Dunia yang semakin pelik dan pelik.Manusia itu mempunyai fitrah.Bagi melengkapi kejadian dan seterusnya membezakan manusia dan makhluk lain, Allah Azza wa Jalla mengurniakan kita akal dan nafsu.Termasuk juga 5 pancaindera yang menjadi titik rujukan kita.Adapun begitu, amatlah pelik sekiranya seseoramh itu tidak mempunyai sifat yang sempurna dalam konteks seorang manusia.Insan yang kurang akalnya pasti akan dipandang rendah oleh masyarakat umum.Maka, wujudlah insan-insan yang bersifat pesimistik-tidak yakin dengan kemampuan diri dek kerana ditekan oleh masyarakat.begitu juga halnya dengan insan yang kurang nafsu.Seseorang yang kurang nafsu makan pasti akan mencari jalan keluar dari masalah itu.

Semut seberang sungai dapat dilihat, gajah di depan mata tak Nampak.Begitulah manusia yang sudahpun melupakan perkara asas dalam kehidupannya.Mereka lupa aspek dan komponen utama dalam kehidupan.Lesen yang membenarkan mereka untuk masuk ke alam dunia melalui perantaraan rahim ibu.

AGAMA ISLAM itu juga FITRAH.

Sebagaimana yang telah saya nyatakan, seseorang yang tidak lengkap fitrahnya pasti akan menjadi insan yang bukan pada tahap kemampuannya.Maka, beitulah ISLAM.Tanpa ISLAM, siapakah kita???Tanpa iman siapakah kita ??? Bukankah kita sudah berjanji untuk mentaati Allah jika diturunkan ke dunia.Namun, apakah kita masih berpegang utuh kepada janji yang diikat.

ISLAM mengubah dunia selama 23 tahun.

Tiada lagi catatan sejarah yang menunjukkan perubahan sosial yang amat drastik.Hanya 23 tahun, Nabi Muhammad Berjaya mengubah masyrakat Jahiliyyah Arab kepada satu bangsa yang amat disegani.Sehingga kini, bangsa Arab amat sinonim dengan ISLAM, sedangkan ISLAm itu bukanlah satu agama bersifat kebangsaan.

Ekstrem

Berbalik kepada topik utama-Saya masih tidak mengerti mengapa beliau menggunakan alas an “ekstrem” untuk melarang sahabat saya daripada memakai kopiah.Pening dan memeningkan.Apakah pemakaian yang berunsurkan ISLAM itu dianggap ekstrem.Ah, kalau dulu, orang Melayu menentang keras pemakain BARAT.Namun, isu itu telah lama berlalu.Kini, pakaian barat seperti satu pakaian wajib bagi memenuhi protocol yang masih bericirikan kebaratan.Berpakaian ala Barat bukanlah menjadi persoalan di sini, namun, siapa diantara kita yang menganggap pakaian BARAT itu ekstrem ?? Saya rasa tiada seorang pun yang merasakan begitu.Sungguh BARAT itu lebih teruk lagi budaya dan sejarahnya.Lihat saja , kerosakan akhlak dan moral di sana.Kemeja,kot, tali leher, semuanya lengkap dipakai, namun botol arak masih ditangan, rokok masih dihisap.Ya, inilah yang dinamakan tamadun !!! Tamadun yang ditakrifkan oleh BARAT dan disalahtafsirkan oleh BARAT sendiri,Mereka yang member maksud tamadun, dan mereka juga yang telah melanggar erti sebuah ketemadunan.

Pelik dan AMAT PELIK

Mengapa pakaian BARAT tidak dianggap ekstrem.Sebenarnya, pihak yang meanggap ISLAM itu ekstrem adalah pihak yang menentang kita.Sudah pasti mereka akan menyokong cara pemakaian mereka, sedang pemakaian yang melambangkan identity muslim pula dilabelkan sebagai ekstrem.Jadi, saya amat tidak bersetuju taktala beliau member alas an bahawa pemakaian kopiah cenderung kepada ekstrem.

Jika beliau menggunakan alas an PERATURAN, maka saya akan bersetuju kerana ISLAM juga mempnuyai peraturan, dan pemakain kopiah bukanlah satu kewajipan.Jika alas an ini yang beliau gunakan, ini bermakna beliau tidak mempunyai masalah dengan pemakain kopiah, Cuma peraturan di sini yang tidak membenarkan.

Namun, jika alasan ekstrem yang digunakan,beliau seolah-olah menentang pemakaian kopiah di mana-mana saja bukan hanya di sini.Kebejatan persepsi yang berlaku merisaukan saya.Sedang sahabat kita di Palestin dibunuh kerana mempertahankan ISLAM, kita di sini, bercakaran sesame snediri.


One Comment

  1. Apabila Islam dikerumuni prejudis...
    Agree with u..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.