Assalamualaikum


Ilahi Anta Maqsudi wa Ridaka Matlubi

Seseorang bertanya sejak bila saya mula mengenali "Ilahi Anta Maqsudi..."

Hmm...saya yakin soal dan mempersoalkan adalah satu yang berbeza dan amat berlainan..

Persoalan yang menampakkan keprihatinan si penanya...membuatakan saya terkejut !!!

Jadi, sejak bila ....???

Alhamdulillah, saya dilahirkan dalam sebuah keluarga Islam, memungkinkan kain putih ini untuk dihias dengan corak yang baik dan mengikut acuan yang sepatutnya..

Namun, mengenal Allah itu bukan semudah yang disangka, 18 tahun sebagai Hamba ALLAH, masih belum cukup untuk satu perkara yang disangka mudah, mempertahankan syahadah selaku rukun yang pertama...

Agak susah untuk dijelaskan waktu dan ketika, rahmat Allah yang mengunjungi, kadang-kadang ikhlas disambut , kadang-kadang hanya membiarkan sahaja.

Sungguh, saya telah diuji untuk tempoh yang tertentu, dan ujian itu semakin hari semakin berat, bukan ujian nikmat, bukan ujian kesusahan, bukan juga mehnah dalam berdakwah ...tetapi saya sedang diuji dengan Akidah...

Berat dan sangat berat !!!

Baru kini saya amat terasa dengan sabda Nabi bahawa iman umat akhir zaman hanyalah senipis kulit bawang, apapun taraf hadis tersebut, saya sudahpun merasainya...adakah saya akan tergolong dalam golongan itu????..iman seperti lalang yang ditiup angin....

Iman orang awam sememangnya naik turun, namun adakah pada petang hari kamu beriman dan pada paginya kamu kufur dan sebaliknya itu juga perlu diambil remeh ???

Tempoh pergolakan iman yang sangat singkat, dan ketika itu, saya berada di persimpangan....antara iman dan kekufuran...

ke mana harus saya melangkah.....

Lalu, saya menukil kata "Ilahi ANta maqsudi wa ridaka matlubi..." kalimah yang telah dan sedang membantu saya dalam menghadapi ujian AKIDAH ini,...biiznillah :)


Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.