Cubaan Pertama
Usia kanak-kanakku dibazirkan dengan keseronokan.Usia itu aku buang membabi bita.Tanpa arah yang jelas ,aku mengikut jalan kelalaian dan keseronokan dunia.Bagiku usia muda adalah untuk berseronok sahaja.Ah !! buat apa difikirkan hal orang tua ???
Begitulah kehidupan seorang kanak-kanak Melayu.Sepatutnya ketika itu,aku sudah mengenal Tuhanku.Aku malu apabila diceritakan kisah Umar nbersama seorang budak pengembala kambing(pasti semua sudah mendengarnya).Akidah yang mantap pada usia yang muda amat membuktikan bahawa aku adalah seorang yang sangat sia-sia.
Kejahilan berterusan..... namun tanpa aku sedari sinar hidayah itu datang.Ketika itu ,amat bodoh tindakanku.Aku cuba lari daripada hidayah itu, walhal aku tahu hidayah itu untuk islah diriku..untuk maslahat diriku !! Ish !! ISh teruk betul manusia tak malu ni(aku la 2)
Ketika itu aku masih di darjah 6.Pada ketika itu,harus akan aku untuk memilih akan aliran yang aku suka.Sudah tentu sains pilihan hati (belagak pandai je).Ayahanda dan bonda menyarankan aku mengambil aliran agama di sebuah sekolah agama di Pahang.Sekolah itulah tempat aku berkelana sekarang.
Bukan mudah langkahku di sekolah itu.Banyak halangan yang perlu ditempuh.Halangan luaran tidaklah terlalu sukar,namun halangan kejahilan dan nafsu ego yang melampau pula peranannya padaku.
Hari pendaftaran
Ahad 4 Januari 2005
Aku sudahpun meninggalkan baju sekolahku di Shah Alam(rumah).Ketika itu aku sudah pun di Pahang.Meninggalakn baju atau tertinggal baju amat memberi kelegaan padaku.PAsti usaha ke sekolah itu GAGAl.Namun tiada apa yang dapat melawan Takdir Allah.Pagi itu ,ayahanda dengan sepantas lipas hilang kaki membawa aku ke pekan sehari.
Pekan Sehari
Seorang peniaga pakaian terus diterkam.Ditanya akan dia akan wujudnya Baju sekolah agama dan seluarnya.Penjual itu masih belum mengeluarkan barang jualannya dari vannya.Terpaksalah si dia menyelongkar dalam van tersebut unutk mencari baju buat pelanggan pertamanya pada pagi itu.
Baju petak-petak
Nah !!! Rasakan sendiri...baju yang sudah dibeli ditinggalnya.Terpaksalah aku memakai baju yang berkotak-kotak(baju baru yang x iron lg).
....................................................................................................................................................................
Akan datang:Cubaan keduaku untuk lari !!!!
Powered by Blogger.
haha...cam cite lawak je...cepat skit post yg baru...
ReplyDelete