Negara haram Israel sudah mula mengganas.Baru sebentar tadi(petang Ahad-28 Feb 2010)..pihak berkuasa Israel mengarahkan umat Islam untuk mengosongkan Masjidil Aqsa.Kebiadaban yang kembali ditonjolkan.Ayuh..bangkit kembali...

BANGKIT wahai Ansarullah !!!

Firman ALLAH

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ

"Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi
al-baqarah:120

Sebetulnya, saya sudah pun publish entri ini, akan tetapi timbul di benak pemikiran, persoalan yang mungkin ditanya, maka akal pun menghimpun daya, mengumpul segala kudrat ilmu yang ada.

Pihak Berkuuasa Israel Kembali Biadab..

Mungkin ada yang akan mempersoal samada dengan dasar skeptisme atau sebaliknya.Mengapa hanya Pihak Berkuasa Israel?Mengapa tidak YAHUDI menjadi Subjek bagi TOPIK yang saya timbulkan.

Baiklah, saya tidak mahu bersikap nasionalisme atau racial.Juga tidak mahu merujuk kepada pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.Yahudi itu satu bangsa, tetapi bukan semua mereka yang terlibat.Mungkin nama YAHUDI akan menimbulkan fitnah kepada Islam.

FITNAH? Kenapa?


Islam itu SYUMUL.Islam itu juga untuk seluruh MANUSIA.Orang Yahudi mungkin sahaja seorang ISLAM,Jadi, bukan YAHUDI yang patut kita fokuskan.

bukan Yahudi? tetapi mereka yang menentang kita...

Benar, tetapi saya lebih suka jika lebih KHUSUS.Pihak berkuasa negara HARAM ISRAEL yang bertanggungjawab,Mereka sudah semestinya berbangsa YAHUDI, tetapi bukanlah rakyat ISRAEL itu kesemuanya bertindak sebagai pihak berkuasa.

Baiklah, kenapa nak pertahankan Masjidil Aqsa..?

Hmmm..kenapa?

Mungkin ramai yang tidak memahami.Islam itu adalah SYUMUL(rujuk Prinsip 1 di bawah RUKUN BAIAH pertama-FAHAM:as-Syahid Imam Hassan al-Banna).Islam memelihara hak-hak secara keseluruhanya.Masjid adalah salah sebuah SYIAR Islam yang amat penting.Itu adalah tempat yang sudah menjadi isi dan kuku dengan umat Islam.Rumah Ibadat yang WAJIB dipelihara.Bukan sahaja ketika perang, atau diserang, bahkan ketika aman.Kebersihanya, dan lebih penting makmurnya MASJID tersebut.

Masjid adalah TANDA atau SIMBOLIK kewujudan residen ISLAM di sesuatu kawasan.Bermula dari situlah, akan terbinanya sistem yang lebih besar yang akhirnya akan membawa kepada penubuhan NEGARA ISLAM.Itulah yang dilakukan oleh RASULULLAH.



Mengapa perlu NEGARA ISLAM..?

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu”

al-Baqarah:208

Saya ulangi sekali lagi.ISLAm adalah CARA HIDUP MANUSIA yang HAK.Cuba kita rujuk lembaran-lembaran SEJARAH sebelum datangnya ISLAM yang SYUMUL melalui Rasulullah.Semua manusia(walaupun yang tidak beragama) akan cenderung untuk hidup bermasyarakat.Sejak zaman MESOLITIK lagi, manusia (homo sapiens) memilih untuk menjalani satu kehidupan berorganisasi.Mungkin saja, pada waktu itu, strukturnya tidaklah begitu rumit.Kehidupan nomad (berpindah randah) tidak lagi diamalkan (secara majoriti).Ini bermakna telah wujud satu wilayah yang merupakan kawasan penempatan yang bersifat tetap bagi sesebuah kumpulan,masyarakat atau bangsa manusia.Seterusnya kita dapat melihat kewujudan KERAJAAN AWAl seperti MESIR PURBA, MESOPOTAMIA, INDUS dan lain-lain.Kewujudan kerajaan sudah pasti melibatkan kewujudan sebuah negara.

Apa yang cuba dibuktikan..?

Perkara yang saya cuba utarakan adalah keinginan manusia itu sendiri untuk mempunyai kerajaan dan negara.

Banyak kerajaan yang ada zaman sekarang, kenapa KERAJAAN AWAL dijadikan contoh?

Kerjaan Awal dijadikan contoh kerana MANUSIA yang hidup pada zaman tesebut tidak lagi menerima AJARAN ISLAM yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah.Jadi, apa yang mereka lakukan(menubuhkan kerajaan)adalah satu perkara atau tindakan yang menjadi lumrah manusia walaupun tidak disuruh oleh mana-mana ajaran.

Jadi, mengapa terdapat ajaran ISLAM yang berkaitan dengan KERAJAAN dan NEGARA jika manusia secara lumrahnya memang perlu dan akan mewujudkan KERAJAAN?

Ya, tetapi manusia tetap HAMBA.DUNIA itu sentiasa memerlukan AKHIRAT.Kehidupan kita bukan hanya di dunia.ISLAM mengajar kita cara untuk MENUBUHKAN kerajaan yang mendapat KEREDAAN ALLAH.Yang membawa kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Khulasatul KALAM, kita WAJIB berpegang kepada ajaran ISLAM secara keseluruhanya.Jadi, apakah caranya?akan saya utarakan dalam enti yang seterusnya.

p/s-Entri ini bukanlah satu hujah yang disepakati ulama(Rujuk Rukun Baiah-FAHAM-prinsip ke-8).Mohon maaf jika terdapat kesilapan.Sila rujuk kepada USTAZ/USTAZAH atau mereka yang lebih arif untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci merangkumi hujah-hujah NAQLI dan AQLI terutamanya mengenai NEGARA ISLAM.

Rujukan Tambahan:




by Ibn Abdillah:
"re-establish your syahadah"
renew your paradigm


Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.