Penjelajahan kami diteruskan ke satu tempat yang dipanggil surau.nama surau tersebut gagal dikenal pasti oleh peranti kami .Gagal dikesan.Selepas mengadakan beberapa sesi berborak di dalam ruangan peribadi,kami mengikut abi bukharySyabab ke surau berdekatan.Ilmu perlu diperkemaskan.Pengalkaman perlu diperluas.Sesi kuliah pada malam itu amat memberi pengajaran bagi kami.

Kuliah Ustaz Amran Bin Salleh

Salah satu program dalam rehlah ini ialah kembara ilmu.tsenggang antara waktu maghrib dan isya' dimanfaatkan sepenuhnya.Kuliah disampaikan penuh bersemangat.Tajuk yang disampaikan juga amat menarik iaitu "Aqidah Ahli Sunnah wal Jama'ah".Sub-topik yang dibincangkan adalah mengenai Qada' dan qadar.Kuliah dimulakan dengan sedikit penekanan mengenai beriman kepada salah satu rukun aqidah ini.Penerangan disampaikan dengan seringkas mungkin memandangkan para pendengar merupakan golongabn yang mencari ilmu asas.Ana agak terkesima mendengar kuliah yang disampaikan oleh ayah kepada sahabat ana ni.Perhatian kami ditarik taktala Ustaz Amran menjelaskan tentang perbuatan manusia yang sering mengembalikan sesuatu urusan kepada Allah apabila berada dalam kedaan kecewa.Sebaliknya manusia sering berbangga dan takabbur bdaklam keadaan gembira.

Jamaah semakin lama semakin bertambah.topik semakin menarik apabiola Ustaz Amran memasuki topik kematian.Sesungguhnya setipa apa yang dilakukan oleh manusia pasti menuju kepada kematian.Sebagai contohnya, sipulan ditakdirkan untuk mati di United Kingdom.Kronogi hidupnya bermula sebagai seorang yanng berjaya dalam kehidupan.Kejayaan dalam pelajaran telah membuka peluang kepadanya untuk melanjutkan pelajaran ke UK.Selepas 10 tahun belajar,dia memutuskan untuk pulang ke Malaysia.Semasa dalam perjalanan menujun ke kampung halaman,dia mengalami kemalangan jalan raya.Hayatnya masih panjang.Dia cuba mencari pekerjaan di Malaysia,namun menemui simpang kebuntuan.Akhirnya,dia nekad untuk menerima tawaran bekerja di Uk.Dia kembali ke UK dan akhirnya mati di sana selepas 15 tahun berkhidmat.

Bedasarkan kisah di atas ,kita dapat melihat tentang jalan-jalan yang dilalui oleh sipulan sehingga dia menemui ajal.Adapun..kisah di atas hanyalah satu contoh.

Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Amran berakhir apabila waktu isya' menjenguk tiba.

Kuliah yang disampaikan sememangnya amat berguna buat diri ana.

Akan datang:

  • Sayangilah Sungai ANda
  • Tragedi semasa pulang ke TANAH AIR.

*sebenarnye panjang lg ceramah si ustaz...tapi tak larat nak menekan keyboard notebook ni...rosak plak krg.


Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.