Assalamualaikum.

Sabtu-21 Jun 2009

Ceramah Bulan Rejab



Hari ini satu khairiah gempar dengan kewujudan seorang dj yang tidak asing lagi di dunia bulan.Seluruh dimensi berada dalam keadaan haru-biru dan kucar lana taktala suara tersebut terus-menerus menguasai sebahagian wilayah al-khairiah.Panglima-panglima yang bertugas di pusat informasi melarikan diri dari kawasan bertugas memandangkan suasana semakin sukar untuk dikawal.Aku hanya menunggu di command center.Jarum jam berputar seperti adatnya.Pintu pejabat utama organisasi atas tanah ini diketuk.Satu detik cemas menyelebungi jiwa..langkah diatur kemas bagi memastikan setiap serangan musuh dapat dipatahkan.Pintu bergoncang...suasana semakin dramatik(ceh...).Aku cuba untuk menyelesaikan konflik antara benua itu.Otot-otot di kaki dan tangan meregang dan mengecut.Receptor cahaya pantas menangkap setiap perubahan imej sambil telinga mengesan setiap perubahan gelombang bunyi hasil ketukan pintu.neoron affarent lantas menghantar maklumat ke satu unit yang lain.Info yang baru telah dibentuk hasil proses synap antara 2 unit asas penghantar maklumat.Nor-adrinalina lantas menjalankan tugasnya bersama sahabatnya iaitu dopamina dan ancetylkolina.Segala maklumat dibawa ke sistem utama.Hypothalamus mengintegrasikan segala maklumat yang diterima.Memang begitulah tugasnya sehari-hari.Segala maklumat sudah ditafsirkan.Arahan yang diterima lantas dibawa ke motor neuron bagi memastikan tindakan seterusnya berjaya.Kerjasama antara sistem otot dan saraf terjalin.Aku berjaya menggerakkan tanganku untuk membuka pintu yang diketuk.Alhamdulillah...sedar tak sedar itulah proses yang berlaku dalm tubuh seorang manusia.Subhanallah..satu teknologi yang amat tinggi hanya ketika ana ingin membuka pintu.bayangkan proses yang berlaku ketika kerja yang lebih rumit dilakukan.


Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.