Badar al-Kubra|

Allahu akhbar !!!
Satu dedikasi khas ditujukan kepada 313 pejuang Islam yang memberikan rentak dan kemenangan sulung Islam di bumi Badar. Ya, itu adalah kejadian lebih kurang 1430 tahun yang lalu, tika itu juga Ramadhan menjadi tema masa dan Badar menjadi tema tempat langsung saja peperangan itu dinamakan Perang Badar.

|Badar dari sudut yang berbeza

Perang Badar berlaku bersesuaian dengan turunnya ayat yang mengizinkan umat Islam untuk berperang. Satu biah yang berbeza, tidak seperti di Mekah, umat Islam lebih banyak bersabar dan diseksa oleh Musyrikin Mekah. Kini, umat Islam yang diketuai oleh pemimpin ulung , Nabi Muhammad sudha mula mengorak langkah bagi menunjukkan keizzahan umat Islam. Umum mengetahui bagaimana 313 tentera umat Islam Berjaya menewaskan 1000 tentera Quraisy. Umum juga mengetahui bagaimana Saad, Hamzah dan Utbah mara dalam pertempuran 3 lawan 3 yang menyaksikan Utbah gugur syahid. Perang diteruskan dan tika itu Nabi dapat melihat turunnya pertolongan Allah, tentera Musyrikin tumbang satu demi satu.

|Badar hari ini

Tepat dan amat tuntas jika pristiwa ini diadaptasi dalam kehidupan kita di zaman ini. Apa yang perlu kita ketahui adalah :

1.Nabi sebelum mulanya peperangan telah menjalinkan hubungan dengan kabilah-kabilah yang mengawal laluan perdagangan ke Syam.

2.Keyakinan yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakr dan sahabat-sahabat yang lain untuk mara melawan musuh.

Maka sewajarnya, sebagai umat Islam hari ini menguasai apa yang dipanggil sebagai teknologi komunikasi. Penguasaan teknologi juga haruslah dikawali dan dijalankan modus operandinya mengikut acuan Islam.

Yakin dan tidak mudah gentar dengan jumlah atau hebatnya perancangan musuh. Hari ini kita lebih banyak memikirkan tentang teori-teori konspirasi yang kadang-kadang membuatkan kita terfikir bahawa golongan-golongan ini sangat cerdik dan maha mengatur sedangkan Allah jua sebaik-sebaik dan Maha Mengatur.

Adakah kita masih berkira-kira tentang masa, masih menunggu masa, atau sudah ditinggalkan oleh masa ? 


Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.