Assalamualaikum



Entri ini ditulis bagi memberi respon kepada entri sahabat saya yang juga mengupas
tentang tajuk yang sama "Apabila Ikhtilat Dipanggil Latihan".

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah IKHTILAT..

Secara mudahnya, Ikhtilat boleh dieertikan sebagai percampuran antara perempuan dan lelaki yang bukan muhrim dalam sesuatu urusan yang bukan satu keharusan di dalam syara'

Apa yang baik itu adalah apa yang baik di sisi syara' dan apa yang buruk itu adalah apa yang buruk di sisi syara'

Satu perkara yang amat mudah untuk difahami.Namun, sifat skeptik yang menebal, disaluti dengan idealogi seperti liberalisme dan lain-lain sudah menjadi satu komponen majoritii dalam pemikiran umat Islam kini.Ikhtilat kini boleh dijadikan sebagai latihan.Pelik dan memelikkan.Ikhtilat juga satu jenayah seperti membunuh, bukan bermaksud IKHTILAT itu dosanya seperti membunuh, tetapi IKHTILAt juga satu jeneyah sosial.Sengaja saya menggunakan "MEMBUNUH" sebagai perumpamaan dan sebagai satu penekanan.

Cuba banyangkan jika orang yang membunuh dan dia didakwa dan dipersoalkan tindalannya, lalu dia menjawab bahawa itu hanyalah satu LATIHAN.Semua insan pasti akan mengutuk alasan yang sedemikian rupa...

Apabila IKHTILAT dipanggil KOMUNIKASI

Islam membenarkan muamalah antara seorang MUSLIMAH dan MUSLIM.Keharusan ini wajar bagi memastikan kemaslahatan dan keperluan kedua-dua bangsa utama manusia ini terpelihara dan dipenuhi.Namun, ada segolongan insan di dunia ini yang sudah berlagak pintar.Nafasnya dan dengupan jantungnya sendiri pun tidak mampu dikawal, inikan pula cuba mengubah dasar-dasar kehidupan yang telah Allah Yang Maha Mencipta melalui al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
Alasan yang digunakan mudah."Kami hanya berkomunikasi...."Baiklah, harus diingatkan bahawa haiwan dan tumbuhan juga berkomunikasi.Sel-sel dalam tubuh juga berkomunikasi bagi membentuk tisu.Namun, apa yang membezakan kita dan makhluk-makhluk yang lain adalah kita dianugerahkan satu teknologi hebat yang dipanggil akal.Haiwan berkomunikasi hanya untuk memenuhkan selera nafsu masing-masing, lalu adakah kita juga begitu.Sudah pasti jawapannnya TIDAK.Malang dan lebih malang, tatkala ada segelintir kita yang cuba memberikan jawapan YA bagi persoalan di atas.Tuntasnya, manusia berkomunikasi ke arah satu tujuan iaitu MARDHOTILLAH.Perjuangan untuk mendapatkan syurga ALLAH.Lalu, adakah dengan membicarakan hal-hal yang tidak berfaedah dan membuang masa itu dipanggil satu KOMUNIKASI kerana ILAHI???

Rumus-rumuskanlah...

NIlai Impian


Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.