Alhamdulillah,

Sabtu Jam 1150 6 Mac 2010

Baru lepas main bola dengan adik-adik.Penat jugak, tapi kaki dah panas, nak buat macam mana.Nak tak nak, bola yang jadi mangsa.

Hmm...baru sebentar tadi saya membaca satu kisah yang agak menarik untuk difikirkan hikmah setiap saat dan ketika kejadian yang berlaku.

Di ruang ini, saya tidak mahu menaqalkan kembali kisah tersebut, namun saya sediakan link untuk membaca entri tersebut:


Khulasah:-

Begitulah adat dunia sekarang yang sudah tidak lagi mengikut adat.Dunia yang sudah dikatakan terbalik.Ruang dan masa yang sama, tetapi perubahan dimensi yang mengubah paradigma manusia dalam berfikir.Mungkin saja, itulah STIGMA manusia !!!

Sudah baca cerita tadi bukan...?

Saya juga mengalami keadaan yang sama, tetapi dalam keadaan dan cara yang berbeza.

Baru ini saya telah menulis mengenai kepekaan kita..namun ada pihak yang mungkin saja terlalu bersikap skeptik.

Berikut adalah komentar yang saya terima:-



Apakah yg dimaksudkan dengan Pakatan itu?



1. Pas + PKr + DAP
2. PAS, PKR, DAP adalah parti Politik
3. Pas = memperalatkan agama Islam
PKR memperalatkan mahkamah dan ketuanan
Melayu
DAP mengembangkan racist
4. Tujuan gerombolan Pas, PKR, DAP ini berpakat adalah untuk menyingkirkan penguasan bangsa Melayu_Islam yang telah berjaya menjalankan pemerintahan berpandukan Islam adalah agama negara kita.
5. Pas tidak merujuk lagi kepada alquran dan sunah bila nak buat keputusan, tetapi merujuk kepada DAP. Kalau DAP kata boleh maka luluslah. Sebab itu slogan kosong "menegakkan daulah islamiah dan melaksanakan hudud sudah berkubur dari lidah PAS yang dulunya cukup fasih menyebutnya siang dan malam.
6. Mari kita keluar mengundi untuk menyekat kehancuran yang sedang diusahakan oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang ini.


Ulasan saya agak mudah, kalaupun saya tidak meyokong mana-mana pihak, saya masih wajib untuk memilih pihak mana yang akan menerajui negara dengan baik.Saya secara tidak langsung telah mempertaruhkan nasib saya di tanah air sendiri.Oleh itu, sangat WAJAR saya memilih yang terbaik, ataupun boleh dikatakan yang lebih baik...

Saya tidak mahu menyatakan bahawa Barisan Nasional tidak mentadbir negara dengan baik,saya tidak mahu menyentuh bab politik di sini.Tetapi apa yang berlaku mutakhir ini, dengan bermacam-macam kes yang berlaku , menyebabkan pemikiran saya terpaling kepada barisan pimpinan pembangkang.


Pada hemat saya, penulis bagi k0men di atas, hanya tahu menulis, mungkin saja tidak pernah terlibat dalam dunia politik, mungkin saja tidak tahu makna taktik, dan mungkin saja hanya mahu menguji saya.Apapun saya mengucapkan terima kasih.

Saya tidak bersetuju langsung dengan komen yang diutarakan...kerana kalau benar apa yang dikatakan..saya merasakan parti-parti komponen BN lebih teruk lagi.Jadi, kalu benar seklipun komen yang diutarakan, saya hanya akan memilih yang lebih baik...dan semua pihak maklum yang mana yang lebih baik....hehehe

Selingan PAGI Sabtu

Jika ada dua kek, kek coklat dan kek krim.Pak Abu lebih suka coklat lalu memilih untuk makan kek coklat,dan kek tersebut sangat teruk rasanya, adakah dia makan kek itu lagi....?

Tetapi, sudah pasti dia akan memilih kek krim jika diberi peluang kedua.

Logiknya, lebih baik Pak Abu memilih kek krim walaupun ada yang menyatakan kek itu kurang sedap, tetapi itu hanya andaian.

Pilihlah, kek coklat yang terbukti tak sedap atau kek krim yang dikatakan tak sedap..

Kalau saya adalah Pak Abu, saya akan pilih kek krim, kerana kek krim belum tentu tak sedap, tetapi kek coklat sudah terbukti TAK SEDAP...

*Pak Abu di atas adalah Pak Abu dalam cerita saya, tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia (dari segi nama)..tetapi tindakan yang dilakukan oleh Pak Abu saya, sememangnya kena mengena dengan kehidupan kita seharian..

Akhir kalam, saya memilih untuk tidak terus menjawab soalan-soalan yang dikemukan, kepada pembaca-pembaca yang berminat dan sudah semesetinya sudah bersedia, silakan memberi ulasan anda.


by Ibn Abdillah:
"re-establish your syahadah"
renew your paradigm


Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.