Minda ini secara tiba-tiba terpapar satu kisah yang agak menarik untuk dikongsi...

..seorang ayah sedang duduk bersembang bersama anak lelakinya, sambil si ibu tekun melipat pakaian yang sebakul besar banyaknya.

Keluarga tersebut hidup sederhana di sebuah kampung..terletak di pingir sebuah bandar.Aman dan menyenangkan..begitulah ulasan ringkas mengenai kehidupan mereka.Makan minum yang mencukupi..dan semuanya baik bagi mereka.Namun ada sejarah yang mengubah keadaan mereka.

"Kalau nak hidup mewah boleh je..."si ayah memualakan bicara.Si ayah cuba untuk menyatakan bahawa dia boleh memilih untuk hidup mewah."Dulu ayah keje jurutera..gaji besar....tapi...malam2 kene layan bos..kene layan customer.."...kata si ayah.

Memang benar, itulah tugasnya dahulu.Pergi bertugas di luar negara merupakan rutin tahunannya.Jepun, German, India, Thailand dan macam2 negara yang sudah dia jejaki.Semuanya atas urusan perniagaan dunia.Dulu...dia terpaksa menemani si bos makan malam bersama pelanggan di hotel2 besar.Malang baginya..setiap kali makan malam..pasti akan dihiburkan dengan anasir-anasir haram.Gelora hatinya melihat pelanggan yang KAFIR meneguk arak.Lebih malang..arak2 tersebut dibayar oleh syarikatnya.

Itu kehidupan si ayah...10-15 tahun dahulu.Sekarang..kawan-kawannya sudah menjadi orang besar di syarikat masing-masing.Sedang si ayah masih lagi di takuk yang sama.Tidak berganjak...

"Itulah lumrah dunia..mereka dapat glamor di dunia tapi akhirat......."

Kalam akhirnya hanya disudahi dengan persoalan...

persoalan yang mesti dijawab oleh si anak..

yang bakal melangkah ke dunia kerjaya...




Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.