Assalamualiakum...

Alhamdulillah, hari ini saya disapa oleh satu hikmah yang amat bermakna.Saya merasakan satu perubahan yang cuba diransang oleh hikmah itu, dan ternyata diri ini agak tepu untuk bersama-sama dengan azam tahun baru yang lalu..menganjak paradigma diri, mengubah persepsi.

Masih lagi mampu bernafas.Jantung masih mengepam darah pada kadar norma.Tubuhku masih mampu menerima udara sekitar yang tidak lagi lestari pada sifatnya.Alhamdulillah, hari ini saya seolah-olah baru mengetahui bahawa segala Pujian itu hanya untuk Allah, setelah sekian lama lafaz "Alhamdulillah" dituturkan...

Hari ini..

Saya diberi peluang untuk menggantikan seorang rakan untuk mengajar di sebuah institusi pendidikan peringkat primier.Mindaku sudah pun memaparkan bayangan-bayangan yang kurang enak..budak-budak yang keras kepala, loncat sana loncat sini, main kejar2.Sungguh aku juga pernah bersifat begitu, namun, guruku ketika itu, mampu mengubahku, mencorakkan kain putih menjadi satu makhluk yang mempunyai nilainya.

Aku melangkah perlahan.Ah, pening kepala betullah !!! Keluhan yang hanya berbunyi di hati.langkah demi langkah, akhirnya aku sampai sampai di sekolah tersebut.Aku tidak memutuskan untuk terus masuk ke dalam kelas.Pohon di luar menjadi teduhanku seketika.Cuba mencari idea dan ketenangan.Cuba menundukkan nafsu yang memang membenci satu masjlis yang mendekatkan diri kepada Rabb-majlis ilmu.

Akhirnya, aku melangkah.Agak "sopan" aku berjalan.Wajah2 bersemangat sudah menanti.Tirai diselak.Mereka hanya tersenyum, dan aku hanya memaling mukaku, serius yang hanya membohongi diri.

Salam diberi.Seraya doa dibaca.Beberapa surah lazim dialun fasih.Kemudian, aku memeriksa kehadiran.Lantas nama demi nama disebut.Ada yang perlu disebut berulang kali.Suasana agak hambar.Dikhabrakan itu adalah kelas bagi murid yang agak kurang...........

Kelas bermula.Aku memanggil murid pertama untuk mengaji.Murid tersebut mengaji dengan suara yang sangat perlahan.Seorang murid lelaki yang memang menguji kesabaranku dalam mendidik.Ketika ini, ego wajib diturunkan serendah-rendahnya.Pendekatan terbaik bak seorang ibu yang sedang mengajar anaknya cuba aku praktikkan.

"Kuatkan sikit suare tu...!!!" akhirnya aku meninggikan suaraku.Manakan tahan hati ini menanggung.Namun, tiada respon positif.Hatta, aku menyuruhnya balik ke tempat duduknya.Ya Allah......

Memoriku lantas disentap, hatiku diasak dengan seribu kenangan....

Tika aku masih menyarung baju seragam sekolah...guru disiplin biasanya merupakan guru yang paling garang.Guru inilah yang akan menjadi guru yang paling dibenci.Kutukan dan kejian sering dilemparkan.Namun, hadirnya guru itu ke sekolah sentiasa dengan senyuman.Senyuman yang dibalas dengan dendam oleh para pelajar....

Aku sempat memarahi beberapa orang murid.Ada yang baca lam menjadi hruf syin..dan begitulah yang lain2.Lintang berpukang keadaanya.

Nafsuku diasak-asak oleh amarah yang membuak-buak.Menunggu mangsa pertama....

Akhirnya aku tewas...aku menyuruh seorang murid untuk berdiri kerana kedegilannya.

Air matanya bergelinang di takungan mata.Pandangan yang penuh dengan marah dan ketidakpuashatian.Ya...aku juga begitu suatu tika dahulu.Nafsu sentiasa saja berjaya menewaskan ilmu.....

Adakah aku seoarang guru yang dibenci...????

Pernah saja terdetik di hatiku..esok tidak mungkin aku jejak lagi ke sini...

Jelas...menampakkan...betapa gersangnya jiwa murobbi yang ada dalam diri....

Jika Aku guru yang dibenci itu.......




Tertunduk-tunduk mengaji..tekun tak tekun...

Ini bakal jadik mangsa nih...tengoklah tu...duk wat conference dy plak


Ketekunan yang memadamkan kejahilan mereka..lantas mengubat diriku..
untuk tetap mengajar mereka..



Semoga kalian..berjaya..duhai anak muda...!!!

Uhibbukum Fillah !!!


Leave a Reply

Tinggalkan komen anda di sini

Powered by Blogger.