Umar Al-Mujahid keliru. Hatinya direntap dua cinta berbeza. Sukar

untuknya menilai kerana hakikat kedua-dua cinta itu indah di matanya.

Antara cinta yang pasti dan tidak pasti, Umar Al-Mujahid akur pada

situasi. Dia memilih cinta yang pasti berbalas daripada seorang gadis jelita.

Kehadiran gadis itu benar-benar mengubat luka penantiannya. Dia tidak mahu

lagi mengharap pada cinta yang tidak pasti daripada si dia yang dianggapnya

tidak sudi. Umar sudah putus asa dengan cinta si dia. Namun, hatinya tak

pernah mengerti. Bayangan si dia tetap juga menghantui.

Tatkala dunia cinta pilihannya dilalui, suara imannya berbicara. Antara

dua cinta yang dicari bukanlah segalanya… Hatinya terkesima pada cinta Allah

dan Rasul yang mengajaknya kembali kepada tarbiyyah dan da’wah yang

pernah dilalui. Cinta tarbiyyah dan da’wah, cinta yang cuba diusir daripada

hidupnya kerana terlalu kecewa dengan cinta si dia yang tak berbalas. Baginya,

tarbiyyah dan da’wah lah orang ketiga yang merampas cintanya. Namun,

tarbiyyah dan da’wah tak pernah kecewa merebut cintanya. Cinta perjuangan itu

memburunya saban waktu dengan perantaraan teman-teman tercinta,

terutamanya yang sama-sama menuntut di Sekolah Taman Islam. Ruparupanya,

cinta Allahlah yang berkuntum segar di sebalik cinta tarbiyyah dan

da’wah.

‘’Hatiku milik siapa?’’ Umar Al-Mujahid terus mencari. Dia mengalami

konflik diri kerana kurang persiapan hati untuk menempuh ranjau dan duri di

universiti. Akhirnya, suara iman memberikan jawapan.

Apakah dilema cinta yang dihadapi?

Apakah rahsia dia boleh berinteraksi dengan imannya?

Apakah kesudahan cinta Umar Al-Mujahid?

Kepada siapa akhirnya diserahkan hatinya?

Dan banyak lagi persolan yang tersimpul dalam episod hidup Umar Al-Mujahid.

Rungkaian kepada persoalan-persoalan yang melingkari kisah ini akan

membawa pembaca bertanya diri sendiri,

‘’Hatiku pula milik siapa?’’.

HATIKU MILIKMU

(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro…aku tak nak seksa perasaan

aku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan. Bertahuntahun

lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian

daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila

penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan.Entah bila…


Ikuti kisah Umar al-Mujahid dalam hatiku milikMU di mindaSyabab.


Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.