Assalamualaikum..


Wahai sahabat-sahabat...

Sebentar tadi aku sempat menjenguk telivisyen yang asyik dengan siarannya.
Sempat juga aku menonton Misteri Nusantara walaupun hanya sekadar memanjangkan tekak.

Topik yang dibincangkan agak menarik iaitu berkaitan satu upacara untuk menghalau gangguan  makhluk halus.

Upacara tersebut merupaka acara tradisi masyarakat Melayu di Bali,Indonesia.Kepercayaan mereka agak mengelirukan.Mungkin mereka adalah Muslim,namun pengaruh Hindu masih lagi menebal dalam jiwa mereka.

Membuat patung

Bagi menjayakan upacara tersebut , mereka akan membina patung.Hampir 4,000 patung yang dibina untuk menjayakan upacara tersebut.

Berarak

Patung2 yang dibina akan diarak dan dibakar.

Untung batu tenggelam ,untung sabut timbul.

Kita masih beruntung kerana tidak terlibat atau terpengaruh dengan amalan seperti yang diceritakan.Bagitulah kehidupan dunia...aku teringat dengan persoalan yang ditimbulkan oleh mentor ku (al-akh Wan Amirul Syahril)ketika berucap di Konvesyen Pelajar Islam Pahang selaku Pengarah program,kata beliau:

1.Dalam banyak2 sperm,berapa banyak yang berjaya untuk bersenyawa dengan ovum?
Jawapan :Kebiasaanya hanya satu

2.Dalam banyak-banyak ibu yang mengandung ,berapa ramai yang berjaya melahirkan kandungan mereka?
Jawapan :Tak semua

3.Dalam ramai2 yang lahir,berapa ramai yang berjaya hidup sampai ke saat ini?
Jawapan :tAK RAMAI

4.Dalam ramai2 yang hidup,berapa ramai yang Islam?
Jawapan :Tak semua

Dan begitulah soalan2 yang ditujukan yang mana akhirnya dapat menunjukkan tentang betapa bertuahnya seorang hamba yang taat kepada Allah Azza  wa Jalla.


Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.