Asssalamualaikum. Alhamdulillah,Selawat dan Salam ke atas Junjungan Tercinta RAsulullah S.A.W.
Haha !!! Hari itu saya ada post satu entry menegnai peribahasa Melayu-Tumbuh Padi Tumbuh lalang.
Untuk kali ini saya dapati ada satu lagi peribahasa yang mempunyai maksud yang mendalam.
Menconteng Arang Di Muka
Apa masksud menconteng arang di muka ? Sudah tentu semua tahu, sesuatu perkara yang memalukan pihak tertentu samada diri sendiri atau orang lain.
MAksud yang sangat mudah untuk difahami bagi budak sekolah rendah, mudah untuk juga untuk mereka score dalam peperiksaan, mudah untuk berjaya dalam pelajaran, tetapi belum tentu mudah untuk dia menjadi insan yang mukmin, insan yang muttaqin dan insan yang muhsin.
Seperti mana biasa , maksud peribahasa ini juga terlalu diilmiahkan, terlalu didekatkan dengan asymptote peperiksaan dan ujian, tanpa dikaitkan dengan kehidupan yang cara ISLAM.
Kalau orang utan pun pandai malu, kita ?
Jom kita “tadabbur” sikit peribahasa ini (hu3)
Arang boleh kita takrifkan sebagai dosa yang kita lakukan. Jika kita malu arang di muka kita, sehingga menghalang untuk kita tampil ke hadapan, atau berhadapan dengan orang lain, begitu jugalah peranan dosa. Jika semakin banyak, walaupun kecil, maka itu akan menghalang kita daripada melakukan kebaikan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (As-Zumar: 53)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” (At-Tahrim: 8)
p/s :- Budak2 sekarang makin pandai, setakat Upsr tu, bribu-ribu bleh score staright A, tp sahsiah ? JIka dulu kita ada satu persepsi, pelajar pandai adalah pelajar baik, kini itu hanyalah satu teori yang terbukti tak menjadi.
tuhfatelnafis 2011
shift your paradigm
ayat al-Quran kat prof pic fb ak,,like3~~ :)
ReplyDelete