Alhamdulillah was solatu wassalam ala Rasulillah
Hebatnya Allah S.W.T kerana setiap yang dijadikan pasti mempunyai
makna. Namun makna-makna ini hanya tinggal kepada kita samada kita mahu memburu
dan memahami makna-makna ini atau membiarkan sahaja makna-makna ini berlalu
dalam kehidupan kita.
Sungguh Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :
” Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu
secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan.kepada Kami ? ”
(Qs. Al Mu’minuun :115)
Kanak-kanak
Kanak-kanak merupakan satu peringkat kehidupan dalam kehidupan kita.
Inilah zaman dimana kita digelar sebagai Jutawan Kayangan kerana hebat dan
luasnya imaginasi kita ketika itu. Zaman yang tiada tanggungjwab dunia mahupun
agama.
Motivasi seorang kanak-kanak

Dari mana motivasi itu datang ?
Tidak lain tidak bukan kerana kita dipandu oleh Allah. Jom fikir
sama-sama, semasa kita berumur 2-3 tahun, apa yang kita faham tentang kegagalan dan kebangkitan?
Inikan pula terma yang begitu susah seperti motivasi. Sudah pasti kita tidak
memahaminya, tetapi tindakan kita itu seolah-olah kita mempunyai keazaman dan
kesugguhan yang tidak mengerti erti putus-asa.
Ayuh kawan, ayuh bermotivasi bersama Tuhan
Hakikatnya, motivasi yang hebat ini datangnya dari Allah. Inilah
motivasi yang kemudiannya disertakan dengan satu transformasi dalam usaha dan
tindakan kita, menjadikan motivasi kita tidak basi. Tidak seperti hari ini,
tika kita mula menghadiri pelbagai kem, membaca makalah-makalah motivasi yang
akhirnya semua ini menjadi basi, kerana kita masih di posisi asli, tiada
perubahan , kosong pencapaian sehingga kita rasa tiada makna sebuah kehidupan.
Jad sahabat-sahabat, masih sebelum terlambat, simpang untuk kita u-turn ada
di depan, ayuh kawan, ayuh teman, ayuh kita kembali bermotivasi bersama Tuhan.
Asyraf Sahar, iMBBS
Paya Pulai