Kita pasti pernah terjumpa dengan insan yang amat berpegang teguh dengan ajaran Islam. Tapi, kenapa kita mesti mengatakan dia “amat” berpegang teguh dengan ajaran Islam atau kita menggelarnya sebagai seorang yang ISLAMIK ??? Benar, mereka yang kembali kepada Sunnah Dan al-Kitab dianggap asing dan tersasing daripada kehidupan duniawi. Kadang-kadang memandang orang atau menilai mereka dari sudut atau neraca yang sebenar. Analogi mudah, kita tidak boleh menggunakan perkataan “lebar” bagi menyifatkan seorang yang tinggi dan begitu juga dalam keadaan yang lain. Jadi, sebelum kita menilai seorang itu asing atau pelik , kita sendiri perlu tahu keadaan-keadaan atau ciri-ciri yang melayakkan mereka dipanggil asing.
Dunia itu seperti sebuah KEBUN
Ya, itulah dunia. Dunia itu hanya seperti sebuah kebun atau apa-apa sahaja yang membawa maksud tempat untuk mendatangkan hasil. Allah menciptakan manusia untuk menyembahnya dan memakmurkan bumi. Jadi, kebun dalam konteks ini boleh ditakrifkan sebagai melakukan sebanyak mana ibadat kepada Allah disamping memakmurkan BUMI mengikut SYARIAT yang ditetapkan. Kita sebenarnya adalah petani dan seorang petani akan melakukan kerja seorang petani iaitu bercucuk tanam. Pelik juga kalau seorang petani menari-menari atau bermain bola di kebun tanamannya. Muslim yang sebenar sebagai seorang petani yang sebenar- menuai dan bercucuk tanam untuk kehidupannya di hari muka. Jadi , siapa sebenarnya yang PELIK. Sepatutnya, tiada istilah Islamik kerana ISLAM itulah kehidupan, dan orang yang mengamalkan ISLAM itulah yang sedang menjalani kehidupan yang NORMAL.
ISLAM itulah KEHIDUPAN.
Muslim yang sebenar adalah seperti seorang petani yang menuai dan bercucuk tanam (melakukan amaln2 soleh)..dibajai dgn baja istiqamah..dipelihara tanaman itu dari racun nafsu..krn hasil tanaman itulah yg akn dibawa sbg bekalan utk bertemu Allah s.w.t..=)))
ReplyDelete