‘’Umar, kau nak beli sim card baru, kan?’’ soal Fathil tatkala melihat teman
sebiliknya itu asyik membelek-belek handset..
‘’A’ah!’’ Umar mengangguk ringkas.
‘’Beli yang aku punya je lah,’’ tawar Fathil.
‘’Separuh harga?’’ acah Umar.
‘’Beres. Kau nak sekarang ke?’’
‘’Tak nak…’’ Umar acuh tak acuh.
‘’Cis, buang karen je!’’ bentak Fathil.
‘’Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betulbetul
ke ni?’’ Umar meragui.
‘’Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?’’ Fathil berwajah serius.
‘’Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu? Tiba-tiba
nak jual, mesti ada apa-apa,’’
‘’Tak sampai pun sebulan…’’ Fathil membetulkan fakta.
‘’Habis tu, nak beli yang lain pulak?’’
‘’Mmm..dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari mak we aku. Malas nak ada
apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku,’’
‘’Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh clash
jugak?’’
‘’Biasalah…lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari
perempuan baik tau. Dia ni emm…tak kena selera gadis idaman aku lah. Aku
malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar…tak pernah bermak we,’’ Fathil
meluahkan.
Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia
menceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu
membonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya.
(Siapa yang tidak cemburu…dan, kau tahu Umar….kaulah lelaki itu)
‘’Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau…’’ Umar menyindir.
‘’Eleh…nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Umar, aku clash pun sebab aku tak
nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah,’’
‘’Ish, awek malang mana lah pulak yang kan jadi mangsa kau kali ni,.. Dasar
playboy!’’ sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.
‘’Dengki lah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu tak berani macam aku nak cari
mak we. Sampai sekarang tak der mak we. Dayus! Penakut!’’ Fathil pula
mengenakan Umar.
‘’Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah…aku malas je!’’
‘’Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku, Aku cabar kau tackle
Maziah,’’ Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas dengan
cabarannya.
‘’Maziah mana pulak ni?’’
‘’Classmate aku. Sombong betul dia…buat aku tercabar je. Nanti ada peluang
aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Aku suruh
kau tackle je, pas tu bagi jalan kat aku,’’
‘’Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia,’’
‘’Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan… Kau tahu tak, Maziah ni
bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau boleh
tackle dia, memang aku tabik kat kau,’’
‘’Hey, aku berani lah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan..’’ Umar
menolak cabaran.
‘’Kau ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak kan percaya selagi kau tak
tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kau tackle
Maziah dengan cara apa sekalipun…’’ wajah Fathil hambar. Dia keluar
meninggalkan Umar sendirian. Dia ingin menghabiskan malamnya di cyber café,
manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chitchat.
(Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik juga lah…) bisik Fathil.
Umar tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi ke dalam handset.
Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.
‘’Hello! Fathil…’’ suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendang
telinga Umar.
‘’Err, hello. Fathil tak der,’’ Umar gugup berhadapan suara itu.
‘’Ah, alasan je tu! Fika tak percaya… Fika nak cakap dengan Fathil, cepatlah…’’
suara itu mendesak.
‘’Betul…dia keluar. Sumpah!’’ Umar meyakinkan.
‘’Dah dekat 1000 kali Fika call, kenapa dia tak angkat?’’
‘’Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya,’’
‘’Fika dah agak…dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salah
Fika…semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan,’’ suara
itu bertukar sebak. Tersentuh hati Umar.
‘’Tapi, tak semua….’’ Umar membela kaumnya.
‘’Fika tak pernah jumpa pun….semua lelaki yang Fika kenali tak boleh harap,’’
‘’Err, suatu hari nanti jumpa lah….’’
‘’Huh, entah bila…’’
‘’Berdoalah pada Allah,’’
‘’’Berdoa?’’ gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar.
(Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.
‘’Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung,
putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!’’ gadis itu
melawak sambil ketawa lagi.
Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan
melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman Islamnya
dulu tidak pernah memberi peluang dan ruang untuknya mengenali seorang
perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kali
pertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti.
Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu ialah Asiah Yusro,
perempuan yang terkenal dengan waro’ di sekolahnya dulu.
Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus terngiang-ngiang di
pendengaran.
(Merdu sungguh suaranya., tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil syok
kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?)
(Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni….)
Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba irama
handsetnya berbunyi lagi.
‘’Hello, Fika ni!’’
Gurlp! Umar menelan liur.
‘’Hello!’’ balas Umar.
‘’Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri pun,’’
Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya.
‘’Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar Kejururawatan. Saudara?’’
‘’Err…Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,’’
‘’Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho…’’
‘’Ish, tak der lah. Biasa je…’’
‘’Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang Umar,
boleh?’’
‘’Abang?!’’ Gurlp!!!
‘’A’ah….tanda respect Fika, bukanya ada apa-apa. Boleh kan abang Umar?!’’
‘’Err…’’ kelu lidah Umar.
‘’Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu Fika,
sms lah…miss you my hero! Ummmwah…’’
Gurlp! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh menerawang.
Dia cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyik
tentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak buluh perindu itu
terus bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis tapi kali ini dia tak berdaya
lagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Umar mengukir senyum sendiri.
‘’Umar, kau nak tengok persembahan teater, tak?’’ Fathil mengajak.
Kepalanya ligat mengatur strategi untuk mempengaruhi Umar. Dia mesti bijak
menjerat Umar agar dia boleh bebas daripada buruan Fika. Baru petang tadi dia
diburu lagi oleh Fika dengan pelbagai pujuk rayu. Akhirnya dia menjanjikan
sesuatu untuk Fika kerana dia tahu dia tak boleh bebas daripada gadis yang licik
itu selagi Umar tak dijadikan penggantinya.
‘’Tak minat!’’ balas Umar. Ringkas.
‘’Cis, budak skema! Tak sporting lah kau ni… Jom lah Umar, aku bukannya
ajak kau club in, tengok teater dalam universiti je. Lagipun, bukan ada apa-apa
malam ni…bosanlah!’’
‘’Aku tak nak!!’’ tegas Umar.
‘’Okey, kalau kau tak nak ikut, aku nak ubah plan pergi disco. Kau sanggup
tengok kawan kau nak pergi tempat maksiat, Umar?’’ Fathil tahu kelemahan
Umar, seterusnya cuba menjerat.
‘’Tapi…Hizbi, Banna, Hanif, Faizi dan Syamil nak datang malam ni…’’
‘’Oh, kawan-kawan kau yang selalu datang tu. Baik aku chow cepat-cepat. Aku
segan lah ngan diorang tu. Geng-geng malaikat tu, aku pulak geng setan. Ntah
macam mana aku sebilik ngan kau sebab kau pun geng diorang jugak, kan?!’’
‘’Diorang tu satu sekolah ngan aku dulu…Tapi Hanif ngan Faizi bukan! Mereka
kawan baik aku,’’
‘’Patutlah kau pun ala-ala malaikat skit. Tak sebulu ngan aku…’’
‘’Hey Fathil, jangan kata cam tu! Aku pun gila-gila macam kau jugak tau. Ingat
aku suka sangat diorang datang? Aku pun dah bosan dengan diorang. Asyik nak
ajak aku pergi program agama je, ingat ni zaman sekolah dulu lagi agaknya,’’
‘’Kau biar betul, Umar. Cakap bolehlah…’’ Fathil ragu-ragu.
‘’Okey, aku ikut kau pergi tengok teater!’’
‘’Hah, macam tu lah kawan aku! Jangan pandai cakap je tapi kena tunjukkan.
Macam ni lah yang aku nak…’’
Fathil menghidupkan enjin motorsikal krissnya. Umar membonceng di
belakang. Kepalanya asyik memikirkan pertemuan yang bakal diatur antara
Umar dan Fika.
‘’Eh..eh.. Maziah lah!’’ Fathil tak menyangka terserempak dengan Maziah.
‘’Yang mana?’’
‘’Tu, tu, baju putih…’’
Umar berpaling ke belakang. Matanya liar meneliti gadis berbaju putih yang
sedang menunggu di perhentian bas bersama beberapa orang kawannya.
Kelajuan motorsikal yang dipandu oleh Fathil menyebabkan pandangannya
mampu menatap wajah Maziah sekilas cuma.
‘’Nampak tak?’’ suara Fathil agak meninggi melawan frekuensi angin.
‘’Sikit-sikit je..kau bawa motor laju sangat,’’balas Umar.
‘’ Okey, aku pusing lagi sekali. Cam betul-betul tau…’’ Fathil bertindak seperti
apa yang dikata. Sebaik sahaja melepasi perhentian bas itu, dia memperlahankan
motorsikalnya sambil berteriak gatal,
‘’Maaaziaaahhhh…!’’ Gadis itu memandang tepat. Kawan-kawannya juga turut
memandang. Panahan matanya tembus ke hati Fathil hinggakan motorsikal yang
dipandunya hampir hilang kawalan. Nasib baik sempat cover.
(Boleh tahan! Tapi, macam pernah nampak, di mana ya?) bisik Umar.
Umar cuba mengecam wajah Maziah sekali lagi. Matanya beralih fokus kepada
seseorang.
(Eh, Asiah Yusro?!)Dia terperanjat melihat gadis yang berada di tepi Maziah
ialah Asiah Yusro, gadis pujaan hatinya.
(Alamak, mesti Asiah Yusro terkejut tengok aku naik motor dengan budak gilagila
macam Fathil ni. Mesti dia sangka aku tak thiqoh lagi. Ahh,..biarkan. Boleh
blah lah Asiah Yusro dengan thiqoh kau tu…kaulah wanita paling kejam.
Bertahun-tahun kau buat jiwa aku terseksa!)
Fathil mencari tempat parking berhampiran dewan besar universiti.
Kakinya pantas menyusun rentak ke dewan, diiringi oleh Umar.
‘’Lawa si Maziah, kan?!’’
‘’Kau memang…cari orang lawa je!’’
‘’Kau tahu ape! Maziah tu bukan saje lawa tapi baik, tau!’’
‘’Buktinya?’’
‘’Ntah?! Aku tengok dia pandai bawa diri. Nampak terjaga…’’
‘’Perasaan kau je tu!Aku rasa perempuan macam tu berpotensi besar buat jiwa
kau terseksa,’’ Umar belajar daripada pengalaman.
‘’Orang tak de mak we cam tu lah! Mana kau tahu tengok perempuan,’’
‘’Kau jangan cabar aku, Fathil. Tengoklah nanti, dalam masa sesaat pun aku
boleh cari mak we,’’
Pap! Satu tumbukan lembut singgah di bahu Fathil. Seorang gadis berwajah
jelita, beraksi menggoda sedang menarik muka masam.
‘’Fathil nak nyorok dari Fika, ye?!’’ marah gadis itu. Comel.
(Fika?! Gurlp!!)
‘’Umar, kau bertuah malam ni…memang sesaat pun!’’ Fathil separuh berbisik.
Umar kehairanan dan cuba mentafsirkan kata-kata itu.
‘’Err, tak de lah Fika. Fathil sebenarnya puas cari pengganti untuk Fika. Bukan
Fathil tak suka Fika, tapi Fathil rasa ada orang yang lebih baik untuk Fika
berbanding Fathil. Itu tanda sayang ikhlas Fathil pada Fika. Kenalkan ni Umar
Al-Mujahid. Dia boleh jadi pak we baru Fika,’’pandai Fathil menyusun ayat. Dia
memang mahir bertanam tebu di pinggir bibir. Hatinya melonjak-lonjak riang
kerana boleh bebas daripada perempuan yang dianggap merimaskan ini.
Lagipun dia tahu, memang itu yang Fika inginkan. Fika tentu gembira melihat
lelaki misteri yang membonceng motornya tempoh hari, kini ada di depan
matanya.
Umar dan Fika saling berpandangan. Umar lemas dengan renungan tajam gadis
itu. Dia makin tenggelam dengan senyuman manis yang mula berkuntum dari
bibir mungil bak limau seulas, merah bak delima merekah.
(Cunnya Fika!) terbeliak mata Umar.
(Wow, 10 kali ganda lagi hensem dari Fathil! Macam Hritik Roshan..) Fika pun
turut terpegun dengan ketampanan Umar.
Hidup Umar makin terawang-awangan dibuai bayangan Fika. Si gadis
jelita. Teknologi sms ‘dimanfaatkan’ sepenuhnya sebagai penghubung saban
hari. Kadang-kadang, sampai tak tidur malam mereka berbalas sms.
(Jiwa aku selalu resah. Ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah. Inikah
makna cinta? Ya, aku rasa, aku dah jatuh cinta!)
Kini, barulah Umar dapat merasai keseronokan memiliki seorang teman wanita
sebagaimana yang sering diceritakan oleh Fathil. Memang seronok! Umar tak
mampu lagi menongkah arus di lautan cinta remaja yang menipu daya. Dia
membiarkan dirinya terus dan terus hanyut dipukul badai cinta yang kian
bergelora. Cinta yang terumbang-ambing di samudera luas dan tak tertinjau
tepiannya. Kini, malamnya ditemani mimpi-mimpi indah,siangnya teruja dek
warna-warni cinta. Cinta itu indah.
(Fika, kau istimewa! Bagiku, kaulah penyingkap makna cinta di hati ini… Fika,
bayanganmu sentiasa menemaniku. Fika, hatiku milikmu! Oh, Fika…)
Tok!Tok! Assalamualaikum…
Kebetulan, Fathil hendak membuka pintu untuk keluar tatkala pintu biliknya
diketuk.
‘’Umar ada?’’ seraut wajah bersih seorang lelaki tercegat di depan biliknya. Bibir
lelaki itu menguntum senyuman. Tangannya dihulur untuk berjabat tangan
dengan Fathil. Fathil menyambut salam dengan kekok.
‘Saya Banna… Hassan Al-Banna,’’ lelaki itu memperkenalkan diri.
‘’Kenal…selalu dah nampak muka kau tapi tak tahu nama. Kau duduk kolej
sebelah, kan?!’’
‘’Mmm…awak?’’
‘’Aku Fathil,’’. Sejurus selepas itu Fathil melaung memanggil Umar.
‘’Umar, kawan kau datang!’’ Tiada laung balas. Senyap. Handset Fathil pula
berirama minta diangkat.
‘’Hello, Joe! Dia masih ada kat stall tu? Aku nak pergi lah ni,’’. Fathil tergesagesa
mengikat tali kasut.
‘’Umar tertidur, kot. Pergi lah jenguk dalam compartment dia tu!’’ Ujar Fathil
kepada Banna. Banna mengangguk. Fathil meluru keluar sebaik sahaja tali
kasutnya kemas diikat.
Banna masuk ke compartment Umar. Dia sedang nyenyak tidur. Tidur
petang. Di dalam genggamannya yang terbuka, Banna menjeling kepada satu
mesej yang tertera di skrin handset.
Bang Umar, takkan asyik sms je. Petang esok kita jumpa kat PWTC nak?
Bolehlah bang…plizzzzzz….luv u!!! Fika saaaaaayang abang. Ummmwahhh!
Banna terkejut membaca mesej itu. Dikelip-kelipkan matanya bagaikan tidak
percaya.
(Umar sedang bercinta?) hatinya sukar menerima.
Selang seketika, pintu bilik itu dikuak orang. Fathil masuk tergesa-gesa tanpa
membuka kasut. Dia mengambil sekeping kad bersampul biru muda.
(Tertinggal agaknya…)Banna memandang Fathil dengan senyuman.
‘’Dia tak bangun lagi ke?’’ Fathil sempat menjenguk Banna di dalam
compartment Umar.
‘’Emm..tak lagi!’’ balas Banna masih tersenyum. Fathil mendengus lalu
menggoyang-goyangkan bahu Umar.
‘’Woii, bangunlah….kawan kau datang ni!’’ tengking Fathil. Umar menggosokgosokkan
mata. Dia menatap paparan mesej di skrin handset seketika, kemudian
pantas menutupnya.
‘’Macam tu lah dia. Hari-hari main sms sampai tertidur. Aku nak ajak keluar pun
susah sekarang ni,’’ leter Fathil . Hati Banna makin curiga dengan Umar.
‘’Err, nak ke mana tu?’’ Banna sempat bertanya.
‘’Nak ke stall. Sekarang ni kan Mujahidah Week, bolehlah membeli sambil
ngorat mujahidah…’’ Fathil ketawa berdekah-dekah dengan lawaknya. Banna
turut tersenyum.
‘’Chow dulu…’’ Fathil melemparkan senyuman ramah.
(Bagus dia, mudah masuk ngan orang…) hati Banna memuji Fathil.
Banna menerangkan kepada Umar bahawa dia datang untuk mengajak
Umar menghadiri perjumpaan mingguan smart group bagi pelajar-pelajar
lepasan Sekolah Taman Islam, sebuah sekolah swasta yang tidak asing lagi di
negeri Utara. Namun, tak semua orang yang menyertainya berasal daripada
sekolah itu, majoriti mereka daripada situ. Smart group ditubuhkan bertujuan
untuk mengumpulkan mereka, berbincang soal akademik, akhlak, isu semasa,
tarbiyyah dan da’wah. Smart group juga dapat mengikat hati-hati mereka agar
tetap bersama sahabat-sahabat yang soleh dan suasana yang mendidik.
Kewujudan smart group adalah cetusan dari kesedaran bahawa fatamorgana
dunia hari ini terlalu menipu daya. Maka, setiap jiwa yang hajat kepada Islam
perlu dikumpulkan bersama biarpun dalam smart group kecil agar mereka boleh
lengkap- melengkapi dan kuat- menguatkan menghadapi cabaran jahiliyyah.
(Ahh, boleh blahlah smart group! Pergi jahanam dengan Asiah Yusro… Aku
dah besar, aku tak perlukan smart group. Aku bukan pelajar Sekolah Taman
Islam lagi. Aku mahasiswa universiti. Smart group, namanya pun sudah jelek
aku mendengarnya!)
‘’Banna, ana ada hal lah esok,’’ Umar masih mengekalkan ganti nama ana yang
cukup sebati dituturkan di Sekolah Taman Islam.
‘’Hal apa yang lebih penting dari smart group?’’
‘’Err…nak buat assignment, banyak lagi tak siap. Hari Isnin ni dah kena hantar,’’
Umar beralasan. Dia sudah pandai berbohong.
‘’Kalau macam tu, kita buat smart group di bilik nta. Sambil-sambil tu, kami
semua boleh tolong nta siapkan assignment..’’ Banna menawarkan pertolongan.
‘’Eh, tak yah lah…ana boleh buat sendiri,’’Umar menolak.
‘’Datang smart group kejap je, Umar. Tak sampai pun sejam. Insyallah, kalau nta
datang, Allah akan permudahkan urusan nta untuk buat asignment . Kalau kita
tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. Smart group bukan benda mainmain,
ianya tanda sensitiviti kita pada agama. Sahabat-sahabat kita semuanya
dah cukup rindu kat nta,. Masuk ni, dah tiga kali nta tak datang. Bayangkan tiga
minggu nta menghilang, macam mana sahabat-sahabat kita tak risau?!’’
(Mereka semua ni sama cam dulu. Ambil berat sungguh! Tapi, aku dah bosan
dengan smart group…)
‘’Malam kami ziarah bilik nta ramai-ramai tu, nta ke mana? Bukan ke kita dah
janji?!’’ Banna melontarkan persoalan.
‘’Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada urusan. Ana temankan dia.
Tak sempat nak hantar mesej kat nta,’’
‘’Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka baik kat nta. Nta tetap sahabat
kami sampai bila-bila. Datanglah esok…’’
‘’Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam je lah kat semua. Kalau ditanya,
katakan ana banyak assignment,’’
‘’Insyallah. Oh ya! Dr. Azmin kirim salam . Dia kata puas dia contact nta tapi tak
dapat-dapat,’’. Wajah kebapaan bekas guru di Sekolah Taman Islam yang kini
sudah bergelar pensyarah itu, bertandang di fikiran Umar. Baru semalam dia
bertembung dengan Dr. Azmin namun dia cepat-cepat mengelak.
(Aku tak nak jumpa Dr. Azmin lagi. Aku dah bosan dengan bicaranya tentang
tarbiyyah dan da’wah. Tarbiyyah, da’wah? Pergi jahanamlah…aku dah meluat.
Pergi jahanam bersama Asiah Yusro)
‘’Ana dah tukar sim card?’’jawab Umar bersahaja.
‘’Kenapa tak inform?’’
‘’Ana nak rahsiakan nombor ana,’’ Umar tak berselindung.
‘’Kenapa ni Umar?’’hairan Banna dibuatnya.
‘’Ntah?!Bosan…’’getus Umar. Wajahnya berkeriut kebencian.
‘’Bosan? Bosan dengan apa?’’
‘’Bosan dengan semua yang ada di Taman Islam. Ana rasa terkongkong. Betulbetul
bosan! Rasa muak bila diajak ke program-program tarbiyyah terutamanya
smart group. Tolonglah…ana tak nak dengar perkataan tu lagi, bosan! Ana tak
nak semua ni. Ana nak rasa enjoy macam orang lain. Ana tak tahan dan
memberontak bila kat sini pun korang semua masih nak kongkong ana macam
kat Taman Islam dulu. Ziarah, usrah, ukhuwwah, da’wah, tarbiyyah…ahh,
meluat!’’terpancul kata-kata yang sarat luahan.
(Kenapa aku luahkan semua ni? Ahh…biarkan…biarkan…dah lama benar ia
terpendam) Umar puas dengan luahannya. Peluh dingin memercik di dahi.
Banna terpaku.
(Benarkah apa yang aku dengar ini? Alam nyata ke ni?)
‘’Umar, nta bosan dengan hidayah Allah?’’ Banna mengungkap.
(Gurlp! Bisa sungguh pertanyaan ni!)
‘’Umar, kat Taman Islam dulu, nta Ketua Pengawas yang sangat ana kagumi.
Ana masih ingat lagi kata-kata nta dulu….. diri kita ibarat cawan. Kalau kita tak
tuang di dalam cawan dengan air, molekul-molekul angin akan masuk.
Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang dengan ilmu dan iman, anasiranasir
lain akan masuk. Kita hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi diri kita
dengan bekalan iman agar hidayah Allah kekal dan tak hilang dalam hati. Kita
terlalu hajat pada hidayah Allah,’’ Banna menyambung lagi,
‘’Umar, ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada Allah. Kita
tak boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis diri kita daripada
mendapat hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu lah kita perlu bersyukur
dengan hidayah Allah dan perlu berusaha mengekalkannya. Allah dah
tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita, kenapa kita nak sia-siakannya?’’
‘’Ahh, jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan mendengarnya,’’ jiwa Umar
gersang. Sudah lama tak disirami hujan iman.
(Itu dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu? Kerana semua tu lah, aku
mengenali Asiah Yusro, lantas sejak itulah perasaanku terseksa. Aku juga tahu,
kerana semua tu lah Asiah Yusro tak membalas cintaku. Semua tulah yang
merampas Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)
‘’Umar, jangan cuba lari dari hidayah Allah. Fikirkanlah, sampai bila nta nak
berkrisis dengan Allah macam ni? Hidup ini takkan selamanya begini. Kita akan
mati berjumpa Allah. Nta nak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi?’’
Banna tidak jemu melembutkan hati Umar. Banna terdiam.
(Ahhhhhhhhh….bosannya!!! Tapi, betul juga cakap Banna)
‘’Ana tak sekuat nta, Banna. Ana futur, tak larat nak bangun balik. Nantilah,esok
kalau ada masa ana datang smart group,’’ jiwa Umar terusik. Banna tersenyum.
Air liurnya tak terbuang sia-sia.
‘’Ana akan tunggu nta.Bukan ana je, tapi kami semua akan tunggu nta. Ingat,
sahabat-sahabat kita rindukan nta, terutamanya mas’ul kita, Dr Azmin,’’
Irama handset Umar berbunyi. Umar nampak gugup.
‘’Hello, err, nanti abang telefon kemudian. Abang ada tetamu ni…’’ Umar
menjawab panggilan dengan ringkas. Banna faham lalu meminta diri.
‘’Tak per lah Umar, ana pergi dulu. Nak jumpa adik kembar ana kat stall jap,
Assalamualaikum. Jumpa lagi,’’ Banna bangun beredar. Umar membalas salam.
Selang seketika,handsetnya berbunyi lagi. Umar menjawab panggilan itu dengan
suara lembut. Banna menjeling.
(Adik dia kot…)hati Banna cuba berbaik sangka. Namun, otaknya ligat berfikir
sesuatu. Basah di ingatannya mesej yang sempat dicuri-curi baca sebentar tadi,
lalu dia membuat satu sms.
Assalamualaikum. Smart Group bertukar venue di PWTC, kul 5.30 ptg esok.
Banna melangkah ke gerai yang berderet-deret tersusun berhampiran
dewan besar universiti sempena Mujahidah Week. Dia mencari gerai kepunyaan
Kelab Penulisan. Adik kembarnya berniaga di situ. Dari jauh, Banna melihat
adiknya Maziah bersama Asiah Yusro, teman baik adiknya sedang sibuk
menyusun buku-buku di gerai mereka.
(Ish, Asiah Yusro pun ada?! Seganlah….)hati Banna berbisik. Dia mengakui
hatinya resah tiapkali terpandang Asiah Yusro, mawar mujahidah acuan Sekolah
Taman Islam yang sangat dihormati kerana ketokohannya dalam tarbiyyah dan
da’wah. Lantaran itu, hatinya akan segera beristighfar. Dia tidak mahu jiwanya
dibiarkan parah dibaham mazmumah.
Banna memberanikan jua kakinya melangkah mendekati gerai Kelab Penulisan.
‘’Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa, jap,’’ Banna mengajak adiknya
beredar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta izin daripada Asiah Yusro.
Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir senyuman. Sebelum beredar
bersama abangnya, Maziah sempat mengambil cebisan-cebisan kertas berwarna
biru yang baru dikoyak dari dalam lipatan sebuah buku.
‘’Kertas apa tu?’’ Banna menjeling.
‘’Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-ayat yang
ditulis lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya. Maaf, tak sempat nak
tunjuk kat abang..’’ Maziah meyerahkan cebisan-cebisan kertas itu ke tangan
abangnya. Banna menyambut lalu membelek-belek.
‘’Lelaki ke?’’
‘’Kalau perempuan, Maziah tak kan buat macam ni, bang…’’
‘’Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan datang
silih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah agar kita tak hanyut
nanti.,’’nasihat seorang abang.
‘’Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik Allah…Maziah
takut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan ujian ni. Allah tak
perlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu memerlukan hidayah-Nya untuk
selamat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah Allah, ia boleh pergi
meninggalkan kita, kan bang?!’’
(Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita yang
ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)
‘’Mmm.Sama-samalah kita berdoa….’’ Banna mengangguk setuju.
‘’Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang je kad yang aku beli
mahal-mahal, rupa-rupanya dah ada pak we,’’ bentak Fathil yang berada selang
beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.
‘’A’ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pak we dia pulak kad kau tu. Aku rasa,
tentu pak we dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau diorang ni, Fathil,’’
tambah Joe.
‘’Dating depan orang ramai pulak tu,’’ darah Fathil mendidih.
‘’Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang sangat, aku kenal
pak we dia tu,’’gigi-gigi Fathil dicengkam kuat, bergemerincing.
‘’Siapa?’’
‘’Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak waro’, tapi sama
setan cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan aku, nak
sakitkan hati aku lah tu,’’
‘’Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan mata? Kalau aku, aku takkan
biarkan budak tu. Kena bagi penangan skit…’’
‘’Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dah lah aku meluat
ngan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik, begini pulak
jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna, Maziah dan Fika pun
aku nak ajar sekali,’’
‘’Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat,’’ Joe makin mengapiapikan
kemarahan Fathil.
‘’Joe,malam ni kau dan Umar ikut aku belasah Banna, nak?’’
‘’Malam ni? Kenapa lambat sangat…sekarang ni pun dah boleh belasah ngan
mulut. Semburlah pedas-pedas skit kat diorang yang tengah berasmara tu,’’
Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.
‘’Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester lepas tu ada
makna?’’
‘’Hanif mana ni bang?’’
‘’Alah, Hanif…kawan abang yang hitam manis tu. Dia tak de rupa sangat tapi
agamanya, insyallah.’’
‘’Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu?! Dia dari Sekolah
Taman Islam jugak ke, bang?’’ Pergaulan yang terbatas di sekolah itu
menyebabkan pelajar perempuannya kurang mengenali pelajar lelaki. Begitulah
sebaliknya.
‘’Takk, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini. Dia dalam smart
group yang sama dengan abang.,’’
‘’Maziah ingat….zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah rumah kita.
Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya ziarah. Dia tu nakal
masa kecil dulu,kan abang? Maziah cukup tak suka kat dia dulu. Dia selalu ejek
Maziah macam-macam,’’
‘’Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikit lah. Kalau
kita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, no body is perfect. Kita pun ada
kelemahan. Membetulkan adalah tanggungjawab kita. Maziah macam mana
sekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga Hanif masuk meminang?’’
Powered by Blogger.