Entri ini agak berkaitan dengan entri yang sebelumnya.Sebelum ini saya mengutarakan kebiadaban Pihak Berkuasa Israel yang sudah berani menyerang Masjidil Aqsa.Pada hemat saya, mereka masih belum berani (walaupun nampak berani) untuk berbuat demikian.Manakan tidak, mereka mempunyai teknologi perang yang canggih, disokong oleh SEKUTU setilam sebantalnya, Amerika Syarikat.Lebih padah lagi, PBB sudah seperti patung mainan bagi mereka, kaku tanpa suara.Hakikatnya, mereka juga mengkaji al-Quran, dan itulah janji yang tidak dapat mereka elakkan.Jika al-Aqsa dicerobohi, maka meraka hanya memangkin KEJATUHAN mereka sendiri.Ironinya, semakin banyak KEJAYAAN yang mereka kecapi, semakin dekat mereka dengan KEHANCURAN (betul ke tak?...fikirkalnlah...)

Namun, terdapat satu persoalan yang timbul di ruang minda saya.

Mereka Yang Biadab Atau Kita Yang Lembab?

Maaf jika penggunaan bahasa yang agak kasar.Tetapi itulah hakikat yang saya rasakan berlaku di negara yang diperintah oleh insan beragama ISLAM.

Adakah kita benar-benar membantu?

Boikot merupakan jalan penentangan yang agak liberal.Tidak terlalu radikal.Sebetulnya, BOIKOT adalah antara USAHA yang efektif dalam melumpuhkan tulang belakang yang menyokong ISRAEL iaitu EKONOMI.Namun, persoalannya, adakah kita benar-benar memboikot produk mereka..?

Sudah Jelas Lagi Bersuluh bahawa impak yang cuba dilakukan oleh rakyat yang memboikot tidaklah begitu besar.

Jadi, apa tindakan sewajarnya...?

Tindakan sewajarnya adalah, KERAJAAN bagi negara itu sendiri yang memboikot PRODUK ISRAEL.Perkara ini sudah tentu mampu dilakukan !!!

Namun, masih ada alasan yang menyatakan produk mereka merupakan penyumbang ekonomi negara !! Saya menyanggah alasan ini dengan sekeras-kerasnya.Sesungguhnya, bersama ISLAM itu ada IMAN. Percaya kepada ALLAH dan perkara-perkara lain yang terbaris dalam rukunnya.Allah yang Mendatangkan REZEKI.Allah yang mencipta kita, maka SUDAH TENTU DIA mengetahui segalanya.Apa yang diperintahkan sudah tentu baik bagi kita dan begitulah sebaliknya !!!!

Akan tetapi, UMAT ISLAM juga perlu meningkatkan EKONOMI ISLAM itu sendiri.

Mutakhir ini, manusia cenderung untuk bersifat pantas, cepat dan segera.Maka wujudlah bermacam-macam perkhidmatan yang bersifat selaras dengan evolusi kehendak manusia.

Begitu juga dalam HAL ini.Sudah pasti wujudnya jalan ALTERNATIF yang dapat memberi impak SEGERA dan EFEKTIF.

Apakah caranya?

Jika KERETA sudah terbakar..sudah pasti KERETA baru kunjung tiba

Jika Makanan sudah BASI..sudah pasti yang baru jadi pengganti


begitulah adatnya.

JADI, langkah yang terbaik adalah menukar kerajaan yang memerintah NEGARA.

Setiap UNDIAN anda pasti akan memberi impak kepada negara ISlAMdan DUNIA ISLAM

AYUH !!!!!

p/s-AMBIL PERHATAIAN BAGI MEREKA YANG BERUMUR 21 TAHUN ke atas.Pilihanraya dekat dah wei !!! AJAK MEMBER2 SOKONG PAKATAN YANG DIRAKYATKAN !!!



by Ibn Abdillah:
"re-establish your syahadah"
renew your paradigm




One Comment

  1. AMBIL PERHATAIAN BAGI MEREKA YANG BERUMUR 21 TAHUN ke atas.Pilihanraya dekat dah wei !!! AJAK MEMBER2 SOKONG PAKATAN YANG DIRAKYATKAN !!!

    Apakah yg dimaksudkan dengan Pakatan itu?

    1. Pas + PKr + DAP
    2. PAS, PKR, DAP adalah parti Politik
    3. Pas = memperalatkan agama Islam
    PKR memperalatkan mahkamah dan ketuanan
    Melayu
    DAP mengembangkan racist
    4. Tujuan gerombolan Pas, PKR, DAP ini berpakat adalah untuk menyingkirkan penguasan bangsa Melayu_Islam yang telah berjaya menjalankan pemerintahan berpandukan Islam adalah agama negara kita.
    5. Pas tidak merujuk lagi kepada alquran dan sunah bila nak buat keputusan, tetapi merujuk kepada DAP. Kalau DAP kata boleh maka luluslah. Sebab itu slogan kosong "menegakkan daulah islamiah dan melaksanakan hudud sudah berkubur dari lidah PAS yang dulunya cukup fasih menyebutnya siang dan malam.
    6. Mari kita keluar mengundi untuk menyekat kehancuran yang sedang diusahakan oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang ini.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.