kami sentiasa bersama mindaSyabab.....katakan Tak Nak pada BN
Ana tak puas hati btul ngan gambar bawah ni...
Assalamualaikum..
Alhamdulillah...baru2 ni ana berpeluang mengembara ke Negeri Terengganu.
Banyak juga pengalaman menarik dan kurang menyenangkan semasa menjadi seorang musafir di sana.
Dalam Perjalanan
Kerteh
Semasa melalui Bandar Kerteh,ana dapat melihat tentang bereliratnya paip2 yang menyalurkan elemen2 daripada petroleum...hebat sungguh akal manusia memikirkan tentang sistem operasi minyak di situ..Subhanallah.
Neuron ana diaktifkan apabila adik ana mengatakan "apa guna paip2 banyak ni..?"..
Hmmmm....betul jugak tu..
Tapi itulah manusia...manusia akan memusuhi apa yang tidak diketahuinya.Memusuhi di sini bukanlah bermaksud sampai bertaki..(bergaduh).
Generasi Muda pada zaman sekarang juga tidak kuat daya fikir.Mereka lebih mudah memberikan jawapan Tak Tahu berbanding memikirkan jawapan yang sebenar.Kehebatan daya fikir syabab muslim pada hari ini telah diselimuti oleh hiburan2 barat yang memang menjadi agenda mereka untuk memusnahkan umat Islam.
Sesungguhnya ...jatuhnya kerajaan China kerana hancurnya pemuda mereka..dan jatuhnya kerajaan Uthmaniah Turki juga kerana hancurnya pemuda mereka.
Saidina Omar pernah bertanya kepada sahabtnya tentang apa yang mereka inginkan untuk Islam...ada yang menjawab emas dan ada yang menjawab haiwan ternakan yang banyak...namun Saidina Omar tidak memilih untuk memiliki emar yang bertimbun atau haiwan ternakan yang banyak untuk Islam...beliau hanya memerlukan segolongan pemuda yang sehebat para sahabat nabi di zaman itu.
Kuala Terengganu
Setelah beberapa detik...sampailah ana di Kuala Terengganu.
Di situ ana ternampak Masjid Kristal yang diagung-agungkan keindahan seni binanya.
Jadi abah ana membawa ana sekeluarga pergi ke masjid tersebut.
Ni masjid ke bende???
Ana terkejut apabila melihat tentang daifnya masjid ini....ana tidak dapat merasakan ruh masjid tersebut....nak masuk pun dah rasa was2...Pelik2.Nilah masjid pertama yang menghadirkan perasaan kurang senang dalam diri ana.
Ambil gambar...
Ramai pengunjung mengambil gambar dalam dewan solat masjid tersebut...
Rasa nak marah pun ada...ini menunjukkan seolah-olah mereka masuk ke masjid untuk melancong....cara untuk mengimarahkan masjid adalah dengan beribadat di dalamnya...bukan sibuk mengambil gambar sini-sana....
kenapa bina masjid ni???
Ana semakin hairan apabila masjid tersebut tidak mengadakan solat jumaat...(?????????)
Apa kejadahnya !!!
Bercelaru otak ana memikirkan fungsi masjid ini...adakah untuk lawatan atau halwa mata sahaja...
Kerajaan mana yang bina semua ni...????
Ana masuk ke dalam kereta dan menceritakan hal tersebut pada ummi ana...(dia tunggu dalam kereta je...)seraya dia berkata.."itulah masjid BN"
Inilah tanda2 akhiruzzaman...
Masjid hanya cantik pada zahirnya....tapi ruhnya tiada....