Assalamualaikum


Baru sahaja mengaktifkan akaun FB, dan tatkala itu juga, datang pelbagai konflik, yang mengasak hati dan minda, mempersoalkan ilmu yang ada, menggoyahkan prinsip, menggadai cita..

Semuanya kerana UKHWAh

itu lah alasan yang sering kita selaku Umat Islam untuk menggunakan FB, namun sesetengah daripada kita , tidak memahami atau memang jahil...

Baik muslimat mahupun muslimin, kedua-dua mereka, secara "ikhlasnya" saling berhubung dengan penuh kemesraan...alasan...kami hanya kawan..

Lebih parah, mereka menggunakan alasan UKHWAH...tanpa memahami maksud ukhwah..

Ukhwah boleh dianggap sebagai satu ikatan bagi satu hubungan yang menuntut reda Allah, dan bukan hanya tertumpu kepada keseronokan semata-mata..

Metod untuk menguatakan ukhwah antaranya adalah melalui modul2 yang menyeronokkan , seronok dan bermanfaat..

Tetapi, adakah kita ber"chating" atau saling membalas komen mengenai perkara2 yang diharuskan syara' untuk kita saling bermualamah..? Perbincangan mengenai perkara yang remeh dan temehlah yang menjadi keutamaan, alasannya mudah-tidak mahu menambah tekanan, tidak mahu dianggap serius, takut kehilangan rakan sembang dan macam-macam...

Ayuh, para sahabatku, pada awalnya, kita mengharuskan diri untuk menggunakan Fb adalah untuk meraptkan ukhwah, mewujudkan biah solehah, walaupu kita tahu, ini adalah produk seteru kita, jadi mengapa kita lari daripada matlamat itu...???

Utamakan Apa Yang Lebih Utama


Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.