Taaruf bersama adik Muhammad al-Hiqni Azfar

Beliau adalah satu nama yang penting dalam memberikan keseimbangan dalam usrah sahabat ana.Beliau kini berumur 4 tahun.Berkenalan dengan budak yang cukup nakal dan aktif ini amat menguji kredibiliti ana sebagai seorang abang.Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai,al-Hiqni telah lahir si sebuah hospital yang terletak berhampiran dengan satu paya yang amat luas(Hospital Temerloh,Kg Paya Luas).Dilahirkan pada tahun 2005 iaitu setahun selepas tsunami menghentam Asia Tenggara dan sebahagian benua Afrika.Kehadiran al-Hiqni sememangnya memberikan satu keceriaan dalam diri sahabat ana(sebelum ni,die sorang je anak laki).Budak kecik yang boleh tahan perangainya.

  1. Antara perkara-perkara menarik mengenai budak ni:
  2. Sebahagia harinya diluangkan bersama abangnya.
  3. Mempunyai sifat seperti seorang dewasa(beliau panggl ana,wan n abang die sendiri dgn panggilan bdk...blh tahan.)
  4. Bijak
  5. Pandai bermadah bicara
  6. Suka bergusti
  7. Suka mengadu pada abangnya jika dibuli oleh kakak2 nye...(panggil gang lah 2)

Itu adalah sedikit sebanyak maklumat tentang budak ni.

Ana tak sempat nak menjalani sesi fotografi bersama budak bertuah ni....(rugi btullah !!! )

PERTARUNGAN EPIK

Percutian yang kami sangkakan indah bertukar tragedi.Bilik yang kami tumpangi tiba-tiba gempar dengan satu ketukan yang menakutkan.Kegemparan terus berlaku apabila,kami tidak berani untuk membuka pintu bilik.Ketukan semakin kuat dan suasana semakin mendeabrkan.Siapakah yang cuba tunjuk kuat ni..?Mata ditumpukan ke arah pintu yang terus bergoncang.Tiada suara yang dapat dikenalpasti walaupun kami dilengkapi sistem pendengaran streofonik.Otot muka mula mengecut dan memanjang.Ruang thoracic cavity menjadi sempit dan luas pada kadar yang sekata tetapi tidak bergerak pada arus alfa.Ketenangan yang dikecapi sejenak tadi..kini bertukar tragedi.Tiba-tiba.......

Satu suara kedengaran ..."along...bukak pintu !!! "(cis...budak kecik ni rupenye)Kami terus meluru ke tonggol pintu bagi memenuhi hajat sang pendekar cilik.Sang pendekar(al-Hiqni)..terus berlari dengan jurus yang telah diamalkannya.Satu terjahan pantas ke arah si abang.Satu PERTEMBUNGAN belaku !!! Ini mungkin tak ada dalam siaran telivisyen atau dlam youtube...tapi,..aksi kedua-dua pendekar sememangnya menakutkan.

Si adik dengan muka yang marah menggerakkan semua tubuhnya untuk menyerang si abang.Si abang hanya membiarkan serangan tersebut(sayang adk lah katekan)Bertubi-tubi serangan yang dilancarkan.Pihak abang dengan sedaya upaya cuba mempertahankan kubu.Peregrakan si adik semakin pantas.Serangan dilancarkan dari semua sudut.Setiap hentaman yang dikenakan berjaya ditepis oleh pihak si abang.Pertarungan terus berlaku.Tiba-tiba....si abang menggunakan senjata rahsianya....."nah ambik kau"...kata si abang."abi agi wat"kata si adik yang cuba mengatakan bahawa ayahnya lagi kuat.Si adik telah masuk perangkap si abang !!! "hah..hah..hah..."si abang gelak dengan megah.Dengan keistemewaan yang ada....si adik melepaskan diri daripada genggaman si abang.Beliau terus menggayakan karakter seorang penggusti.Nafasnya ditarik dalam-dalam...pertarungan baru akan bermula...si adik keluar dari medan pertarungan(keluar dari bilik).Suhu bilik kembali pada kedudukan normal.Kipas dipasang deras.....pertarungan epik ini tidak akan berakhir.

*begitulah kisah al-Hiqni yang suke sangat mengacau abangnya....sebenarnya dieorang bergurau je...cuma cara penceritaan diubah sedikit supaya lebih dramatik.

Kisah di atas mempunya kaitan dengan yang masih hidup dan tidak berkaitan dengan yang sudah tiada.Kita doakan semoga watak-watak yang diceritakan mendapat kebahagiaan dunia akhirat.Ameen................

akan datang:

  1. Kuliah Ustaz Amran
  2. Tragedi Semasa pulanh ke TANAH AIR

Untuk cerita yang lebih spesifik sila klik:

IslamicSyabab.blogspot

**asif..tiada gambar yang dapat dirakam semasa pertarungan tersebut.


Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.