Yes !!! padan muka gagal wahai budak(aku lah 2)-gambar hiasan sahaja
gagal lagi aku
Cubaan jahilku untuk lari dari sekolah itu diteruskan jua sebaik saja kaki yang kecil tapi tak kecil,besar tapi tak besar,kira boleh pakailah melangkah ke sekolah itu.Pada hari tersebut,ayahanda menyuruh aku menyemak senarai nama pelajar tingkatan 1 di papan kenyataan.Pelik,pada hari itu,aku menjadi lebih wara' dari ulama atau abid...mana tidaknya,asyik berdoa je."Ya Allah,semoga tak ade namaku..."Aku terus melangkah ke papan kenyataan yang disebut oleh si ayahanda.Pandanganku dilontarkan ke arah satu kertas senarai nama pelajar tingkatan 1.
Bapok banyoknye kelas !!!
Alkisah berputarlah burung-burung di atas kepala,pening dibuatnya.Tulisan dah la kerdil-kerdil...
Yahoo !!! nama aku tak ada !!!
Puas hati ini apabila nama yang dicari-cari gagal dijumpai...fuh..lega tak terkata.Lantas aku menyampaikan khabar gembira itu(bagi aku lah).Nah !!! si ayahanda sukar mempercayainya .Syahdan disuruh mataku melihat buat kali kedua.
Mata pun pandai tipu.
Berkatalah mata kepada mulut,"aku pun pandai tipu juga."Puas aku memerhati setiap nama yang tertulis,tiada terdapat namaku yang sedap ni...(kurang asam betul).Buat kali kedua,aku melaporkan keputusan pemerhatianku...
Ayahanda guna 4 matanya.
Si ayahanda masih berdegil.Dikatanya akan aku bahawa wujudnya namaku di situ.Hatta,bergeraklah beliau mengatur langkah..lalu diperhatinya nama-nama yang tersedia.
Tak sampai 10 saat.
Tak sampai 10 saat..beliau kembali.Dikatanya akan aku tentang kewujudan namaku di situ.
Tak percaya !!!
Aku tak percaya !!! Lalu aku pula pergi memeriksa.Dikatanya aku kelas bukhari(list pertama).Aku pun memeriksa namaku di senarai nama pelajar 1 bukhari.Nah seribu kali Nah !!!
Macammana boleh tertera pula nama yang sedap ni kat situ ???!!!!
Laporan
Cubaan 1 =Gagal
Cubaan 2 =Gagal + Malu
Cubaan 3 =ikuti kisah akan datang
Pengajaran:
1.Setiap sesutu pasti ada hikmahnya.
2.Pastikan setiap tindakan mempunyai semakan susulan.
3.Berlatih-berlatihlah menelaah senarai nama.
4.Jangan berangan masa menelaah senarai nama.
5.Jangan buat-buat tak nampak(karang tak nampak betul)