by tuhfat elnafis
“Tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syara’ itulah yang menunjukkan hati kita sudah dimutasikan…”
Hakikatnya mikroskop sahaja tidak mampu membawa hati kepada kebaikan yang konsisten. Mikroskop hanya untuk mencetus mahu dan kita perlukan sesuatu yang dapat mengawal/ membimbing kemahuan itu. Kemahuan yang tidak dikawal boleh membawa lebih banyak keburukan. Sungguh Allah telah menjadikan mahkluknya tidaklah dengan sia- sia. Setiap ciptaan diiringi dengan keperluan- keperluannya. Dan keperluan- keperluan itu disediakan bukanlah sebagai kunci untuk manusia membuka pintu neraka atau membeli tiket ke syurga tetapi sebagai kaedah kepada manusia untuk mencapai keredaan Allah S.W.T . Sungguh hati yang kuat memantulkan sifat yang baik. Ramai di antara kita amat mengutamakan kebaikan hati sedang mereka tidak mengetahui neraca yang sebenar untuk menimbang hati manusia. Contoh yang amat mudah ialah aurat. Ramai muslim yang mengambil enteng isu ini, seolah- olah aurat ini hanya satu fesyen yang dipengaruhi oleh peredaran masa. Mereka menganggap bahawa tidak menjaga dan menutup aurat bukanlah satu masalah yang serius, apa yang penting mereka mempunyai hati yang baik. Sedarlah, tidak mengikut hukum yang nyata itu lebih perlu diutamakan berbanding perkara- perkara yang untuk dinilai seperti hati. Tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syara’ itulah yang menunjukkan hati kita sudah dimutasikan. Jadi, kita bukan hanya memerlukan mikroskop untuk memeriksa hati kita bahkan satu kampus yang mampu memberikan arah yang sebenar !!! . Tazkiyyah nafs