Sijil Pengesahan halal dan Logo adalah merupakan suatu pengiktirafan yang menunjukkan kehalalan sesuatu hasil makanan, minuman dan bahan gunaan orang Islam berasaskan kepada hukum Syarak yang diamalkan dalam negeri ini. Ini bertujuan untuk mengatasi kekeliruan dan keraguan yang timbul dikalangan pengguna Islam berkaitan dengan kehalalan atau kesucian sesuatu makanan, minuman dan bahan gunaan yang dikeluarkan dalam negeri ini. Ia perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Premis yang membuat penyediaan / pemprosesan / masakan makanan, minuman dan bahan gunaan orang Islam yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Semua pengusaha makanan,bahan gunaan dan pihak yang berkaitan yang dapat memenuhi kriteria-kriteria halal yang telah ditetapkan dalam " Garis Panduan" berkenaan layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal. KEISTIMEWAAN MEMILIKI SIJIL PENGESAHAN HALAL DAN LOGO HALAL PROSEDUR PERMOHONAN Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan ditetapkan yang boleh didapati di alamat berikut : Borang permohonan dikategorikan kepada tiga seperti dinyatakan di bawah : Borang SPH 1 / SPH 2 / SPH 3 yang telah diisi hendaklah dimajukan ke alamat seperti di atas. Segala maklumat yang diberikan oleh pemohon dalam borang dan lampiran yang berkaitan adalah sulit dan rahsia. Pemohon hendaklah menyediakan sebuah fail bertajuk Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal bertajuk Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal untuk menyimpan dokumen-dokumen yang berkaitan. PEMERIKSAAN Sebelum Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal dikeluarkan, satu lawatan pemeriksaan ke atas premis barangan berkenaan akan dilakukan oleh dua orang ahli atau wakil Jawatankuasa Kajian Makanan, Minuman dan Bahan Gunaan Orang Islam Negeri Selangor. Bayaran bagi perbelanjaan analisis makmal ke atas sampel barang yang diperlukan untuk tujuan pengesahan halal jika aada, hendaklah ditanggung oleh pihak pemohon. Jumlah dan cara bayaran bagi tujuan analisis berkenaan akan ditentukan oleh pihak makmal. KELULUSAN Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal akan dikeluarkan setelah barang, premis dan tempat makanan yang berkaitan didapati memenuhi kehendak peraturan halal mengikut hukum Syarak. Sejumlah Bayaran dikenakan berdasarkan kategori berikut : A) KADAR CAJ BAGI INDUSTRI MAKANAN / KOSMETIK / MAKANAN KESIHATAN Semua pemilik Sijil Pengesahan Halal yang sah bagi sesuatu barangan atau premis dibenarkan menggunakan Logo Halal (seperti yang terdapat di dalam sijil berkenaan). Tarikh sah bagi sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal ini adalah selama satu tahun. PEMBAHARUAN SIJIL Untuk pembaharuan Sijil, pemohon hendaklah mengisi borang yang sama dan menghantar ke bahagian Penyelidikan & Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor tidak lewat dua bulan sebelum tamat tempoh. Bagi maksud pembaharuan Sijil, pemeriksaan ke kilang atau premis atau tempat makanan oleh Jabatan Agama Islam Selangor atau wakilnya akan dilakukan jika perlu. SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN SIJIL PENGESAHAN HALAL DAN LOGO HALAL LAWATAN PEMERIKSAAN Jabatan Agama Islam Selangor akan melakukan pemeriksaan mengejut dari masa ke semasa untuk memastikan permohonan mematuhi "Garis Panduan" dan peraturan yang ditetapkan. Sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepadaMAKLUMAT UMUM
B) KADAR CAJ BAGI RUMAH SEMBELIHAN
C) KADAR CAJ BAGI HOTEL / RESTORAN / KATERER (TUNGGAL & BERANTAI)
* Bilangan restoran yang kurang daripada 5 unit tidak di anggap sebagai restoran berangkai, maka kadar caj adalah mengikut bilangan restoran, iaitu RM 200 setiap unit DOKUMEN YANG DIPERLUKAN Salinan Lesen Perniagaan Salinan Lesen Pihak Berkuasa Tempatan Salinan Pengesahan Sembelihan Binatang Halal CONTOH BORANG SPH 1, SPH 2 dan SPH 3 SOALAN YANG SERING DITANYA Apa yang perlu disediakan semasa pemeriksaan dilakukan? Apakah perbezaan logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM dan JAIS? Logo JAIS mempunyai nombor siri bagi mengelakkan pemalsuan. Adakah Selangor melantik mana-mana syarikat sebagai agen JAIS utuk mengelurkan logo halal? Tidak. JAIS tidak melantik mana-mana pihak sebagai wakil permohonan tanda halal. Segala permohonan hendaklah dimajukan terus kepada JAIS. Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor Tingkat 5, Menara Utara,Bangunan Sultan Idris Shah, 40676 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan. Tel : 5514 3400 ext: 2091 / 2093 / 3679 / 3683
KADAR CAJ BAYARAN PERMOHONAN HALAL (BERDASARKAN KATEGORI - 2 TAHUN)
JENIS INDUSTRI
KECIL
KECIL & SEDERHANA
MULTINASIONAL
RM 200.00 (2 tahun)
RM 800.00 ( 2 tahun)
RM 1 400.00 ( 2 tahun)
SAIZ RUMAH SEMBELIHAN
KECIL
SEDERHANA
BESAR
RM 200.00 (2 tahun)
RM 800.00 ( 2 tahun)
RM 1 400.00 ( 2 tahun)
KECIL
SEDERHANA
1 - 4 *
200 setiap satu
5 - 9
1 000
10 - 50
1 400
10 - 50
2 000