Assalamualaikum buat sahabat-sahabat..
Sedar tak sedar usia kita semakin meningkat dan hayat kita semakin menurun.
Sedar tak sedar kita masih seorang Muslim dan masih beriman kepada Allah Azza wa Jalla...Alhamudulillah.
Namun ada perkara yang kita tak sedar...perkara-perkara yang kita terlepas pandang.Perkara-perkara macam inilah yang sebenarnya memang dijalankan untuk mengelirukan pemikiran.
Baru-baru ini aku berpeluang untuk menyampaikan tazkirah kepada pelajar-pelajar baru di tingkatan 1.Misiku agak mudah...supaya apa yang disampaikan dapat membuka kemahuan mereka untuk mengenali Islam.Untuk Islam,kita perlulah mengenal Syiar-syiarnya.Antaranya sudah tentulah nama-nama besar yang menjadi pendukung kepada gerakan Dakwah Islamiyah.Aku menyebut beberepa nama yang mungkin dapat menarik tumpuan mereka."Kenal Syed Qutb?"soalku kepada pelajar-pelajar tersebut.Namun jawapan yang diberikan agak tidak menepati skema jawapan yang disediakan.Aku juga ada menyebut tentang As-syahid Hassan al-Banna dan Salahuddin al-Ayubi.Namun kelihatannya pengetahuan mereka atau pendedahan yang mereka terima tentang pejuang-pejuang besar ini agak menyentuh perasaan.Aku beruntung kerana mengenal mereka...namun mereka yang ada di hadapanku......???
Revolusi
Inilah revolusi pemikiran yang jarang-jarang diketengahkan dalam perbualan muda-mudi pada hari ini.Satu revolusi yang mengubah pemikiran remaja-remaja terutamanya ke arah satu gaya berfikir yang tidak matang.
Kewujudan superhero2 barat secara liciknya menyebabkan sebahagian besar kanak-kanak dunia meletakkan harapan dan pergantungan kepada mereka.Superhero-superhero ini disanjung.Mungkin bagi segilintir ibu bapa,ini hanyalah hiburan bagi anak-anak.Namun begi mereka yang merancang ,apa yang dilakukan bukanlah semudah yang dilihat.
Raja Lawak
Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan suasana humor yang mencerminkan satu momentum ke arah pemikiran yang tidak serius,tidak matang dan penuh dengan hiburan semata-mata.Kewujudan rancangan realiti telivisyen yang berunsurkan lawak bodoh JELAS menunujukkan betapa tepunya elemen lawak dalam jati diri rakyat Muslim Melayu.Perkara-perkara begini kelihatan seperti mudah untuk dirungkaikan ikatannya,namun perkara ini mungkin mudah di pemikiran orang awam.Bagi golongan pemikir-pemikir,hal ini SERIUS dan perlu diambil tindakan efektif.
Celakalah !!!
Aku pernah membaca tentang satu hadis yang membincangkan tentang melawak.Celaka,celaka maka celakalah bagi mereka yang berkata lalu menipu untuk membuat sesuatu kaum gelak.Aku tak berapa ingat tentang matan hadis tersebut(insya-Allah akan dinyatakan matannya yang lengkap dalam posting yang akan datang).Jadi begitulah seriusnya perkara ini.Sesungguhnya lawak yang hakiki adalah lawak Nabi Muhammad SAW yang bebas daripada unsur-unsur penipuan atau rekaan semata-mata.Jadi adakah pelawak dalam Raja Lawak membuat lawak berdasarkan hal yang hakiki atau hal yang direka semata-mata,hanya untuk membuat penonton(sesuatu kaum)tergelak????
Re-revolusi
Adalah menjadi lumrah kehidupan makhluk..apa yanng kuat itulah yang lemah.Jika mereka menjadikan pemikiran satu kekuatan ,maka itulah kelemahan mereka.REVOLUSI pemikiran juga boleh menjadi senjata kita untuk mengembalikan kekuatan syabab-syabab muslim.
BANGKITLAH WAHAI PEJUANG !!!