Alhamdulillah, masih ada ruang untuk saya menukilkan sesuatu di sini. Memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin.


Alhamdulillah, seusai lawatan ke blog sahabat-sahabat seangkatan. Alhamdulillah, begitu banyak info yang mereka kongsikan, mewarnai dan menghiasi laman minda maya mereka dengan hikmah dan nasihat berguna untuk para pembaca. Semoga mereka tsabit dalam perjuangan.


Alhamdulillah, baru saja selesai menjawab kuiz Biologi dan Kimia, minggu yang bakal tiba pula akan disambut oleh Bahasa Arab, Matematik dan Fizik. Ilmu dan maklumat, adakah dasar dan matlamatku akan lari ??

Ilmu dan Maklumat..

Ramai yang menganggap maklumat itu ilmu tetapi berapa ramai yang menganggap sebaliknya?
Ilmu itu indah dan mengindahkan lagi si peminjam ilmu, membaikkan akhlaknya, mengahaluskan budinya, mentuluskan hatinya.Begitulah baiknya ilmu, namun, maklumat itu berbeza. Maklumat hanyalah maklumat. Sehingga mana seseorang itu hanya ingin belajar dan tidak memanfaatkan perkara yang dipelajari, maka perkara tersebut akan kekal sebagai satu maklumat. Maklumat hanya berada dalam diri, tetapi ilmu pula adalah lebih daripada itu...

Sudahkah anda semua membezakan antara orang yang berilmu dan orang yang bermaklumat ???


tuhfat elnafis
Nilai Impian


Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.