Allahu akhbar, Allahu akhbar, Allahu akhbar !!!
Inilah seruan-seruan jihad yang dilaungkan pemuda-pemuda berani di negeri Isra’. Perjuangan yang tiada kenal erti putus-asa, tiada juga perasaan duka cita yang meragukan mereka. Semangat itu kini dibakar kembali dengan sokongan-sokongan dan perhatian dunia tertumpu kepada Asia Barat. Satu wilayah yang merakamkan ribuan kisah, merekodkan jutaan fakta sejarah, dan tanah ini juga menyaksikan terbinanya tamadun raksasa yang akhirnya tumbang dek kerana durhaka kepada Yang Maha Esa.
Negeri Isra’ itulah Palestin seperti mana yang telah dinyatakan dalam firman agong yang bermaksud :
Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar , Maha Melihat - al-Isra’ : 1
Di negeri inilah satu mukjizat agong telah berlaku. Isra’ wal Mikraj – satu pristiwa yang mengubat kesedihan Nabi langsung menerima satu teknologi komunikasi yang menghubungkan Sang Pencipta dan hamba-hambaNya iaitu SOLAT.
Namun, itu kejadian 14 abad yang lalu. Kini, tiada siapa yang mempeduli apa yang berlaku di negeri itu. Sedang golongan-golongan pelampau Yahudi sibuk dengan idea dan misi keji mereka- merampas tanah-tanah Palestin. Di negeri itu, rakyat mereka tidak menghitung hari. Apakah makna hari esok jika mereka mampu untuk mendapat anugerah Syahid pada hari ini ? Apakah makna hari esok jika habis semua harta dirampas ? Apakah makna hari esok jika hak-hak mereka dikhianati ? . Namun bagi mereka yang meyakini, apa yang ada pada hari esok, hanyalah satu kemenangan yang total.
Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat ). Orang-orang Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok “Gharqa” , kerana ia adalah pokok Yahudi . – Muttafaqun alaih
Palestin hari ini.
Dunia mula menyedari bahawa isu ini bukan lagi isu akidah tetapi sudah menjadi satu isu sejagat. Pencabulan hak asasi yang berlaku telah melahirkan satu entiti yang bersatu untuk memberikan rakyat Palestin setidak-tidaknya di Ghazzah hak-hak dan keperluan mereka. Jika kita menyangka hanya gajah , harimau, panda dan lain-lain haiwan yang diancam kepupusan akan lenyap, penduduk Palestin juga begitu. Namun, Allah itu Maha Berkuasa. “Genocide” yang cuba direncana oleh puak-puak Zionist seakan-akan satu usaha yang sia-sia, bak bara api ke dalam laut.
Misi Flotilla dihalang
Tiada apa yang baik di mata musuh-musuh Allah. Baru-baru ini Greece pula yang bertindak, sedang Zionist masih berkira-kira. Misi kemanusiaan yang dihalang, jelas menampakkan bahawa dunia kini sudah tiada lagi keadilan.
Bedoalah, bedoalah dan tolonglah BERDOA
Sedang umum mengetahui bahawa DOA ADALAH SENJATA SEOARANG MUKMIN, sedang itu juga kalian menhambil enteng hal ini. Bukan sahaja tidak berdoa, bahkan tidak cakna dengan hal ehwal saudara kita di Palestin. Maka, sewajarnya hal ini diperbaiki, sekurang-kurangnya, hadirkanlah mereka dalam doa kita sehari-hari. Contohilah sikap burung kecil yang cuba memadam api besar yang ‘membakar’ Khalilullah Nabi Ibrahim alahissalam.
Masih adakah sinar di sana ?
Ya , sinar itu hanya menunggu masa, semakin lama semakin bersinar dan sinaran itulah yang akan menjadi titik tolak kemakmuran dunia ini di bawah kekuasaan Islam yang syumul.