Assalamualaikum...
Akhirnya ada juga ruang untuk menukil sedikit pengalaman di ruang yang lapang tapi tak lapang,sempit tapi tak sempit.
Baru-baru ini JAbatan Agama Islam Pahang dengan kerjasama Yayasan Dar Quran Temerloh telah menganjurkan satu konvensyen iaitu Konvensyen Pelajar Islam Pahang.Konvesyen ini telah diadakan sejak tahun 2003.Tahun ini adalah tahun ketujuh konvensyen tersebut diadakan ..alhamdulillah.
Pertemuan Para Perwakilan
Mengikut kepada maklumat yang diperoleh,sebanyak 20 buah sekolah telah dijemput.Namun kita hanya merancang,hanya 17 buah sekolah yang menghantar wakil(ok lah 2).Di sini,aku berjumpa ramai muka-muka baru dalam dunia dakwah.Disebalik wajah mereka,terdapat satu harapan dan keazaman yang tinggi untuk menegakkan kalimah Allah.
Disebalik Wajahnya Yang Zahir
Bukan semua yang pergi merupakan seorang yang sempurna.Namun semua yang pergi hampir kepada kesempurnaan.Aku dapat tahu bahawa ada segelintir perwakilan yang mempunyai tabiat yang agak nakal.Namun apa yang ku lihat amatlah berbeza.Rupa-rupanya indah rupa dari khabar.
Biah Solehah
Aku dapat merasakan satu biah yang hasanah.Satu suasana sakinah dan penuh rahmah.Satu suasana yang membawa kepada mengingati Allah !! Biah yang wujud amat jelas memberi kesan.Aku dapat melihat kelibat-kelibat yang berubah tabiatnya.Yang nakal menjadi baik,yang baik menjadi lebih baik.Pengamalan sunnah Rasulullah amat muda diamalkan di situ.Itulah biah yang yang aku usahakan bersama sahabat-sahabat sejak generasi terdahulu.Satu biah yang indah penuh hikmah.
Taaruf
Kehadiranku di KOn PIp banyak membawa kepada pertemuan-pertemuan bermakna.Pelunag ini aku gunakan sebaiknya.Di sinilah tempat menyemai ukhwah fillah.Aku sempat berkenalan dengan Presiden Badik Maahad SHAH iaitu akh Hanifuddin,Presiden BDDK SMA al-Ihsan iaitu akh Umar dan anak-anak buah mereka.
Harapan
Sesungguhnya Kon Pip telah menjadi satu gelanggang munaqasyah antara perwakilan.Semoga Kon PIp akan diadakan lagi tahun hadapan dan semoga mudus operandi Kon PIP akan dipertingkatkan.