1. His Majesty King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, King of Saudi Arabia, Custodian of the Two Holy Mosques
  2. His Eminence Grand Ayatollah Hajj Sayyid Ali Khamenei, Supreme Leader of the Islamic Republic of Iran
  3. His Majesty King Mohammed VI, King of Morocco
  4. His Majesty King Abdullah II bin Al Hussein, King of the Hashemite Kingdom of Jordan
  5. His Excellency Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of the Republic of Turkey
  6. His Majesty Sultan Qaboos bin Sa’id al Sa’id, Sultan of Oman
  7. His Eminence Grand Ayatollah Sayyid Ali Hussein Sistani, Marja of the Hawza, Najaf
  8. His Eminence Sheikh Al Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi, Grand Sheikh of the Al Azhar University, Grand Imam of Al Azhar Mosque
  9. Sheikh Dr Yusuf Qaradawi, Head of the International Union of Muslim Scholars
  10. His Eminence Sheikh Dr Ali Goma’a, Grand Mufti of the Arab Republic of Egypt
  11. His Eminence Sheikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Aal al Sheikh, Grand Mufti of the Kingdom of Saudi Arabia
  12. Mohammad Mahdi Akef, Supreme Guide of the Muslim Brotherhood
  13. Hodjaefendi Fethullah Güllen, Turkish Muslim Preacher
  14. Amr Khaled, Preacher and Social Activist
  15. Hajji Mohammed Abd al Wahhab, Ameer of the Tablighi Jamaat, Pakistan
  16. His Royal Eminence Amirul Mu’minin Sheikh as Sultan Muhammadu Sa’adu Abubakar III, Sultan of Sokoto
  17. Seyyed Hasan Nasrallah, Secretary General of Hezbollah
  18. Dr KH Achmad Hasyim Muzadi, Chairman of Nahdlatul Ulama, Indonesia
  19. Sheikh Salman al Ouda, Saudi Scholar and Educator
  20. His Highness Shah Karim al Hussayni, The Aga Khan IV, 49th Imam of the Ismaili Muslims
  21. His Highness Emir Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum, Ruler of Dubai, Prime Minister of the United Arab Emirates
  22. His Highness General Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan, Crown Prince of Abu Dhabi and Deputy Supreme Commander of the UAE Armed Forces
  23. Sheikh Dr M Sa’id Ramadan al Bouti, Leading Islamic Scholar in Syria
  24. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam
  25. His Eminence Professor Dr Sheikh Ahmad Muhammad al Tayeb, President of Al Azhar University
  26. His Eminence Mohammad bin Mohammad al Mansour, Imam of the Zaidi Sect of Shi‘a Muslims
  27. His Eminence Justice Sheikh Muhammad Taqi Usmani, Leading Scholar of Islamic Jurisprudence, Pakistan
  28. His Excellency President Abdullah Gül, President of the Republic of Turkey
  29. Sheikh Mohammad Ali al Sabouni, Scholar of Tafsir
  30. His Eminence Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Deputy-Head of the International Union of Muslim Scholars
  31. Her Eminence Sheikha Munira Qubeysi, Leader of the Qubeysi Movement
  32. His Eminence Sheikh Ahmad Tijani Ali Cisse, Leader of Tijaniyya Sufi Order
  33. Sheikh al Habib Umar bin Hafiz, Director of Dar al Mustafa, Tarim, Yemen
  34. Khaled Mashaal, Leader of Hamas
  35. Professor Dr M Din Syamsuddin, Chairman of Muhammadiyya, Indonesia
  36. Maulana Mahmood Madani, Secretary General of Jamiat Ulemae- Hind, India
  37. Sheikh Habib Ali Zain al Abideen al Jifri, Director General of the Tabah Foundation, UAE
  38. Sheikh Hamza Yusuf Hanson, Founder of Zaytuna Institute, USA
  39. His Eminence Sheikh Professor Dr Mustafa Ceric, Grand Mufti of Bosnia and Herzegovina
  40. His Excellency Professor Dr Ekmelledin Ihsanoglu, Secretary General of the Organization of the Islamic Conference
  41. General Mohammad Ali Jafari, Commander of the Revolutionary Guard, Iran
  42. Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia

  43. Motiur Rahman Nizami, Ameer of the Jamaat-e-Islami, Bangladesh
  44. Professor Sayid Ameen Mian Qaudri, Barelwi Leader and Spiritual Guide
  45. His Holiness Dr Syedna Mohammad Burhannuddin Saheb, 52nd Da‘i l-Mutlaq of the Dawoodi Bohras
  46. Dr Abdul Qadeer Khan, Pakistani Nuclear Scientist
  47. Professor Dr Seyyed Hossein Nasr, Islamic Philosopher
  48. Abdullah ‘Aa Gym’ Gymnastiar, Indonesian Preacher
  49. Sheikh Mehmet Nazim Adil al Qubrusi al Haqqani, Leader of Naqshbandi-Haqqani Sufi Order
  50. His Excellency Dr Abd al Aziz bin Uthman Altwaijiri, Secretary General of the Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization


Assalamualaikum.

Sabtu-21 Jun 2009

Ceramah Bulan Rejab



Hari ini satu khairiah gempar dengan kewujudan seorang dj yang tidak asing lagi di dunia bulan.Seluruh dimensi berada dalam keadaan haru-biru dan kucar lana taktala suara tersebut terus-menerus menguasai sebahagian wilayah al-khairiah.Panglima-panglima yang bertugas di pusat informasi melarikan diri dari kawasan bertugas memandangkan suasana semakin sukar untuk dikawal.Aku hanya menunggu di command center.Jarum jam berputar seperti adatnya.Pintu pejabat utama organisasi atas tanah ini diketuk.Satu detik cemas menyelebungi jiwa..langkah diatur kemas bagi memastikan setiap serangan musuh dapat dipatahkan.Pintu bergoncang...suasana semakin dramatik(ceh...).Aku cuba untuk menyelesaikan konflik antara benua itu.Otot-otot di kaki dan tangan meregang dan mengecut.Receptor cahaya pantas menangkap setiap perubahan imej sambil telinga mengesan setiap perubahan gelombang bunyi hasil ketukan pintu.neoron affarent lantas menghantar maklumat ke satu unit yang lain.Info yang baru telah dibentuk hasil proses synap antara 2 unit asas penghantar maklumat.Nor-adrinalina lantas menjalankan tugasnya bersama sahabatnya iaitu dopamina dan ancetylkolina.Segala maklumat dibawa ke sistem utama.Hypothalamus mengintegrasikan segala maklumat yang diterima.Memang begitulah tugasnya sehari-hari.Segala maklumat sudah ditafsirkan.Arahan yang diterima lantas dibawa ke motor neuron bagi memastikan tindakan seterusnya berjaya.Kerjasama antara sistem otot dan saraf terjalin.Aku berjaya menggerakkan tanganku untuk membuka pintu yang diketuk.Alhamdulillah...sedar tak sedar itulah proses yang berlaku dalm tubuh seorang manusia.Subhanallah..satu teknologi yang amat tinggi hanya ketika ana ingin membuka pintu.bayangkan proses yang berlaku ketika kerja yang lebih rumit dilakukan.



MAKLUMAT UMUM 
 

Sijil Pengesahan halal dan Logo adalah merupakan suatu pengiktirafan yang menunjukkan kehalalan sesuatu hasil makanan, minuman dan bahan gunaan orang Islam berasaskan kepada hukum Syarak yang diamalkan dalam negeri ini. Ini bertujuan untuk mengatasi kekeliruan dan keraguan yang timbul dikalangan pengguna Islam berkaitan dengan kehalalan atau kesucian sesuatu makanan, minuman dan bahan gunaan yang dikeluarkan dalam negeri ini.

Ia perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Premis yang membuat penyediaan / pemprosesan / masakan makanan, minuman dan bahan gunaan orang Islam yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Semua pengusaha makanan,bahan gunaan dan pihak yang berkaitan yang dapat memenuhi kriteria-kriteria halal yang telah ditetapkan dalam " Garis Panduan" berkenaan layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal.

KEISTIMEWAAN MEMILIKI SIJIL PENGESAHAN HALAL DAN LOGO HALAL

  1. Menambah Keyakinan Pengguna Para pengguna akan bertambah yakin dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh premis makanan kerana telah mematuhi piawaian kebersihan dan peraturan Islam melalui "Garis Panduan" yang ditetapkan.
  2. Satu Sumbangan Sosial Penggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal ini dilihat sebagai satu sumbangan sosial untuk menyediakan makanan bersih lagi suci kepada masyarakat Malaysia. Pada masa yang sama, Pengusaha Islam telah menyempurnakan tuntutan fardhu kifayah kepada umat Islam khasnya dalam penyediaan makanan halal.
  3. Memudahkan Pemantauan Dengan Penggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal ini, syarikat dan premis makanan akan sentiasa mematuhi "Garis Panduan" yang ditetapkan. Mereka juga akan mendapat nasihat dan kepakaran dari pihak berkuasa agama berkaitan kebersihan, kesucian dan menepati piawaian dunia dan peraturan Islam.
  4. Peningkatan Produktiviti dan Laba Keuntungan Penggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal ini akan meningkatkan produktiviti syarikat kerana logo ini telah dikenali dan sinonim dengan masyarakat Islam yang menjadi pengguna majoriti di Malaysia. Laba keuntungan akan bertambah melalui tarikan jual beli pengguna yang telah yakin dengan produk / perkhidmatan yang mempunyai Logo Halal.

PROSEDUR PERMOHONAN

  

Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan ditetapkan yang boleh didapati di alamat berikut :

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor, Tingkat 5, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000, Shah Alam, Selangor.

Borang permohonan dikategorikan kepada tiga seperti dinyatakan di bawah :

Borang SPH 1 / SPH 2 / SPH 3 yang telah diisi hendaklah dimajukan ke alamat seperti di atas.

Segala maklumat yang diberikan oleh pemohon dalam borang dan lampiran yang berkaitan adalah sulit dan rahsia.

Pemohon hendaklah menyediakan sebuah fail bertajuk Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal bertajuk Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal untuk menyimpan dokumen-dokumen yang berkaitan.

PEMERIKSAAN

Sebelum Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal dikeluarkan, satu lawatan pemeriksaan ke atas premis barangan berkenaan akan dilakukan oleh dua orang ahli atau wakil Jawatankuasa Kajian Makanan, Minuman dan Bahan Gunaan Orang Islam Negeri Selangor.

Bayaran bagi perbelanjaan analisis makmal ke atas sampel barang yang diperlukan untuk tujuan pengesahan halal jika aada, hendaklah ditanggung oleh pihak pemohon. Jumlah dan cara bayaran bagi tujuan analisis berkenaan akan ditentukan oleh pihak makmal.

KELULUSAN

Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal akan dikeluarkan setelah barang, premis dan tempat makanan yang berkaitan didapati memenuhi kehendak peraturan halal mengikut hukum Syarak. Sejumlah Bayaran dikenakan berdasarkan kategori berikut :

KADAR CAJ BAYARAN PERMOHONAN HALAL  (BERDASARKAN KATEGORI - 2 TAHUN) 

A) KADAR CAJ BAGI INDUSTRI MAKANAN / KOSMETIK / MAKANAN KESIHATAN 

JENIS INDUSTRI
KECIL
KECIL & SEDERHANA
MULTINASIONAL
RM 200.00  (2 tahun)
RM 800.00  ( 2 tahun)
RM 1 400.00  ( 2 tahun)
B) KADAR CAJ BAGI RUMAH SEMBELIHAN
SAIZ RUMAH SEMBELIHAN 
KECIL
SEDERHANA
BESAR
RM 200.00  (2 tahun)
RM 800.00  ( 2 tahun)
RM 1 400.00  ( 2 tahun)
C) KADAR CAJ BAGI HOTEL / RESTORAN / KATERER (TUNGGAL & BERANTAI)
KECIL
SEDERHANA
1 - 4 *
200 setiap satu
5 - 9 
1 000
10 - 50
1 400
10 - 50
2 000
* Bilangan restoran yang kurang daripada 5 unit tidak di anggap sebagai restoran berangkai,  maka kadar caj adalah mengikut bilangan restoran, iaitu RM 200 setiap unit

Semua pemilik Sijil Pengesahan Halal yang sah bagi sesuatu barangan atau premis dibenarkan menggunakan Logo Halal (seperti yang terdapat di dalam sijil berkenaan).

Tarikh sah bagi sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal ini adalah selama satu tahun.

PEMBAHARUAN SIJIL

Untuk pembaharuan Sijil, pemohon hendaklah mengisi borang yang sama dan menghantar ke bahagian Penyelidikan & Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor tidak lewat dua bulan sebelum tamat tempoh.

Bagi maksud pembaharuan Sijil, pemeriksaan ke kilang atau premis atau tempat makanan oleh Jabatan Agama Islam Selangor atau wakilnya akan dilakukan jika perlu.

SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN SIJIL PENGESAHAN HALAL DAN LOGO HALAL

  1. Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal ini tidak boleh diniaga, ditukar milik atau dipinda isi kandungannya.
  2. Penggunaan Sijil Pengesahan Halal ini masih tertakluk kepada semua undang-undang atau peraturan berkaitan yang diamalkan di negara ini.
  3. Sebarang perubahan ke atas nama syarikat, kilang / premis dan alamatnya, jenama barang, barang ramuan dan pembekal-pembekalnya serta apa juga yang berkaitan dengannya hendaklah diberitahu kepada Jabatan Agama Islam Selangor secara bertulis untuk tindakan lanjut.
  4. Sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan sijil tersebut adalah tertakluk di bawah tanggungjawab pemegang. Jika berlaku kehilangan atau kerosakan ke atas sijil berkenaan hendaklah diberitahu secara bertulis dengan segera kepada Jabatan Agama Islam Selangor.
  5. Sijil Pengesahan Halal berkenaan boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sah pada bila-bila masa apabila didapati ianya menyalahi "Garis Panduan" yang telah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragukan dai segi syarak.

LAWATAN PEMERIKSAAN

Jabatan Agama Islam Selangor akan melakukan pemeriksaan mengejut dari masa ke semasa untuk memastikan permohonan mematuhi "Garis Panduan" dan peraturan yang ditetapkan.

  
 
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
 Salinan Lesen Perniagaan
 Salinan Lesen Pihak Berkuasa Tempatan
 Salinan Pengesahan Sembelihan Binatang Halal
CONTOH BORANG SPH 1SPH 2 dan SPH 3
SOALAN YANG SERING DITANYA
 Apa yang perlu disediakan semasa pemeriksaan dilakukan?
  
  1. Pekerja yang beragama Islam sebagai pengendali sekurang-kurangnya 2 orang.
  2. Resit-resit dari pembekal yang mempunyai logo halal.
 Apakah perbezaan logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM dan JAIS?
  Logo JAIS mempunyai nombor siri bagi mengelakkan pemalsuan.
 Adakah Selangor melantik mana-mana syarikat sebagai agen JAIS utuk mengelurkan logo halal?
  Tidak. JAIS tidak melantik mana-mana pihak sebagai wakil permohonan tanda halal. Segala permohonan hendaklah dimajukan terus kepada JAIS.
  

Sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor Tingkat 5, Menara Utara,Bangunan Sultan Idris Shah, 40676 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan. Tel : 5514 3400 ext: 2091 / 2093 / 3679 / 3683


Powered by Blogger.