-Assalamualaikum buat pejuang-pejuang agama.Bersaksilah kalian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pensuruh Allah dengan sebenar-benar penyaksian.Penyaksian dengan perjuangan dan bukan dengan kalam yang mudah menyatakan tapi susah untuk dinyatakan...bak kata orang "cakap pakai air liur senanglah!"
Satu peringatan buat sahabat2 yang tsabit dirirnya dengan amanah dakwah !!
Ingatlah wahai sahabat kalian tentang satu firus durjana !
Ingatlah wahai pejuang tentang kuman halus yang fana !
Ingatalah kalian tentang jarum keji mereka !
Bersiaplah kalian !
Ketika dada akhbar mula berbicara !
Bercerita tentang indahnya CINTA !
Besiaplah kalian !
Ketika manusia mula mencari cenderaharta !
Untuk buah hati tercinta !
Haramkan diri kalian !
Ketika mereka menghalalkan...
Satu hari untuk berkasih mesra..
Satu hari bebas agama..
Satu hari bersuka ria !
Wahai sahabat penaku !
Doaku agar diri kalian dipelihara
Dipelihara seperti Rasul-Nya
Dipelihara seperti Nabi-Nya
Dipelihara seperti Para Pejuang di jalan-Nya
Dipelihara daripada fitnah pelemah jiwa syuhada !
Ingatlah apabila SATU PROMOSI CINTA DUNIA !
Muncul di kehidupan dunia !
Gharibkanlah diri kalian.
Sesungguhnya ketika ini sudah mula hangat diperkatakan tentang hari valentine.Bicara remaja mula tertumpu ke arah sambutan hari yang dianggap peluang sempurna.
Malulah kalian jika turut menumpang cerita !
Beringatlah ketika
"Cinta Dunia Bermaharajalela"