Allahu akhbar, Allahu akhbar, Allahlu earkhbar Kita dan Palestin Palestin sentiasa mendapat tempat di hati siswa dan siswi, lihat saja pada kuantiti pelajar yang hadir setiap kali Palestine Talk  diadakan samada di universiti2 kerajaan mahupun universiti2 swasta.

Peranan Mahasiswa Jika ditanya tentang peranan, sudah tentulah entiti yang bergelar mahasiswa mempunyai peranan dalam mengubah landskap politik, sosial dan ekonomi dunia. Begitu juga halnya Palestin, di sana juga wujud remaja-remaja yang menuntut ilmu, maka jika ada yang berpendapat bahawa mereka hanya berperang, pendapat itu sudah pasti tertolak. Universiti  Islam Gaza Kewujudannya pasti diragui , masakan sebuah negara yang sentiasa berperang dan diserang. Bagaimana sebuah institusi masih boleh meneruskan sistem P&P ketika negara sedang sangat dasyat bergolak? Bagaimana sistem pengkuliahan mereka ? Wujudkah tutorial ? Wjudkan kuiz-kuiz ? Namun, hakikatnya institusi yang dinamakan Universiti Islam Gaza ini wujud di sana. Bukan bangunan gah canselori atau dewan besar yan menjadi identiti mereka, tetapi mahasiswa, YA !!! Mahasiswa, itulah talian hayat bagi universiti ini !!! Di sana mereka memerlukan dana untuk membayar yuran pengajian, dan keperluan asasi selaku seorang penuntut seperti sebuah komputer riba dan sbg. Kita mahasiswa bertuah !!! Ya !!! Kita adalah mahasiswa yang bertuah. Alhamdulillah summal hamdulillah summal hamdulillah. Bertuahnya kita kerana berada di Malaysia, kelengkapan  prasarana, kewangan dan teknologi yang memudahkan urusan kita.  Awas bagi mereka yan bertuah !!! Mungkin kita bertuah, tetapi adakah tuah itu benar-benar milik kita? Adakah semua yang kita ada ini benar-benar menjadi hak mutlak kita ? Sudah tentu tidak sahabat-sahabat. Masa dan ruang yang kita ada dan hasil ang kita perolehi dalam pendidikan sewajarnya disumbangkan kepada mereka yan berhak. Jika anda pandai mengaji, adik-adik anda mempunyai hak untuk diajar, jika anda seorang guru, anak-anak bangsa mempunyai hak untuk dididik. Bagitu juga halnya kita selaku mahasiswa di bumi Malaysia. Rasa tanggngjawab dan bersungguh-sungguh perlu ada dalam setiap diri kita. Hak mereka untuk mendapatkan manfaat daripada kita. By Syawal Rosli Nilai 


Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.